Tuesday 9 September 2008

Widgets

neks taim, dun talk so big aaaaa...

salam...

aku berada di opis la ni... pada pukul 1115 malam... meninggalkan shah keseorangan dibilik... janji ngan dia, nak kejutkan lepas aku abis solat, tapi tegk dia tdo macam takleh bangun2 dah, maka aku amik keputusan untuk tidak mengejutkan nya... sian plak nak kejut... dahlah tdo kat bawah, aku jek yang tdo kat atas tilam, jahat sungguh kan aku ini???? tetamu tidak dimuliakan sebagaimana saranan Rasulullah SAW... huhuhu

aku berada kat opis, semata2 nak cek email, kot2lah pakwe antar email nak jumpa... sebab tengah hari tadi, cek, dia tak reply pun... penat jek antar email masa ari ahad semalam... hasan kata, dia nak jumpa aku since lama aku tak jumpa dia.... isk.. kesian betul ngan pakwe aku sorg tu, dapat student yang amat tidak rajin sekali untuk membuat keje... apa nak buat, aku ngah takde mood ni nak wat keje (ala, ikut ko tu, sepanjang masa takde mood nak wat kije)... semalam aku ada antar email ngan dia, gtau sori sebab lama tak contact dia, since hasan pun gtau dia terlalu lah bz... aku apa lagi, sonotlah bila hasan kata dia bz, tapi terkejut plak bila dia nak jumpa... 2x plak tu hasan cakap ngan aku... kata hasan yang telah aku alih bahasa "dia nak jumpa sebab banyak2 student dia, yang tinggal, hanya kita dua sahaja..." erm... ada kemungkinan jugak, sebabnya, student dia ada 6 org... 4 org semuanya balik negara masing menyambut puasa... so, aku mai opis ni, semata2 nak cek email yang mungkin dia antar. tengok2, takde pun email dia... so, aku pun, update blog yang tah apa apa tah ni...

masuk hari ni dah 8 hari berpuasa... nak kata penat tu, takdelah sgt... tapi, yang tak bestnya, bila penyakit lama aku menyerang kembali... lama jugak tak kene, tapi bila tetiba kene, rasa macam nak makan pun pk dua tiga kali... huhuhu... anak ikan, aka dalam bahasa saintipiknya, ulser... bukan satu, bukan dua, tapi tiga sekali... waaaaaaaa..... tak best betul... tapi, alhamdulillah, org kata, alah bisa tegal biasa... so, sebab dulu selalu dah kene, macam dah imun... aku makan jek apa aku nak makan (time sahur n berbuka ok... dun mis understood mai setetmen)... kalau ikutkan doktor, antara punca2 kene ulser ni adalah disebabkan oleh kurang minum ayo... tapi, bagi aku, antara sebab2 kene ulser ni, ialah disebabkan oleh lancangnya mulut aku... heheheh... biasalah... salah satu perangai aku yang aku masih sukar nak kikis, yang bisa menggeram kan org, ialah aku suka sgt cakap lepas... cakap lepas dalam istilah aku ni, memberikan pelbagai definisi (leh bukak new edition kamus dewan ni).... antaranya ialah, cakap besar atau dalam bahasa omputihnya, talk so big dan suka perli org... biasanya, apa yang aku cakap or perli org, akan balik balik kat diri aku... balasan Allah, cash kan... huhuhu

aku paling suka memerli org masa masuk kelas ngajar... mungkin ada yang kecik ati ngan aku, tapi, erm... tahlah... susah nak cakap... peel dah macam tu kot... terpaksalah org lain menerimanya... macam aku menerima apa peel org yang menyakitkan hati... dalam hati, sambil doa, janganlah aku mengikut perangai dia... amiiinnn... sampaikan, pernah satu ketika aku terserempak di pasar malam changlun tu, ngan salah sorg student aku... bukan takat tanya kabo, tapi siap tanya lagi pasal assignment yang aku baru jek bagi... masa tu, rasa jengkel gak... tapi, aku cuma cakap ngan dia, erm.. datang jelah kat bilik... sebab time2 tu ngah peak hours, penuh ngan umat manusia... pastu, dua tiga hari lepas tu, masuk jek kelas, terus aku perli dalam kelas... aku cakap, "kot ye pun nak tegur saya, jganlah sampai kat pasar malam pun tanya pasal assignment".... lepas tu, terus, kebanyakan student aku, kalau nampak aku kat mana2, mesti melencong taknak tegur aku... padan muka aku kan... dok tegur tak kene tempat... huhuhu

