Saturday, 5 August 2017

Sistem Pemilihan Pelajar ke Universiti diperingkat UPU


Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Tetiba terasa nak share macam mana sistem pengambilan Pelajar ke UA berlaku. Kadang2 kesian jugak aku tengok UPU kene bash setiap kali keluar keputusan, dan tak memihak kepada orang tersebut. Alasan2 seperti pointer tinggi tak dapat, pointer rendah dapat… selalu sangat dimainkan… takpelah, meh aku bagitau apa yang aku tau pasal pemilihan UPU. Sapa aku? Adalah dulu member terangkan pasal sistem pemilihan UPU tu. So, aku taulah sikit2…

Untuk pengetahuan semua, pemilihan Pelajar ke UA adalah menggunakan SISTEM KOMPUTER, yang mana, dua benda yang sistem akan cek, kelayakan (cukup syarat) dan ada kekosongan.

Peringkat awal

Sebaik sahaja pelajar dah register n isi maklumat di sistem UPU, pelajar akan diasingkan ikut 5 kumpulan atau pool, iaitu, pool 

1. STPM/setaraf sastera,
2. STPM/setaraf sains,
3. STAM,
4. Diploma sains dan
5. Diploma sastera.

Kemudian, pelajar akan disusun mengikut merit. Merit dikira dengan 90% akademik, dan 10% adalah kegiatan kokurikulum.

So, kalau pun mendapat PNGK 4.00 tanpa aktikviti kokurikulum (kurang aktif dapatlah 2 markah koko), so, maksimum markah korang boleh dapat ialah 92 (90 akademik, 2 koko). Compare dengan calon mendapat PNGK 3.79, tapi aktif koko sampai dapat 8 markah. So, merit untuk calon kedua ni ialah 

(3.79/4)*90 = 85.275+8 = 93.275. 

So, sistem akan susun calon ni yang akan duduk di atas calon 4.00 tadi, sebab merit lebih tinggi (boleh menjawab persoalan kenapa kawan saya pointer rendah dapat program dia mintak, saya pointer lagi tinggi dari dia tak dapat padahal kami mintak program yang sama). Cuba tengok markah merit dalam gambar berikutnya. 



Dalam masa yang sama, pihak Uni akan hantar kouta2 yang telah ditetapkan untuk setiap pool tadi. Contohnya, untuk program UG22 Sains Pemutusan, STPM/setaraf (Sains) kouta ialah 30 orang, STPM/ setaraf (sastera) 20 orang, STAM 10 orang, diploma sastera 20 orang, diploma sains 30 orang. Kouta2 ini akan dimasukkan dalam sistem UPU tadi.

Kemudian sistem akan di”run”. 



Masa nilah sistem akan baca ikut merit dan pilihan yang 12 tu disetiap pool. Sistem akan semak dua benda, iaitu kelayakan (cukup syarat atau tak) kemudian akan semak kouta. Sistem akan baca pilihan pertama Pelajar, (contohnya, Pelajar pilih sains pemutusan, UG22 dan Pelajar dari aliran Sains), sistem akan semak, kouta ada, syarat lepas, maka, dapatlah dia pilihan pertama. Kalau sistem semak salah satu antara dua elemen tu tak cukup, maka akan baca pilihan kedua dan seterusnya sampailah pilihan ke 12. Sistem akan stop pencarian program untuk Pelajar tersebut,

1. kalau dah dapat tempat, atau
2, semua pilihan dah dibaca, tapi tak menepati dua syarat tadi (kouta penuh atau/dan syarat tak cukup). Maka tak dpt lah dia mana2 walaupun pointer tinggi, tapi merit rendah.

Yang buat keputusan ialah sistem, bukannya Manusia.

Cuma untuk diploma sahaja yang UA akan perakukan, UPU hanya run sistem, n sistem akan select based on pilihan calon.

So, kalau ada soalan2 seperti, Pointer tinggi, tapi tak dapat mana-mana, kawan saya pointer rendah, dapat je uni, ada banyak soalan aku nak tanya. Aktif ke tak dulu, pilih program apa, uni mana, p intebiu ke tak etc...

Pointer tinggi 3.97 adalah sangat tidak OK (lagi2 kalau jenis ulat buku takde aktiviti koko) untuk mohon Medic, Farmasi, Veterinar dan program2 yang popular. 

Pointer 3.5 sastera adalah tidak OK untuk memohon accounting UUM, tetapi pointer 3.5 Sains, maybe boleh dapat Accounting UUM (sebab dari sains maybe tak ramai nak tukar bidang sedangkan ada kouta yang dibuka, sama macam law). 

Pointer 2.00 bagi STAM adalah layak untuk memohon sains pemutusan (dengan syarat ada Add Maths masa SPM), tapi tak layak untuk 2.5 ke bawah untuk STPM/setaraf (sebab STAM hanya ada 3 pointer sahaja, 4.00 – Mumtaz, 3.00 – Jayid Jiddan, 2.00 – Jayyid

dan begitulah seterusnya... 

layak kita tak semestinya layak sama dengan orang lain yang berlainan ciri2nya. Lepas syarat, tak semestinya akan dapat lagi2 kalau program tu banyak permintaan kurang kouta yang dibuka... lainlah kalau tetiba medic, farmasi dan lain2 dah kurang permintaan, maka, 3.97 layaklah memohon.

Logiknya mudah... bila ramai memohon, maka tinggilah cut of point untuk merit. Tapi bila sikit je yang mohon, maka, 2.5 pun boleh masuk uni. Macam UG22, selalu sangat kekurangan permintaan. So, yang dapat 2.5 pun boleh dapat masuk Uni. Lain kali, kalau nak compare, cuba tanya pointer rendah tu mintak apa sampai dia dapat apa yang dia mintak, dan ko yang pointer tinggi tu, apa yang ko mintak sampai ko tak dapat masuk uni???

Tahun ni, aku rasa pihak UPU dan buat yang terbaik sebab hanya offer program yang dipilih sahaja. Which is, bagi aku, sangat2 lega walaupun program sains pemutusan kurang students. Sebab, aku tak perlu sakit hati bila students mai datang jumpa aku, saya tak pilih pun program ni, seperti yg berlaku tahun2 lepas.

So, tips aku mudah je kalau nak masuk Uni.

Ukur baju dibadan sendiri. Kalau boleh, biarlah baju tu sesuai dengan keadaan semasa. Maksud aku, kalau aliran sains pointer 3.00 boleh dikira tinggi, tapi kalau dari aliran sastera, 3.5 pun belum tentu tinggi. Pointer 3.97 memang tinggi, tapi kalau mohon program2 yang glamer seperti medic, farmasi etc, pointer tu, mungkin sama macam pointer 2.50 pool sastera (which is, sangat2 tak layak lbh2 lagi kalau tak aktif, sorry to say).

Kalau pointer 4.00 dengan takde aktiviti koko, jangan rasa merit tu tinggi mengalahkan pointer yang bawah 4.00.

Tips paling mudah... kalau pointer 4.00 dan aktif sampai wakil planet BUMI dalam bola sepak melawan planet2 BIMASAKTI, pilihlah mana2, insyaAllah akan dapat (provided yang pointer 4.00 lain hanya takat wakil kelas sahaja dalam pertandingan choral speaking). 

Kalau pointer rendah, janganlah pilih program2 yang glamer. carilah program2 yang unik dan jarang didengar, seperti Sains Pemutusan (awal2 je taktau apa tu sains pemutusan, dan masuk mesti rasa best nanti... tak caya tanya dengan senior2 yang dah belajar). 

Nak tau apa itu sains pemutusan, tengok kat bawah ni.

 


Kalau tak paham English, baca kat sini

Sapa kata program sains pemutusan, masa depan gelap? Cuba tgk gambar tu. Ok je depa kerja. Tu sebab poster tak muat, kalau boleh, ramai lagi aku nak masukkan.

Ada yang tanya ngan aku… boleh tak dah dapat program kat Uni tu, kemudian kita TOLAK sebab tak minat (alasan sebab kene isi 12 pilihan uni, yang mana, minat 5 je, lain semua main isi (ko memang tak bersyukur dik, sorry to say!!!), kemudian kita apply lagi tahun depan… boleh ke???

Jawapan aku, BOLEH jek. 

Tapi ingat, sijil STPM/setaraf, hanya boleh diguna pada tahun SEMASA sahaja. Tahun depan, kalau ko apply, biarpun tinggi mana pointer ko, 5.00 pun, ko memang payah dapat balik. Sebabnya, nama ko akan masuk ke pool diploma, which is, tak ramai UA akan tengok kecuali untuk calon2 lepasan diploma. Kalau dorang tengok pun, kebarangkalian depa nak amik, ialah sangat2 tipis. Sebab tu, yang mohon banyak kali dari lepasan STPM setaraf, payah nak dapat bila buat permohonan kali kedua.

Pernah jugak aku tanya… kenapa tak nak amik calon ni, walaupun 4.00?

Member dari Jabatan Hal Ehwal Akademik kata, kalau samada budak ni failed n kene tendang dari UNi tempat dia belajar tahun lepas, atau tolak penempatan yang lepas.

Nasihat aku, kalau dapat mana2 program yang dah memang dalam pilihan (even terpaksa buh sebab 12 pilihan atau sebab musabab yang memang tak boleh sebab ayah/mak sakit takleh p jauh2), PERGI JELAH.JANGAN TOLAK. Kalau betul ada masalah, call uni berkenaan, bincang. Dorang pun Manusia jugak, ada tolak ansur. Pasti depa ada penyelesaian.

Oh lupa… Tukar Universiti adalah tidak dibenarkan… sebab dikira seperti mencuri calon Universiti lain… Takmolah dituduh mencuri calon Universiti lain. sebab tu tak diterima kalau mintak tukar Universiti...

tuanpunyablog: lega sikit bila UPU buat camni, walaupun sikit ada rasa sedih... tapi sekurang2nya, orang mula kenal apa itu sains pemutusan, sebab dalam rayuan, program ni sahaja ditawarkan untuk rayuan. :)

Tuesday, 15 March 2016

Tdolah aku dalam kereta itu....

Assalamualaikum,

aku tengah stuck nak buat soalan final ni. So, sementara menunggu idea mengalir nak buat soalan (maklumlah, selalu idea keluar bila aku takde depan komputer, lebih teruk idea keluar time tengah solat. teruk btol aku ni..), aku merapulah dengan menulis cerita aku yang tah apa2 tah...

-------------------------------------------

Suatu malam, aku sedang memerhatikan pelajar-pelajar membuat program di tempat aku mencari rezeki. Memang dah jadi rutin kerja aku, kene memantau depa buat program, tapi ikut kerajinan aku jugaklah. kalau malas, memang aku jaranglah hadir. nak-nak waktu malam.

tetiba hati aku jadi panas semacam dengan seseorang. meluap2 rasa marah tu... sampai satu tahap, aku terpaksa keluar dari program tersebut, amik angin luar biar sejuk  sikit dan ceritakan kemarahan aku pada salah seorang rakan sekerja aku. sebab dia jek memahami aku... lalu pujuklah hati aku,

"sabar jep,... sabar.... p amik wuduk, biar sejuk..."

habis program dalam pukul 1130 malam. marah aku sebenarnya masih belum reda, lebih2 lagi bila ingatkan balik apa yang orang tu cakap ngan aku. sepanjang dalam kereta, aku doa supaya disejukkan hati aku (kadang2 rasa takut pun ada, sebab balik dekat tengah malam).

sampai rumah dalam tengah malam, pukul 12. turun kete, bukak pintu kete, bukak pagar, masukkan kete, bukak pintu kete, keluar dari kete, tutup pintu kete, terus ke pintu kayu (sliding door takde kunci). Time tu angin kuat jugaklah, sejuklah jugak hati aku ni sekejap... bila masukkan kunci, takleh bukak kuncinya.

tukar kunci lain... boleh masuk, bila pusing je kunci tu, berpusing. tapi tak boleh bukak. rupanya, salah kunci dan kunci tu yang aku masukkan tu siap bengkok lagi...

cuba jugak kunci lain... tak boleh... kunci kete pun aku cuba jugak (cuba nasib kot2 boleh), tak boleh jugak.

SAH!!!! aku takde kunci rumah. Tulah, sapa suh gatal2 p tukar kunci... kan dah silap tukar kunci...

Call zah dengan harapan, dia tak tdo lagi (which, I doubt about it. Biasalah, bertarung dengan budak4 yang aktif 10 sampailah waktu nak tdo pun bleh main gaduh, main gaduh, main gaduh. blom masuk bercakap lagi, kalau cakap pun, 10 batu boleh dengar, apa lagi menjerit).

Call sekali.... tak angkat....
Kali kedua.... tak angkat....
Kali ketiga.... tak angkat....
.........
sehinggalah kali kelapan masih sama, tak berangkat... vibrate tak cukup kuat kot... Zah memang buat silent mode bila nak tdo. sebab taknak Ikmal terbangun kalau msg atau call masuk...

Nak ketuk pintu, takut mengganggu jiran tetangga. Pikir punya pikir, terus bunyikan loceng rumah... dekat 10 kali jugaklah bunyikan... tak de sign zah akan bangun... takpelah... duduklah dalam kete sementara tunggu zah bangun. Kot2lah terbangun nanti...

duduk dalam kete, kemarahan aku yang meluap2 tadi terus hilang. kadang2 bila pikir, sepatutnya, aku lebih marah dan kemungkinan kemarahan tu akan ditempiaskan kat zah sebab tak bangun bila aku kejutkan dia dengan macam2 cara... ajaibnya...

AKU TAK MARAH LANGSUNG KAT DIA...




Post dalam FB memula tulis;

"Tdo dalam kete malam ni ye. Biar perasaan marah tu berkurang terkena angin malam"...

Takdan 5 minit dalam FB, ada sorang komen,

"hilangkanlah kemarahan tu dan maafkanlah dia sebelum tdo. supaya tenang hidup kita.."

bila baca komen dia dan status FB aku,

alamak... macam salah je tulis. mesti depa ingat aku bergaduh dengan bini sampai kene tdo kat dalam kete...

terus edit, jadilah seperti gambar kat atas tu...

cuba tdo dalam kete dengan bukak sikit tingkap kete bagi angin masuk. nak bukak besar2, takut pencuri bukak kete aku, lepas tu, bunuh aku... nanti zah mesti terasa bersalah sampai bila2... aku taknak dia rasa macam tu...

cuba call 5 kali lagi dalam kete sebelum betri phone habis... tak berangkat jugak. Takut betri habis, aku hantar msg kat dia...

"Zah, abg kat luar ni. Dalam kete. Kalau zah dah bangun, tolong bukak pintu. Abg takde kunci..."

sambil dengar radio, sambil fikiran menerawang. macam-macam aku pikir. Bila pk pasal orang yang aku marah tu, terus kemarahan meluap2... pejamkan mata...

Macam lelap sekejap, kemudian terbangun. kepanasan. Pasang ekon sekejap dengan enjin...

tak sampai 5 minit, tutup enjin, takut jiran terbangun. Ekon masih pasang.

lepas 10 minit ekon berpasang, tutup balik bila teringatkan kisah orang meninggal sebab tdo dalam ekon berpasang, tingkap tak tutup. terfikir lagi sekali, kalaulah ajal aku dah sampai time tu, dengan asbab aku tdo tersedut gas beracun sebab ekon, mesti zah rasa bersalah ya amat. tutp balik ekon tu, bukak balik tingkap.

rasa panas, bukak tingkap beso sikit. tapi bila pikir, kalau tetiba pencuri datang tikam aku tuk merompak, aku meninggal, mesti zah rasa bersalah... tutup tingkap balik sampai agak2 orang takleh capai tangan masuk tuk bukak kete aku...

tutup sikit. terpikir jugak kalau tetiba mati sebab tak cukup oksigen ke, mesti zah rasa bersalah. maka doalah dalam hati, agar umurku panjang sampailah sekurang2nya aku dah dapat masuk dalam rumah tu... aku taknak zah rasa bersalah...

dua perkara diatas (bukak ekon, pastu tutup balik, bukak tingkap beso, pastu tutup balik), berulang2 aku buat, silih ganti antara terbangun dan terlelap.

sehinggalah pukul 3.15 pagi... barulah terdengar bunyi sliding door dibuka. alhamdulillah. masuk je, zah terus cakap;

"sorry. tak dengar vibrate (opkoslah tak dengar kan???)"

aku jawab;

takpelah... at least ada pengalaman tdo dlm kete...

Nak marah pun, bukan salah dia. salah sendiri. sapa suruh p tukar kunci tak cek dulu.... padan muka aku...

aku tak tdo kat bilik aku kat tingkat atas. terus on kipas kat bawah, tdo kat ruang tamu. Bukan kerana aku marah kat zah, tapi sebab

  1. aku taknak sang kecik kene gangguan makhluk halus 
  2. aku kepanasan. Kalau aku tdo kat atas, kipas tak leh nak hala ke aku jek...
  3. Kalau aku tdo atas katil mesti aku tak terbangun. Zah plak MC masa tu... 
habis dah cerita aku... cuimanya, aku bersyukur sangat2 pada Allah sebab buangkan rasa kemarahan aku tu sebaik sahaja aku jejak kaki kat rumah. kalau tak, mesti zah kene tempias kemarahan aku jugak... erm... satu yang aku teringat... bila aku nak marah je dekat zah sebab tak terbangun bila aku call, aku teringat ketika mana dia masuk ICU (ceritanya disini).... terus hilang rasa marah dan datang rasa simpati... erm... alhamdulillah thumma alhamdulillah...

tuanpunyablog: apsallah aku ni nak sebuk2 pasal kehidupan orang lain... bila nak hilang tobiat tak sehat ni.... hisyhhhh....        

Saturday, 16 January 2016

Kalau tak diberitahu, manakan kami akan tahu masalah kalian....

Assalamualaikum,

Lama tak menulis. Tetiba rini ada mood plak nak menulis.