aku amat takut tercakap besar... sebab selalunya, bila aku tercakap besar, maka akan jadilah benda tu sebaliknya... ataupun, lain jadinya... paling aku ingat, masa aku bawak xrumet aku g berubat cara kampung kat terengganu. since dia pun tak pandai bawak kete, n takde lesen, maka, aku tolonglah dia... sampai kat langkawi tu, kami pun sewa kete proton iswara wane merah... best gak bawak kete tu, siap tdo lagi dalam kete kat tepi pantai sebab takde umah nak menumpang... nak sep bajetlah katakan... pagi2, kol 7, dah tercongok depan pintu umah org (makwe sekarang isteri kepada xrumet aku tu) menagih simpati nak makan sarapan... hisy... buruk betul perangai kami ketika tu... ala, kira oklah kan... sebabnya, sebenarnya, famili dia suh kami tdo umah dia, tapi kami segan, sebab umah dia banyak anak dara... so, kami tdo dalam kete, pagi2 plah umah dia nak cari makan sebab lapo... huhuhu

balik jek daripada umah makwe kepada member aku tu, aku nak gostan kete... tetiba mati plak enjin tu... maka, member aku tu pun berkata, "apa ni jep, ko amik lesen gantung ke? camana ko blajar ni, mati enjin, tak lulus ni patutnya..." aku tau dia bergurau... so, aku pun bergurau lah gak ngan dia... aku cakap"at least, aku ada lesen n boleh bwak kete, ko, apa yang ada???? habuk pun tarak." sesambil cakap tu, aku pun idupkan enjin n gostan kembali kete tu... elok jek aku abis ayat terakhir tu (habuk pun tarak), terus bumper belakang kete yang aku bawak tu (wah!!! skimanya ayat...kene spesifik gtau, takut org salah anggap plak kete aku) terlanggar pokok kelapa kat umah member tu... bunyinye, bukan main kuat lagi... huhuhu.... cuak gak time tu, terus aku kuar kete tgk apa yang patah or rosak... tapi alhamdulillah, kuasa Allah kan, takde apa2 yang rosak, calar, patah, kemek (sebutannya ke'mek atau kaymek???) dan sebagainya... pokok kelapa plak nampak kemek... masa tu, terus aku tau sebab apa aku terlanggar pokok kelapa tu... because of talk so big lah aku jadi camtu....

banyak sebenarnya yang jadi pasal kes aku dapat balasan cash dari Allah (bulan posa ni kan elok muhasabah dan muhasarawak serta muhasemenanjung diri).... masa nak exam masa first degree dulu pun, first paper ialah programming C. aku bab2 programming ni, mmg hancur, tapi bab2 teori n logik, oklah, leh tahan jugak.... so, banyak yang aku baca bab2 teori... abis baca tu, aku stop kol 12 tengah hari... sebab nak g makan, nak solat n nak sesiap g ekjem kol 230 ptg. dah abis baca tu, sesambil makan, sesambil mandi, sesambil baca buku, aku pun soal diri aku balik... supaya aku ingatlah apa yang aku baca... alhamdulillah, apa yang aku soal aku leh jwab balik (aloooooo... bagi soalan senang, mmglah leh jwab....) kemudian, tanpa aku sedar (sedar sebenarnya, tapi sebab taknak mengaku salahkan...huhu) aku mengungkapkan kata2 berikut dalam hati "ha, cepat2... soal lagi... aku dah katam lah, bleh score punya... bleh dapat A. carry mark pun dah tinggi dah... cepat... soal2 lagik..."

masa g ekjem kat pusat konvensyen tu dahlah sesat (bukan aku taktau bangunan tu ek, tapi biliknya yang mengkompiuskan aku... btw, lecturer pun sesat gak... so, sah2 bangunan nya, mmg bangunan sesat dan menyesatkan... huhuhu), yelah bangunan pelik semacam, tak pernah plak ekjem kat situ... kali pertama... lama gak aku mencari, tapi alhamdulillah, jumpa pun biliknya... masuk jek dalam bilik tu, sesambil baca jampi serapah apa2 yang patut aku pun duduklah di tempat duduk yang aku rasa selesa (untuk kuar awal sebab kompom aku leh abis awal, almaklumlah, subjek dah master kan.. huhuhuhu) bila aku bukak jek first page soalan tu, tak leh jawab... takpe... bukak plak page 2, pun tak leh jawab.... takpe, bukak plak page tiga, pun tak leh jawab... dan page2 seterusnya, aku still tak leh jawab... sampailah page yang terakhir... still takleh jawab gak... Ya Allah!!!! Aku blank!!!!!!! ilang semua ilmu2 yang aku hapal tadi... ilang semua soal2 jawab aku tadik... maka, ngangalah aku sorg2 kat situ... org lain tekun menjawab, aku jek tekun menulis "en, mintak maaf, saya blank... tak leh nak jawab pepe"... huhuhu... sedih betul aku time kuar dari bilik ekjem tu... bayangkanlah, soalan yang mudah camtu 2 + 3 * 5 - 6 pun aku takleh nak jawab... huhuhuhu... mujurlah lecturer aku tu tak failed or 'D' kan aku... kalau tak, cacat sikit result aku...