Tahun ni, dah masuk tahun ketiga aku berada di Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni. Pejabat yang mengajar aku cara-cara untuk melakukan tugasan pentadbiran. Bukanlah sebelum aku duduk disini, aku tak pernah melakukan kerja-kerja pentadbiran ni, tapi kali ni skop tugasan nya agak besar. Sementelah aku kene menjaga hal ehwal kebajikan pelajar, prestasi akademik pelajar, hal ehwal persatuan Pelajar, program-program Pembangunan Pelajar dan macam-macam lagi. Pendek kata, semua pasal pelajarlah. Cuma skop pelajar aku mungkin kecik sikit. Merangkumi lima buah pusat Pengajian daripada 14 pusat pengajian.

Salah satu rutin kerja aku setiap semester bermula, aku ditugaskan oleh boss untuk menjejaki pelajar-pelajar yang mempunyai pointer bawah 2, atau lulus bersyarat. Boss mintak aku call dorang, jumpa diorang, tanya apa masalah, bagitau camana nak susun jadual balik dan sebagainya… yang penting… depa ni mesti score balik masa semester berikutnya… jangan sampai LB dua kali… senang cerita, aku ni dah jadi kaunselor tak bertauliah plak… kadang-kadang, jadi macam prebet inbestigator (private investigator). Selama empat semester aku pegang jawatan kaunselor tak bertauliah ngan PI ni, setiap sem, bila mintak staff tolong call depa mintak buat appointment, dalam 30 orang tu… yang angkat tepon, 10 orang. Yang lain semua tak berjawab atau salah nombor. Dalam yang angkat tepon 10 orang tu, yang mai datang jumpa, adalah dalam 5 orang… Dalam 5 orang ni, nak betul2 nak cerita apa masalah dia dalam akademik, adalah dua tiga orang… Kadang2, jenuh aku cuba korek rahsia, kenapa dia jadi macam tu… tak dapat jugak… erm… maybe approach aku tak kena… takpelah, aku bukannya kaunselor yang betul pun…

Ada banyak kali jugak aku kene jadi PI. Dok cari bebudak ni sampai ke bilik. Terpaksa email penolong pengurus asrama, mintak no bilik, mintak no tepon roommate dia. Cerita masalah budak ni nak kene bar dengan pensyarah sebab tak mai kelas… Terpaksa buat sampai tara tu… sebabnya, aku call tak angkat, msg tak berjawab. whatsapp bluetick… tapi tak berjawab…. jenuh!!!! Tapi demi anak bangsa, cari jugaklah budak ni… bila dah dapat, jenuh nak tanya apa masalah dia tak p kelas. sem lepas dah kene bar sampai 5 paper dari 7 paper yang dia amik. sem ni, nak kene bar lagi… bila tanya masalah, tak  nak jawab. kadang2 fed up dengan student yang terlalu berahsia ni… kita nak tolong dia, tapi dia yang tak kasi kita tolong dia… so, nak buat camana lagi…

Tapi alhamdulillah… adalah jugak student yang aku jumpa… dia cerita jugaklah masalah dia. so, aku pun takdelah nak tempelak dia balik. Cuma aku nasihatkan dia, susun balik subjek2 supaya boleh score balik. Bagitau camana nak score balik, ajar cara nak kira pointer… pesan kat dia supaya jangan sampai kene bar, sebab bila dah kene bar, takleh tebus balik markah tu (tu pun tak faham maksud tebus, n taktau kalau kene bar tak boleh tebus. bila dah terangkan beza antara fail dengan bar, baru menyesal). alhamdulillah… nak jugaklah dia ikut…

Itu yang mai datang jumpa… yang dipanggil. Yang dapat aku kesan melalui system. Bayangkan, kalau aku tak dapat trace pointer dorang, dan aku mengharapkan depa mai sendiri… Rasanya, memang tak delah yang nak mai datang jumpa untuk penasihatan akademik.

Sebenarnya, nak relate lah dengan kes kelaparan dikalangan mahasiswa sekarang ni.


Adik2, jangan malu-malu nak jumpa kalau takde duit nak makan. Pergilah jumpa mana2 badan yang berkenaan (Hal Ehwal Pelajar terutamanya) untuk tanya bantuan apa yang ada kat university yang boleh kita pohon. Kenelah proaktif sikit. Kalau adik2 tak bagitau, manakan mungkin kami tahu. Janganlah mengharap pihak2 universiti pergi melawat setiap bilik, tanya adik makan apa hari ni. Ada duit ke tak de duit, seorang demi seorang. InsyaAllah, kalau kalian datang jumpa, cerita masalah korang, pihak yang terbabit pasti akan bantu… kurang2, bagi pinjaman jangka pendek. Ada seorang student yang baru masuk melalui panggilan kedua (second intake), ptptn dia dapat lambat sangat. So, dia tanya aku, kat mana boleh dia pergi untuk mintak bantuan sementara. So, aku pun salurkan dia ke pihak tertentu. Dia pun buat pinjaman jangka pendek. Alhamdulillah, bila ptptn dia dah dapat minggu pertama exam (bayangkan sepanjang semester dia hanya bergantung pada pinjaman jangka pendek dia, survive jugak budak ni), dia langsaikan balik hutang jangka pendek dia. Memula tu, memang malu. Tapi bila dah melibatkan kesihatan diri sendiri, kenapa mesti malu…

Satu lagi, kalaulah ada apa2 program yang dijalankan di kolej kediaman, atau pihak pengurusan university, joinlah… Selain daripada meningkatkan kemahiran insaniah, adik2 juga dapat makan free (insyaAllah). Mungkin ada yang kene program yang kene bayar, ada yang tak. Joinlah mana yang tak. ikutkan pengalaman aku menjaga aktiviti persatuan pelajar (ada 12 persatuan dan kelab bawah Pejabat aku sahaja tidak termasuk dibawah DPP, kolej lain, HEP, Kokurikulum), setiap minggu mesti ada program yang dilaksanakan… Kebanyakkan program tersebut makan ditanggung. Itu yang di bawah anjuran persatuan akademik… Belum campur lagi yang di bawah anjuran kolej2 kediaman… Jabatan hal ehwal Pelajar… dan Persatuan2 lain…

Oklah, kalau nak kata, adik2 sebuk nak siapkan assignment. Takkan nak join sekali pun tak boleh. Takkan setiap minggu cuti, malam hari setiap hari adik2 buat assignment, projek dan sebagainya yang membuatkan adik2 bz? Oklah, maybe banyak sangat assignment. Oklah, Cuma nak nasihat sikit. Sesekali tu, ikutlah program yang dianjurkan… jimat jugaklah dekat RM10 untuk sehari makan kan… betul kata satu posting kat FB, kadang2 nak cari penyertaan program bukan main payah… orang sama je yang join… so, nak kata camana lagi bila peluang dah ada terbuka untuk makan free, tapi taknak join (teringat aku satu program yang dianjurkan oleh sebuah badan Pelajar untuk peningkatan akademik dan Bahasa Inggeris. Nama2 telah dipilih… Dalam 60 orang. selama dua hari, makanan fully sponsored. tapi, yang turn up, tak sampai 20 orang).

So adik2, kalau ada program yang dijalankan, cubalah tanya… makan ada? Free? kalau free, ikutlah sekali. kalau tak free, p cari program2 yang free. I bet, banyak program yang dijalankan makanan semuanya ditanggung. Biarlah orang nak kata apa pun… rezeki jangan ditolak…

Gambar hiasan semata2 bersama pelakon sementara

Satu lagi, sem Feb depan, korang akan exam pada bulan puasa. So, bolehlah jimat setiap hari dengan berbuka dan bersahur di masjid. peluang makan free, jangan dilepaskan dik…Biarlah orang nak kata 

“hai, bulan posa baru nampak kat masjid”

Pekakkan telinga. Abaikan. Mulut orang, mana kita nak tutup kan??? Mana tau adik2 datang time bulan posa tulah, adik2 akan jatuh cinta dengan masjid… Mana tau asbab adik mai mesjid time bulan puasa jek, lepas ni, masjid sentiasa menjadi kunjungan adik2… 

Ada yang cadangkan, sebenarnya, kos makanan tu yang terlalu tinggi. RM5 tak cukup. Takpe, cadangkanlah pada pihak berwajib untuk pantau harga makanan. InsyaAllah depa akan laksanakan. Cumanya, memetik kata2 seorang pengurusan atasan, kadang2, ada aduan students ni tak berasas. Bila mahal, terus complain tanpa melihat kepada kualiti masakan tersebut ataupun cafe2 lain yang menjual menu yang sama tapi lebih murah. pandai2lah adik2 cari makanan yang murah. Dekat UUM ni je, setiap DPP ada cafenya… dan harga mungkin berlainan berdasarkan kepada kualiti. Mee goreng kosong dengan mee goreng meriah (macam2 ada kat dalam tu) memanglah harganya mahal sikit. Samalah macam KFC dengan ayam goreng jual pasar malam.

Kesimpulannya dik, apa2 masalah, datanglah pada sesiapa yang berkenaan. jangan simpan sorang2. kalau tak di bagitau, takkan orang nak tau. Jangan pulak disalahkan orang lain tak ambil tahu. Pihak kami bukanlah orang yang ada pancaindera keenam yang boleh membaca apa yang berada dalam hati adik2… kami hanyalah manusia biasa…

Saja nak cerita… orang lain cerita zaman dia kat Uni nak tingkatkan taraf hidup, berniaga… aku tak berniaga pun, sebab tak berminat…

Aku teringat zaman aku student dulu. Duit MARA selepas ditolak yuran, hanya dapat dalam RM900 sahaja (kalau tak silap, JPA lagi sikit). kalau ikutkan, bahagikan dengan 4 bulan (14 minggu Pengajian, 3 minggu peperiksaan), dapatlah dalam SEMINGGU RM 50. Masa memula kira2 bila dapat setiap sem tu, memang tak cukup. yelah, makan sehari dah RM5 (sekali makan RM2, dapatlah ayam goreng seketul, nasi selambak, sayur takde, sebab aku tak minat sayur). Mujurlah zaman aku dulu tak henpon2 (zaman henpon takde, pakai public phone je tepon rumah, seminggu sekali)… 

Dengan duit tu jugaklah plan nak beli buku. Zaman aku dulu, buku tgk mana yang penting, baru aku beli. kalau aku boleh pinjam library, aku pinjam sampai satu sem (extend tarikh memanjang). last choice, aku fotostat. yelah, buku main puluh2 RM. mana ada duit. Dengan duit tu jugaklah aku join pelbagai aktiviti. Ingat dulu masa zaman aku di bawah kelab EON Motivation Club, kebanyakkan aktiviti yang aku buat, semuanya aku kenekan bayaran pada peserta. Alasan aku, kalau tak join program pun, still kene bayar tuk makan jugak. Alhamdulillah, berjaya jugak lah program2 walaupun kene bayar tuk join program. Tapi tulah... kebanyakkan memember sekolej kediaman yang join...

AJAIBNYA... bila akhir sem, duit masih cukup lagi. taktaulah datang dari mana duit tu. kalau congak masa memula dapat, tak cukup... tup2, akhir sem, cukup plak...   


Pandai2lah adik bahagikan duit ptptn tu. Kalau adik congak, memang takkan cukup. Tapi, biasanya, akhir sem, memang akan cukup. Tak percaya???? Itulah kuasa yang Maha Memberi.  

tuanpunyablog: saja nak bgtau. sepanjang aku jadi kaunselor tak bertauliah, aku tak pernah ceritakan masalah "klien" aku kat sesapa. kalau pun ada, aku tak sebut nama. nak bagitau ni kat someone, yang marahkan aku... tah bila tah dia nak reda kemarahan dia kat aku sebab dia rasa aku dah malukan dia dekat FB.... 

Sunday, 7 June 2015

Alhamdulillah... Jodoh kami masuk tahun ke 10.

Assalamualaikum...


Alhamdulillah... hari ni genap sembilan tahun usia perkahwinan aku dengan isteri tercinta... Aziszah Selamat. Syukur kehadrat Ilahi kerana mengurniakan kami dengan empat orang cahaya mata yang pelbagai ragam dan perangai... yang sentiasa membuli umminya kalau aku takde... erm... sifat keibuan kan... sentiasa bagi apa yang anak2 pinta... nway, saja jelah nak cerita kisah kami berdua dari mula berkenalan sehinggalah hari ini...

====================================================================

Boleh ceritakan detik perkenalan? 
Aku merupakan senior zah di UUM, specifically, di Kolej (sekarang dikenali sebagai Dewan penginapan Pelajar - DPP) EON, walaupun kami sebaya. Semetelah, aku lepasan matrikulasi UUM Cwangan Kuala Nerang, zah pulak STPM. Mula perasan zah masa zah ikut sekali program anak angkat di Pedu. masa tu aku jadi bidan terjun pengarah (kes sponsor dan pengarah projek lari, dan2 aku kene amik alih). masa tu tengah gotong royong ramai2, kemudian dia dan "adik beradik" angkat dia cerita pasal masalah dorang. so, masa tulah aku nampak akan "keayuan" zah. aku memang sejak dulu lagi suka memandang wanita yang bertudung labuh. tah... tak tau kenapa... :). Bila aku ceritakan yang aku suka melihat zah pada salah seorang kakak yang sama2 join projek dalam EON Motivation Club (EMC), dan2 akak tu terus mengkenenkan aku dengan dia. diktambah pulak dia berkomplot dengan salah seorang kakak yang baik jugak dengan zah, maka jadilah komplot dorang. 

Pernah keluar dating? 
Biasanya aku keluar ramai2 dengan geng. borak2 macam biasa, sehinggakan orang taktau kami sebenarnya ada apa2. yelah, amsa tu aku pun cuma suka melihat zah... tak lepas pandang... sejuk je mata memandang... kalau pun keluar berdua, aku dan zah akan pastikan bahawa akan ada orang lain yang akan ikut. itupun, takat keluar makan dan kami tetap berborak bertiga/berempat... seolah2 takde apa2 yang berlaku. Cumanya, aku akui, dalam satu sem tu, nak nampak kami keluar bersama tu, memang payah. dalam satu sem, hanya sekali atau dua kali sahaja (seingat akulah). yang lain, banyak join2 projek. Kalau nak tepon pun, zaman dulu mana ada sangat penggunaan henpon ni. cuma sms sahaja. itupun, jenis menyampaikan lagu melalui henpon. pasang lagu inteam (kasih kekasih), pastu tepon, dia angkat je kol, terus psang lagu tu. dah habis lagu, tutup henpon. punyalah teruk aku ni... btw, saja nak cerita. aku pernah ajak zah dan seorang kakak yang rapat ngan zah (yang kenenkan aku ngan zah) ke Sungai Petani. Plan nak g umah Ustaz Mastor, ustaz yang lama btol aku tak jumpa. Balik malam kol 12, kene tahan ngan Pak Guard. Kene soal siasat, tau2, masuk record. Padan muka aku... tapi kesian kat zah ngan kakak angkat dia tulah... tak pasal2... pernah jugak aku bawak zah (dengan beberapa kawan aku seramai 5 orang, kira penuhlah kancil) ke kenduri kawin kakak aku di Batu Gajah. sempat jugak aku kenalkan zah dengan mak dan pemili aku...

Sepanjang berkenalan, ada bagi hadiah?
erm... biasanya time besday dialah... benda pertama aku bagi kat dia, ialah, baju kurung warna biru cair. cantik baju tu. kebetulan aku ngan dia suka warna biru. kakak yang rapat ngan aku tu, pernah tanya... 

"Jep, kenapa bagi baju kat dia? Hadiah pertama tu???"
"Kenapa Kak XXX?"
"takdelah... orang2 tua penah cakap... pestaim nak bagi hadiah, jangan bagi baju atau benda yang boleh pakai. nanti tak kekal..."
"erm... ye ke? takpelah Kak XXX. kalau ada jodoh, adalah. kalau takde, takdelah..." aku senyum...

Selain baju, ada jugak makanan aku bagi. cuma yang paling aku ingat ialah, roti telur yang aku masakkan masa dia nak balik kampung. kebetulan masa tu dia tak posa... kisahnya di sini... 


Sepanjang berkenalan, pernah putus?
Time tu aku dah habis study dan sedang praktikum. dia dalam semester keenam. masa ku dah duduk jauh dengan dia, aku rasa, macam aku tak boleh nak jadi pakwe yang baik untuk dia. dahlah jarang kol, jarang sms. seolah2 aku macam menyiksa dia... setelah lama berfikir, aku terpaksa berterus terang dengan zah. ayat pertama aku ialah, "berkata benarlah walaupun ianya pahit." kemudian, barulah aku berterus terang padanya... zah? sedih... sampaikan terkunci bilik sendiri... selepas tu kami berdua senyap seribu bahasa (kalau tak silap aku, or adalah berbalas sms, tapi sebagai kawan biasa)...

So, bila sambung balik?
Aku start di offer jadi tutor UUM bulan 11. menumpang sekejap selama sebulan di bilik Pres Kolej EON waktu tu. masa aku nak berjalan ke kelas untuk kelas tutorial, aku terserempak dengan dia. manisnya tetap macam dulu. kami terserempak, tapi hanya senyum (ke masam? alamak, lupa plak) sahaja kami berdua dapat berikan. sebab kelu lidah untuk berkata. sementelah masing nak cepat kan... kemudian, sejak tu, aku dan zah mula berbaik semula. aku cuma katakan pada dia, yang kita mulakan balik sebagai kawan. sebab dulu, macam "terpaksa". yelah, macam kene paksa je (Sorry Kak MK dan Kak NS). masa tulah berputik kembali rasa suka pada dia. sehinggalah aku sambung master di UTM dan kembali ke UUM untuk mengajar dan zah dah grad. tapi aku, as usual, memang jarang tepon or sms dia. bertapa kejamnya aku... huhuhu



So, plan untuk hidup bersama?
Suatu ketika bila aku ke KL ditahun 2004, kerana ada urusan, aku singgah sebentar rumah zah. aku sendiri tak tau kenapa aku punya kekuatan untuk kerumahnya. sampai kerumahnya, aku terus berterus terang dengan mak dia.

"Makcik, saya bukan nak main2kan anak makcik. Makcik bagi saya tempoh dua tahun untuk saya kumpul duit. Sebab la ni saya baru je bekerja. duit tak cukup lagi. tahun depan insyaAllah saya masuk meminang, tahun 2006 kahwin. Maaf makcik, saya nak tanya... berapa makcik nak letak untuk wang hantaran dan sebagainya?" 

honestly, aku taktau yang ini adalah merisik. bila aku cerita dengan mak dan kakak aku, semua marah kat aku. erm... 

Aku tak ingat apa mak dia ajwab. cuma aku ingat mak dia kata, "takpelah. berapa pun makcik terima. makcik bukan nak jual anak..Jep ajak mak ayah datang sini. senang nak bincang..."

Masa tunang ada keluar bersama?
Sangat2 jarang. boleh dikira dengan jari. seingat aku, keluar pun masa nak nikah sebab nak bei barang2 hantaran. alhamdulillah, masih ditemankan dengan adik zah... 



Apa perasaan masa nikah?
Terus terang aku katakan... dan ketika inilah berbondong2 syaitan datang kepada aku... hati aku mula ragu2... khutbah nikah yang disampaikan, entah kemana. hati aku terus berperang... yang paling aku takut ialah, aku tak dapat jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang suami.. masa nak akad nikah, mulut aku seolah terkunci. mak aku duduk dibelakang aku, cuba membacakan sesuatu. aku? tok imam suh tenangkan diri sebentar sambil disuruh selawat... alhamdulillah, pada lafaz kedua, aku sah menjadi suami kepada Aziszah Selamat. Waktu ni, kelegaan terus datang dan ragu2 terus hilang... alhamdulillah... 

Ada cerita pelik berlaku masa akad nikah tu?
Masa akad nikah takde apa. tapi selepas kami balik kerumah masing2, zah dan maknya cuba mengira duit hantaran. sepatutnya, duit hantaran adalah sebanyak RM 6000, tapi tidak cukup beberapa ratus. Kakak aku meletakkan duit tersebut dalam album gambar yang boleh melekat tu, tapi setelah dibelek berkali2, tetap takde. Dipendekkan cerita (cerita panjangnya di sini), akhirnya duit itu cukup RM 6000. Cerita ni pun aku tau selepas beberapa lama kejadian tu berlaku. 

Camana mengharungi zaman-zaman perkahwinan jarak jauh (PJJ) ni?
Selepas berkahwin tu, aku kembali ke UUM. zah pula masih bekerja di Batu Caves. Dua (ke tiga???, alamk, lupalah) bulan kemudian, ketika zah sedang mengandung anak kami pertama, aku mintak zah berenti kerja,. sementelah, dia bekerja pun selalu tension dengan boss dia. alhamdulillah. zah berenti kerja. Kemudian, tahun 2007, sewaktu dalam pantang, zah dapat offer untuk interview menjadi guru (yang mengajar dipedalaman, dan kursus masa cuti sekolah). malangnya, surat tersebut tak dapat kepada kami kerana dimasukkan dalam pigeon hole students (time ni aku jadi Felo Kolej EON). sedihnya zah. aku cuba applykan zah KPLI. bermula dengan Ujian, kemudian interview, alhamdulillah, zah ditawarkan KPLI pada tahun tersebut. 




Dan aku pulak, mendapat offer ke UK untuik sambung PhD. aku terus ke UK tanpa zah untuk setahun, Bermulalah episod PJJ kami. Nak masuk tahun 2009, ketika zah habis KPLI, kami memohon ke KPM untuk menangguhkan posting. alhamdulillah, 11 kali turun naik KPM, diluluskan. Maka kami kembali duduk bersama untuk 2 tahun berikutnya. Tahun 2011 zah kembali ke Banting dan posting di SK Dengkil. Aku pula, masih di UK untuk menghabiskan sisa2 cuti pengajian. Aku kembali berkhidmat di UUM pada Julai 2011 dan bermulalah kembali episod PJJ kami sehinggalah tahun ini, 2015. 

alhamdulillah... berkat doa semua, kami duduk sebumbung sekali lagi... Camana mengharungi zaman2 PJJ tu? apa yang aku selalu cakap kat zah dan aku sendiri ialah... 

"Jangan sesekali mendengan bisikan syaitan yang suka melihat rumahtangga berantakan... menanamkan rasa curiga akan pasangan dan macam2 "fitnah" yang ditanamkan dalam diri... so, fikir yang itu sahajalah bila perasaan itu datang termasuklah perasaan nak marah"... 

Apa yang dapat dilihat dalam diri Aziszah Selamat?


Secara jujurnya, aku merasa beruntung mendapat dia. pengorbanan yang dilakukan especially ketika mengandungkan anak kembar kami. dengan alahan yang teruk. kemudian, bila mereka dah lahir, berusaha untuk menyusukan anak2 walaupun ada ketikanya, dua2 menangis. 

aurat yang sentiasa dijaganya dengan rapi termasuk bertudung ketika ipar duai berada dirumah, menjaga anak2 ketika demam. 

dan yang paling aku hormat dengan dia ialah, sentiasa melebihkan keluarga aku, terutamanya mak aku sebelum melebihkan keluarga dia sendiri. aku teringat, masa aku berada di UK, hari raya, dia sendiri yang ingin beraya dengan keluarga aku, tanpa aku suruh. alasannya, sebab aku takde, so, kuranglah nanti rindu mak aku kat aku. dan sepanjang kami berkahwin, tidak pernah sekali pun dia beraya dengan keluarganya (kecuali raya haji) pada malam dan hari raya pertama (tapi, setiap kali raya pertama, aku pasti membawa mak dan ayah aku ke rumah dia). Aku sangat2 hargai pengorbanan. Sungguh, aku sendiri tak mampu nak buat apa yang dia buat untuk aku. 

Selamat ulang tahun perkahwinan kita yang ke sembilan, dan terima kasih atas segalanya wahai Isteri Sepenuh Masa dan Kesayanganku, Aziszah Selamat. 

--------------------------------------------------
tuanpunyablog: sunyi rumah bebudak takde. La ni jadi terbalik pulak. asal cuti sekolah, depa balik kampung...

Saturday, 7 February 2015

Halatuju selepas SPM - Matrik/ Asasi/ STPM/ Diploma

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

"pelajar matrik lagi senang nak masuk U?"

"amik STPM macam menggali kubur sendiri?"

"amik diploma lagi senang nak masuk U nanti?"

"asasi agak payah nak masuk U nanti?"

"matrik lagi susah dari STPM?"

"STPM payah nak masuk Uni?"

dan macam-macam soalan yang mungkin depa sendiri dengar daripada senior2 depa... ramai jugak yang tanya, mana lagi baik, STPM atau matrik atau diploma? erm... macam biasa, aku taknak cakap mana yang baik, mana yang buruk, sebab apa2 sahaja yang diambil, semuanya ada pros n cons. fikirkan sendiri mana yang terbaik... dalam jadual ni, aku senaraikan beberapa kebaikan dan keburukan kalau adik2 (adik2lah kan, since yang baca ni aku rasa bebudak lepasan SPM jek) amik mana2 option yang aku senaraikan. basically, aku senaraikan 3 ni je lah... kerja dan kahwin, aku tolak tepi dulu.

baik... cuba tgk table kat bawah ni... ringkasan yang paling mudah untuk dibuat perbandingan...  sebab aku dapat info pun daripada pensyarah matrik, dan cikgu2 yang mengajar STPM dan jugak dapat info daripada mereka2 yang pernah menjadi panel pemilih UPU. dapatlah jugak ilmu untuk buat perbandingan. kalau ada yang salah, pensyarah-pensyarah matrik dan diploma serta cikgu2 STPM harap betulkan ye.

Ciri-ciri
Matrik/ Asasi/ Tamhidi
STPM
Diploma
Masa
1 tahun/2 tahun
2 tahun
3 tahun
Peperiksaan
Setiap satu semester (2 kali)
3 kali (setiap 6 bulan)
6 kali (setiap semester)
Sijil yang diproleh
Tidak lakugunakan sijil SPM sahaja
Laku untuk memohon kerja
Laku untuk memohon kerja
Peluang untuk memasuki Ijazah Pertama
                 Bergantung kepada merit yang diperoleh
Agak rendahlebih-lebih lagi jika pointer yang diperolehi bawah 2.7
Mengulang untuk memperbaiki pointer
Tidak bolehditawarkan untuk mengikuti program setahun batch berikutnya/ masuk ke program dua tahun
Bolehtidak perlu mengikuti kelas, hanya mengambil exam sahaja
Tidak Berkenaan


Penjelasan:

Matrikulasi/ Asasi/ Tamhidi

Basically matrikulasi mengambil masa setahun. dari segi masa untuk mendapatkan degree memang akan jadi cepat. matrikulasi umunya terbahagi kepada dua jenis, satu matrikulasi KPM (yang berada disemua negeri Malaysia) dan juga asasi (kebanyakkan uni dah memang ada, termasuklah yang terbaru asasi pengurusan UUM). beza antara asasi IPTA dan KPM ialah konsep pembelajaran yang diterapkan. kalau KPM hanya dua semester, peperiksaan adalah selaras dan kertas peperiksaan ditanda daripada kalangan tenaga pengajar dan juga pensyarah universiti disatu masa dan tempat yang sama (lupa pulak term apa yang digunakan). yang pastinya, kertas calon daripada KMP contohnya, tidak akan ditanda oleh pensyarah daripada KMP sendiri. ,manakala asasi pula, sebanyak 3 semester (kebanyakkan IPTA), diajar oleh kalangan Dr. dan Professor, mempunyai beberapa jam kredit (macam pelajar univ biasa), peperiksaan dibuat dan ditanda oleh tenaga pengajar tersebut. 

daripada peluang untuk masuk ke IPTA, pelajar matrik KPM akan dikumpulkan dengan calon2 STPM. maksudnya, semua pelajar STPM dan matrikulasi KPM adalah dalam satu pool, dan masing2 mempunyai peluang dan saingan yang sama untuk memasuki IPTA tersebut. manakala, bagi asasi, perlu ditanya sendiri dengan pengurusan IPTA tersebut, samada asasi berkenaan akan menyerap semua pelajar asasinya masuk ke IPTA tersebut atau tidak. sebab ada sesetngah asasi tidak mengambil pelajarnya untuk memasuki IPTA tersebut. maksud aku ialah, pelajar2 asasi ini perlu memohon melalui UPU sama seperti pelajar matrik KPM. logiknya, saingan akan makin meningkat, since pelajar asasi ini menambahkan bilangan pelajar yang mohon untuk masuk IPTA melalui UPU (sebenarnya sama jek, sebab kalau IPTA tempat depa buat asasi tu amik pelajar daripada asasi tu sendiri, maka, ruang untuk pelajar UPU masuk IPTA tersebut akan jadi lebih kecil, kan???). so, kalau orang tanya aku, mana lebih baik asasi ke matrik ke? 

asasi lebih baik kalau kompom akan masuk IPTA tersebut biarpun CGPA cukup2 makan (cuma yang pasti tak dapatlah kursus yang bagus kan). Masalah bila cukup2 makan ni, at least kalau KPM boleh gak masuk mana2 IPTA yang kurang students mintak, nak mintak engineering, tapi since pointer cukup2 makan, maka apply lah uni yang kurang ternama. janji dapat masuk engineering, kan?? kurang baik kalau asasi tu tak ambil pelajarnya sendiri dan perlu memohon melalui UPU. satu lagi, kurang bagusnya asasi, cara pengarajan sebijik macam univ. so, kalau tak catch up, kenelah pandai2 cari bahan nak catch up. bagusnya pulak matrik, belajar dibimbing macam pelajar sekolah. siap buat kelas tambahan lagi. subjek pulak hanya 4 yang diambil kira dalam CGPA, selain bahasa Inggeris of course.... kurangnya matrikulasi ialah, kalau pointer cukup2 makan, memang payahlah nak dapat tempat di IPTA especially yang amik matrik akaun (berdasarkan kepada mereka yang pernah menjadi panel pemilih UPU). 

kurangnya matrikulasi dan sesetengah asasi IPTA jugak, kalau pelajar tak lulus dalam peperiksaan akhir semester, pelajar akan dibuang terus (kalau tak silap, matrik akaun sahaja), atau di offer untuk menjadi dua tahun pengajian (pelajar sains ketiga2 modul dan teknikal). dan kurangnya pada matrikulasi dan asasi ialah, (kalau masih sama), sepengetahuan aku, sijil matrik dan asasi tersebut tidak "laku". maksudnya, kalaulah ditakdirkan dah masuk degree n sangkut dipertngahan jalan (na'uzubillah), maka, sijil tertinggi yang boleh digunakan hanyalah SPM bukannya sijil matrikulasi. 


Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

La ni STPM dah berubah format (kalau tak silap aku since 2013). kalau dulu, exam STPM hanya sekali sepanjang mengambil tingkatan 6, lani dah jadi 3 kali peperiksaan STPM. satu STPM ditingkatan enam bawah, dan dua di tingkatan 6 atas. kira diubah menjadi seperti semester. Jadinya, akan ada 3 semester pengajian dan pelajar STPM ni awal2 lagi perlu memilih subjek yang akan diambil waktu STPM bermula sewaktu tingkatan 6 bawah lagi. pemilihan subjek ni sebenarnya amat penting especially ada sesetengah subjek STPM yang diambil, kurang diambil kira untuk menjadi syarat kemasukkan dikebanyakkan IPTA. jadinya, peluang nak masuk mana2 program pengajian IPTA akan menjadi lebih kecil. kene pandai buat analisis untuk cari suibjek mana yang akan menjadi syarat untuk kemasukkan mana2 program pengajian IPTA, sebelum memilih subjek STPM masa tingkatan 6 bawah (bulan 8 kalau tak silap aku dah kene daftar subjek). 

Bagi aku, memang ok kalau nak amik subjek yang senang score, tapi kene perhatikan jugak subjek tersebut "laku" ataupun tidak untuk masuk ke IPTA. memang tak dinafikan, senang score untuk dapat pointer terbaik, tapi kalau peluang makin tipis disebabkan subjek tersebut kurang "laku", takde maknanya jugak kan... so, kene pandai pilih subjek and suggest lah kat sekolah (aku paham, sebab hanya subjek2 yang tertentu sahaja boleh diambil based pada sekolah, tapi kita bolehlah jugak suggest kat sekolah kan... bawak bukti analisis yang kita dah buat, isnyaAllah sekolah akan pertimbangkan).  

kebaikan mengambil STPM ini ialah pointer boleh diperbaiki tanpa perlu menduduki kelas sekali lagi. maksud aku, ialah ambil semula atau "re-sit" exam STPM. dan ketiga2 semester boleh diperbaiki serentak. kalau nak perbaiki subjek sejarah untuk sem ke 2 dan ke 3, boleh amik sekaligus bila keputusan dah keluar. melalui temubual aku dengan guru STPM, walaupun dah re-sit exam, markah yang akan diambil ialah markah yang terbaik, bukannya terkini. maksudnya, kalau yang terkini gred yang diperoleh ialah C, dan gred terdahulu ialah B, maka yang akan diambil ialah gred B. bagi aku, yng ni sangat2 membantu pelajar. satu lagi kebaikan ialah, sijil STPM ni diiktiraf oleh kebanyakkan institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. hampir sama dengan kelayakkan diploma. meaning that, kalaulah ditakdirkan masa degree kene tendang (na'uzubillah), maka sijil tertinggi adalah STPM, bukannya SPM. 

Dari segi peluang untuk memasuki universiti, as I said before, peluang adalah sama sebab pelajar STPM dan matrik akan dikumpulkan dalam satu pool, dan bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan tempat di IPTA. 


Diploma

Diploma ni dah memang masuk IPTA. so, pembelajaran pun akan sama dengan univ. kebiasaannya, diploma ni tiga tahun. so, setiap semester perlu mengambil beberapa subjek berdasarkan struktur pengajian yang diperlukan. kalau fail sesuatu subjek perlu mengulang semula. 

dari segi  chances nak masuk ke uni, peluang agak tipis sebab kebanyakkan IPTA (kecuali yang memang dan tawarkan diploma dan berjanji kepada students diplomanya akan dapat sambung degree di IPTA yang sama), menawarkan tempat yang terhad kepada pelajar2 diploma compared dengan lepasan STPM dan matrik. contohnya, kalau tempat untuk program pengajian A ditawarkan sebanyak 200 tempat, 180 akan ditawarkan kepada calon2 STPM/Matrikulasi dan selebihnya diploma. sebab tu, kalau amik diploma ni, kalau boleh CGPA jangan cukup2 makan.... biarlah terlebih makan, obesiti pun takpe... janji peluang nak masuk IPTA tu makin cerah (harap2 orang tak salah baca ayat aku ni). 

Bagusnya diploma ni ialah, kita boleh apply UPU banyak kali. tak macam matrikulasi dan stpm. Untuk matrik dan stpm, hanya pada tahun semasa je, kalau dah masuk tahun kedua, pemohon kategori STPM dan Matrikulasi ni akan masuk pool saluran kedua (uni akan consider calon2 ni bila calon sesuatu program pengajian mereka tak cukup calon, which is, rarely happen lah). kalau diploma jugak, boleh melalui pintu belakang universiti tanpa perlu melalui UPU, especially untuk kemasukan semester kedua (Februari). biasanya, pemohon akan terus melalui IPTA yang dia nak, dah permohonan dihantar terus ke IPTA tersebut. kira jalan singkatlah. 


Kesimpulan,

bagi aku, amiklah mana2 pun, janji korang bersungguh2 nak capai yang terbaik. matrik/stpm/diploma ni ialah pintu2 yang akan membawa korang untuk ke degree. bila dah masuk sini, dah takde dah hanimun2 dulu (stpm dulu adalah hanimun, la ni takdak dah, since dah tukar ke 3 semester)... so, masuk kene ada semangat nak dapatkan pointer terbaik... 

Biasanya, kalau aku buat promosi decision science (dalam BM dipanggil sains pemutusan), soalan pembuka bicara, aku akan tanya, kalau kita berada dipersimpangan dilema untuk membuat keputusan, apa yang biasanya kita lakukan? maka, banyaklah kata, ikut kawan lah, ikut nasihat mak ayah lah, tanya cikgu lah, tanya kaunselor lah... tapi ada satu sekolah bila aku buat promosi decision science, soalan yang sama aku tanya.... maka ini jawapan dorang, serentak pulak tu;

"solat istikharah...." 

terkedu sekejap dengan bebudak sekolah SAMTTAJ, Seksyen 11, Shah Alam ni. 

so, kalau susah sangat buat keputusan nak amik mana, maka, jawapan aku sama dengan jawapan bebudak Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ) tu...  

sebut pasal decision science atau kata melayunya, sains pemutusan ni, teringat kisah seorang pelajar decision science yang dari lepasan asasi sebuah IPTA. Selepas mendapat tawaran program pengajian ini, beliau mengemaskini status dalam FBnya, yang katanya program pengajian ni dari planet Marikh agaknya. siapa sangka kan, dalam mula2 membenci kursus yang diperolehnya, tup2, beliau antara pelajar yang cemerlang setiap semester, dengan mendapat Sijil Dekan selama 4 semester berturut, dengan pointer melebihi 3.7 (result sem 5 tak keluar lagi).    

panjang plak cerita aku kali ni.... 

OK... Bai!!!!



tuanpunya blog: izinkan aku ucapkan jutaan terima kasih atas doa yang dikirimkan. setelah duduk berjauhan selama (tidaklah lama sangat pun) empat tahun, akhirnya, zah dapat pindah ke Kedah, to be specific, dapat kat SK Jitra (2). dari jarak 450km, Allah dekatkan hanya dengan 4km daripada rumah aku.... silap2 nanti aku mohon jadi felo balik, sebab minat ngan program2 pelajar... Syukur alhamdulillah... menagis jugaklah masa tengok keputusan tu... cuma lani, aku masih menunggu surat daripada JPN (jadi la ni masih lagi bujang yang malas nak mengemas rumah). hopefully, by this week akan keluarkan surat tu. Sekolah lama tak bagi lepas, dan sekolah baru pulak tak bagi masuk selagi surat tak dapat... takpelah. bak kata seorang member, 4 tahun ko boleh sabar, takkan 4 minggu takleh nak sabar... erm... btol lah tu...           

Friday, 9 January 2015

Master by (Research/Coursework/Mixed Mode) - Yang mana satu pilihan terbaik???

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kembali ke alam maya. setelah berswang blog aku ni. Idea ada nak tulis. Tapi disebabkan kesuntukkan masa untuk menulis, maka ditinggalkan dulu...

Rini nak menulis pasal perbezaan master yang mempunyai pelbagai mode... iaitu, by course, mix mode dan by research.  banyak sangat student dok tanya aku... lagi2 lepas konvo hari tu. nak jawab satu2, penat sebenranya... sampai satu tahap tu, bila student msg aku, aku cakap, tunggu sat. nak cari "skima" jawapan lama. nanti saya paste...

so, this are the answer. cuma nak ingatkan, yang ni semuanya based pada pandangan aku dan yang setakat aku tau. kalau ada lagi nak tambah, kawan2 atau lelain yang rasanya ada input yang boleh membantu, silalah masuk ke ruangan komen...

Master by Coursework
Master by Course ni samalah macam undergraduate. kene attend kelas, pastu belajar belajar, buat assignment, kuiz, mid term, pastu final exam. selama 2 semester (kebanyakannya) di Malaysia. Kebanyakkan IPTA mensyaratkan untuk lulus n dapat master ni, kene PNGK 3.00. tapi bagi aku, kalau buat apa yang disuruh, kuiz, assignment, kuiz hadir, etc, insyaAllah akan lepas. sem 3 kene buat projek kecil.yang mungkin lebih kurang macam research, tapi berskala kecil. contohnya, master by research adalah 1/2 phd, maka, yang ni dalam 1/4 atau kurang lagi daripada master by research. kelebihan buat by coursework ni, habis belajar, exam, pastu tunggu result.

kelemahan nya, memang kene pulun n banyak masa habis untuk buat mode yang ni. sebab kene attend kelas, buat assignment, group assignment, etc.. etc... etc... kira btol2;lah macam student undergraduate... cuma just nak habaqlah... bagi aku yang amik master kat salah satu IPTA masa tahun 2002/2003 (kene bagitau tahun sebab takut nanti zaman dan silibusnya serta cara pengarjaran adalah sama), aku rasalah.... kalau aku letakkan effort aku masa degree (dulu dapatlah second class upper yang CGPA aku punya bawah 3.4), rasanya aku boleh score masa master, perhaps, mungkin CGPA first class... wah, belagaknya..... taklah... saja nak bagitau, yang master ni, BAGI AKU (saja buat tulisan besar sebagai ayat penegasan), taklah sesusah mana... maybe penat sikit, tapi insyaAllah akan lulus as long as kita buat apa yang disuruh pensyarah. so, far, banyak kawan2 aku buat master by course ni,jaranglah kata fail paper itu paper ini... insyaAllah, boleh habis... cemerlang atau tak, bagi aku, sebagai student master, belakang kira... janji lepas selepas berhempas pulas...

Master by Mixed Mode
Honestly, aku sebenarnya kompius, coursework ngan mixed mode ni. so, kalau aku silap, mohon betulkan. as far as I concern, mixed mode ni, sebenarnya separuh coursework (belajar, habis belajar final exam), dan separuh research. dinamakan sebagai dissertation. coursework macam aku dah terangkan tadi. yang dissertation pulak, kira kene buat research dalam skala yang kecil. kalau PhD kene cari ilmu baru, kalau mater by research kene cari ilmu yang baru tapi skala kecil, yang dissertation ni kene applied. ha, ni based pada bidang aku lah... sebab bidang aku bukan jenis social science, aku lebih kepada applied science. guna teknik2 tertentu untuk solve problem. kalau boleh aku katakan, dissertation ni lebih kurang 1/3 daripada phd, 1/2 daripada master by research. kebaikkannya, kalau amik dissertation ni, at least kita banyak dah terlatih untuk buat phd. sebab dah macam buat research kan... ada jugak orang yang extend tajuk dia buat dissertation untuk buat phd. senang, takyah sesusah cari bahan, sebab kajian literatur semuanya dah ada. tinggal nak tambah n touch up sikitlah...

cumanya, banyak kene buatlah... macam di bidang aku, as I explained before, ada ramai jugak student kantoi setakat buat coursework jek. bila buat dissertation, ramai yang menghilangkan diri... sebabnya???? mungkin sebab bidang aku ni kene cari kajian kes, n depa susah nak dapatkan kes untuk solve problem. bagus kalau dia buat master sambil bekerja, at least, dia dapat amik kes study daripada tempat dia kerja. macam sorang student master yang buat dissertation bawah aku... dia amik kes tempat kerja dia... data pun senang dapat. alhamdulillah, setel dah dia setelah berhempas pulas belajar sendiri System Dynamics. kelemahannya? erm... macam aku kata, buat dissertation ni macam separuh by research, kene banyak baca n kene rajin menulis kesimpulan setiap paper yang kita baca... kadang2, setengah penilai kata, ni tak cukup untuk dissertation, so, kene tambah bacaan lagi... kene buat balik n tambah bacaan. kalau kene yang OK, takpelah... kalau kene penilai tak OK, jenuh jugak... nak taknak kene ikut jugaklah... nak buat camana... dia penilai. kita ni cuma supervisor jek... contohnya, aku cakap cukuplah amik satu kes untuk setiap method yang dibandingkan, tapi penilai kata, tak cukup... kene ada dua... so, dah penilai kata camtu... ikut jelah kan...

Master by Research
Yang ni memang kene semuanya sendiri. hanya kita dan supervisor kita sahaja kita berhubung. takde kelas rasmi kecuali kelas2 untuk researach method, ethics etc... yang ni biasanya, student yang menjadi RA kepada pensyarah yang ada geran reserach (pensyarah memang kene cari students). bagusnya kalau buat mode ni, ialah, banyak ilmu kita akan dapat... cumanya, buat by research ni memang kene rajin sokmo. semangat kene kuat. rasa down tu kene elakkan. aku takdelah pengalaman buat master by reaseach ni, tapi aku cuma boleh katanya, macam buat phd... sebab kebanyakkan nya semua sendiri. Unless, kalau kita guna geran research pensyarah. yang tu aku rasa ok kot. sebab pensyarah akan banyak bantu (sebab dia pun nak habiskan research dia). tapi kalau buat sendiri, ikut pendapat aku yang takde pengalaman ni, takyahlah... unless kalau korang memang suka buat research atau pernha jadi RA. tapi kalau yang habis degree, aku cadangkan, amiklah mixed mode atau by coursework dulu. sebab bolehlah kita belajar sikit2 dulu cara nak buat research.

Bagusnya buat by reasearch ni, ada kebarangkalian untuk diupgrade terus ke PhD lepas dia buat defend proposal. so far, yang aku dengar dari memember aku, sorang jek (yang aku dengar ek, bukan nak kata semua)... tapi yelah, bergantung kepada penilai lah jugak. ada sorang x-student yang aku kenal, dia buat by research, bila dia cerita pasal research n contribution dia, aku yang kurang pengalaman ni rasa, research dia ni sebenarnya dah boleh upgrade ke PhD. sebab contribution yang dia buat toward knowledge tu, rasa macam dah level phd. tapi tak dirasakan oleh supervisor dia...

aku rasa, garis pemutus untuk tahap mana contribution antara PhD, master by research, dissertation dan projek masih lagi berlainan antara orang perseorangan. ada yang kata, ni dah ok dah untuk phd, tapi ada yang kata tak cukup... ada yang kata ni dah ok untuk dissertation, tapi ada yang kata ni projek bolehlah... maybe terikut2 dengan supervisor masa depa buat phd dulu... kalau mudah, maka mudahlah dia buat penilaian. contohnya, aku sendiri... masa buat phd dulu, takdelah rigid sangat supervisor aku, so, ngan student aku (alah, baru sorg je pun, tu pun yang buat dissertation je) aku cakap dah cukuplah ni. tapi, penilai dia kata tak cukup, maybe dia terikut2 dengan cara sv yang agak rigid dan perfectionist. so, aku tak salahkan soranglah...

Pendapat aku
Kalau diri tu rajin membaca, suka explore benda baru, jenis yang motivasi tinggi, semangat selalu tinggi (bukan cam aku yang nak naik semangat macam siput sedut, tapi kalau semangat n motivation turun, macam air terjun lajunya), tak suka exam2, assignment2 dan segala macam group project, maka amiklah master by research. satu lagi, aku suggest amik master by research ni, kalau pensyarah lamar dia untuk jadi RA dalam masa yang sama, jadi student master by research. sebabnya aku yakin, pensyarah tu akan sedaya upaya bantu supaya pelajar ni habiskan research nya... opkos lah, ikut logik, mestilah pensyarah ni nak habiskan reserach dia jugak.

Kalau jenis yang memang kene suap sentiasa, malas nak membaca, jenis yang habis belajar exam (lapang sikit fikiran untuk satu bulan lebih), nak belajar sikit2 buat research, maka aku suggest amiklah mixed mode atau by coursework. yang ni memang aku akui, aku memang jenis yang ni. dulu tercarai2 jugak phd yang ada coursework, yang ada kat US (memang tak ler, sebab english aku tahap band 9 DARI BELAKANG), dan juga pendidikan (dekan dulu tak bagi p, dia suh buat decision science jugak punya bidang, kalau tak, p tukar jadi cikgu kalau nak buat pendidikan). so, buat jugaklah phd tu... cuma aku rasa, maybe berbeza research tahap master n research tahap phd. pressure dia mungkinlah lain...

sorang student 1st class tanya ngan aku, ok ke kalau dia terus amik PhD. FYI, kebanyakkan uni memang tawarkan terus PhD untuk yang dapat 1st Class, tapi la ni ada yang tak bagi dah bila tengok rekod sejarah ramai takleh nak cope dan tak habis. so, aku suggestkan dia, amiklah master dulu... by course...




kesimpulannya, kita je kenal diri kita sendiri. aku tak berani nak suggest yang mana terbaik untuk korang. bagi aku, semuanya ok, based pada kekuatan diri kita... semoga pilihan yang dibuat adalah yang terbaik hendaknya... aamiinnnnn....

tuanpunyablog: salam takziah buat diriku untuk dua tahun kedepan ni.... huhuhuhu

Saturday, 1 November 2014

Serba salah dibuatnya

Assalamualaikum warahmatullah...

lama dah ingin menulis. tapi hasrat tak kesampaian dek kerana kesibukan yang melanda... bila dah free, lupa plak nak cerita pasal apa (alasan klise sangat kan???)...

pepepun, rini nak cerita pasal serba salah... straight to point terus...

aku mula mengajar di tempat aku mencari bersuap2 nasi sekarang (orang biasa mencari sesuap nasi, sebab tu semuanya slim melim de slim river...) akhir tahun 2003. diminta mengajar subjek pengantar statistik dan matematik untuk pengurusan...

Usai keputusan peperiksaan keluar, seorang pelajar dari kelas aku (pengantar statistik) menghantar sms kepadaku yang lebih kurang begini bunyinya (ingat sampai sekarang)...

"assalamualaikum. Encik, terima kasih sebab memberikan saya B+ untuk pengantar statistik.."

terkesima dengan ayat tu, menyebabkan aku tak balas langsung sms nya...

sebab apa terkesima?

pelajar ni merupakan pelajar yang scorer. dalam ujian 1 dan 2 markah semua nya tinggi. puas jugak aku belek kertas dia dua tiga kali, tapi tak jumpa jugak tempat2 aku nak bagi markah... sebabnya, too many careless mistakes.. jadi, bila di sms aku dengan perkataan "memberikan", aku merasakan seolah2 dia memerli aku sebab bagi dia B+.

maafkan aku, aku pun bukannya baik sangat. sentiasa berburuk sangka dengan orang lain...

Ironinya.....


orang bertanya dengan aku,.... ko tak mintak tolong sapa2 ke bila nak mintak zah pindah? 

aku cuma kata adalah jugak... kalau orang offer... tapi bila orang tak offer, aku takkan semata2 p sana, mintak tolong... sebabnya? sebabnya adalah di SINI

bila orang mintak maklumat pasal zah, aku terus jek bagi borang tu kat orang yang tolong tu. dari bekas orang2 besar di JPN Kedah dan di KPM, sampailah yang mempunyai sedara mara yang keje kat KPM tu. 

ada pernah sekali, bekas pelajar aku menghubungi aku untuk bantu aku, disebabkan ayahnya ada mantan orang2 besar di KPM (cuma takde pangkat Datuk je, ke dah ada???)... dua kali jugaklah aku mintak tolong dia... 

so, bila keluar result tu (TIDAK DILULUSKAN), aku terus mesej dia... 

"assalamualaikum... S....., abg just nak bagitau ni jek... jangan terasa apa2 k... kak zah still tak dapat pindah... tak diluluskan..."

dia jawab... 

"la, ye ke? sorilah abg jep... tak tau nak tolong camana lagi... saya mintak maaf bebanyak..."

beriya2 dia mintak maaf kat aku... aku pulak jadi segan dan menyesal bagitau zah tak dapat pindah untuk kesekian kalinya... 

aku jawab balik...

"la.... takpelah dik... abg tak kisah pun... S dah tolong forwardkan permohonan kakzah pun, abg pun abg dah  bersyukur... terima kasih bebanyak dik... mekaseh... jangan marah ek. abg cuma nak bagitau jek..."

ada jugak aku forwardkan pada sahabat aku, suaminya di KPM... katanya nak tolong... insyaAllah dapat, sebab katanya sebelum sebelum ni pun dapat... 

aku hantar jugaklah... 

bila keputusan diumumkan, maka jawapan yang sama, as expected... TIDAK DILULUSKAN... 

teringin nak mengucapkan terima kasih sebab tolong forwardkan ke KPM, aku pun msg dia...

"assalamualaikum... S (kebetulan pulak nama kedua2nya S). just nak bagitau ni jek tau... takde apa2 maksud terselindung... zah still tak dapat pndah... thanks sebab tolong aku forwardkan borang tu ke KPM"...

senyap... tak berbalas sms aku... 

hati aku berbisik... "

dia rasa aku perli dia ke?" 

Wallahi, aku takde niat sedikit pun nak perli atau sindir dia... harap2 dia tak fikir aku sindir dia... 

dan sekarang ni pun... dah masuk kali ke 6 secara rasmi untuk pindah, tidak termasuk rayuan. masih TIDAK DILULUSKAN.. ada jek orang yang offer kat aku tuk tolong... tapi, bila tak dapat tu, sebenarnya aku rasa serba salah nak bagitau atau tak... sebabnya,

kalau aku bagitau, nanti dia kata aku sindir dia pulak...

kalau aku tak bagitau, nanti dia kata, dah menghargai pertolongan dia pulak...

erm... serba salah...

so, untuk sahabat2 aku yang menolong aku secara langsung, izinkan aku mengucapkan ribuan jutaan terima kasih sebab sudi tolong aku forwardkan borang tu. aku SANGATLAH memahami kalau tak dapat tu, rezeki aku untuk duduk sebumbung dengan famili aku tak sampai lagi. ada perancangan yang lebih baik untukku, insyaAllah. siapa tau kan...

maafkan aku sebab tak msg secara peribadi... sebab aku takut aku disalah anggap...

Buat sahabat2 ku di FB khususnya,

terima kasih.... terima kasih.... terima kasih... atas segala pertolongan dan doa yang dihulurkan... aku sangat2222222222x menghargainya...

tuanpunyablog: lupa plak dah ada 4 Imans. lama sangat dok berjauhan... :)