sebab tu lah bila org tanya apa progress aku, aku akan cakap, erm... tah ler... aku pun taktau apa aku buat... sebabnya, bukan sebab aku kedekut ilmu tak nak share, tapi sebab aku takut ter'over' kondifen bila aku cerita progress aku (tapi mmg ye pun aku takde apa2 progress lagi.. main jek kejenya... hikhikhikhik)... dulu pun, masa presentation untuk PHD simposium kat BBS ni, aku amat10x takut takleh cakap dalam BI. tak pernah2 aku rasa gementar nak bercakap, tetiba jek masa berdiri kat depan nak mulakan, aku hilang kata2... tapi, alhamdulillah, Allah permudahkan ayat2 yang aku guna walaupun aku tau, mana2 manusia yang mendengar aku cakap tu, kelip2 matanya, kompom!!!! akan kata "apalah mamat sekor ni merepek... sepatah haram tak paham (translate dalam bahasa dorg lah ek, sebab yang dengar masa tu ramai gak, ada dekat 20 org, dari pelbagai negara)".... tu pun, banyak jugak yang aku tersangkut2... lost certain words... jenuh gak nak cari ayat... tapi, bila ilang jek certain words tu, maka, aku akan, 'ermmmm.... nevermind, just ignore about it'... agaknya, sebab u ramai yang berkelip2an matanya kan... sebab banyak ayat tergantung....

cerita pasal bahasa inggeris ni, aku ni bukanlah pandai sgt pun nak cakap... nulis, apalah lagi... bukan merendah diri, tapi mmg itu hakikat diri (uiks... cam pantun lak)... abang khir selalu tegur aku, kata,

"cakap jek... cakap jek... jgn kata tak boleh... when your block your mind said that you can't talk english (ayat aku tulis, abang khir cakap lain ye, bukan exactly yang abang khir cakap), sampai bebila pun u takkan boleh cakap english"

aku setuju apa yang abang khir cakap tu... mmg btul pun kan. sebabnya kan, dulu aku amat marah n tegur kalau ada student kata yang dia bab2 nombor ni (matematik), akan pobia, takut, blank, tak suka, benci, kompom failed, susah dan sebagainya... aku cakap:

"awak sebenarnya boleh buat maths tu kan, bukan tak boleh. saya tgk dalam kelas, boleh jek awak buat. cumanya, awak selalu kata awak tak boleh... awak dah block minda awak tu sebenarnya, sebab tu, bila nak buat, awak akan pk, eh, aku takleh buatlah benda ni... so, sampai bebila pun, amik 7 9 kali maths, awak takkan lulus... sebab awak dah block minda awak tu kata awak tak boleh... saya dah ajar cara yang paling senang nak buat, pakai tanganlah, jarilah, menyanyilah, takkan takleh ingat jugak kot... awak tak ingat sebabnya awak dah block kan awak punya minda tu..."

panjang kan syarahan aku... tulah, dulu aku selalu bagi perangsang kat bebudak kelas aku supaya jgn block minda kata maths ni susah. cakap kat diri sendiri, boleh buat punya... at least, untuk dapatkan lulus atau C. oklah tu... kalau tak, sampai bebila pun, duduklah kat UUM ni 5 6 tahun.... tapikan, bila bab bahasa inggeris ni terkena balik kat aku sebenarnya... sebabnya, bayangkanlah, aku belajar BI ni dari darjah 1 yang tak tahu apa2, sampailah ke la ni... aku masih takleh tangkap apa yang diajar oleh tutor BI kat sini... dah nampak dah cara dia ajar tu senang nak paham, tapi maybe sebab aku dah block otak aku kata BI ni susah... maka, tahap cipanlah lagi BI aku ni... tah bila nak jadi tahap gaban, aku pun taktau... huhuhu

nampaknya, apa yang aku cakap kat student aku tu, kene balik kat aku... erm... ayat memakan diri sendiri kan... kene terima jugaklah... rasanya, aku blajar bahasa arab lagi senang nak pahamkan nahu, lughah, qawaid nya daripada aku blajo BI... bila aku cakap camtu ngan dorg, ada plak yang tanya ngan aku... abis tu, kenapa mintak belajo kat negara omputih??? huh!!! kalaulah dorg tau sejarah aku mintak untuk sambung blajo ni camana... kompom dorg akan kata... "la, ye ke camtu???"... well, ayat common... huhuh

lama dah aku menulis... dekat sejam setengah... nak balik masak nasi goreng tuk sahur plak... best plak memasak didapur yang baru ini... best juga tido dibilik yang baru ini... lagi best, sebabnya aku ada teman sebilik untuk diajak berborak.... tapi kejap jelah, sampai 26 ni... lepas ni, aku akan kembali bersendirian... huhuhu

sampai jumpa lagi...daaaaa....

No comments: