Wednesday 3 September 2008

Widgets

Signifikan "Progression query and your room is not ready yet"

salam....

agak lama jugaklah aku tak menge'pos' cerita2 baru untuk tatapan umum (wah!!!ada ke yang baca blog ko ni????).... takde cerita menarik tentang kehidupan manusia yang perlu aku ceritakan untuk kita sesama amik pengajaran. lagipun, bulan posa kan... tak baik ngutuk org... huhuhu...btw, rasanya aku bukanlah ngutuk org, tapi just menceritakan perihal org yang boleh kita sesama jadikan panduan hidup... sebab bagi aku, kalau kita tgk org, baru kita sedar yang sebenarnya, sama ada kita sedar atau tidak, kita buat jugak benda yang kita tak suka tu... kan???? baca blog org lain, sejuk sikit. baca blog aku, jadi panas... hisy... teruk betol aku ni... huhuhu

sebenarnya aku nak ceritakan kerisauan aku dua tiga menjak ni... sejak minggu lepas sebenarnya. tapi, bila dah masuk minggu ni, kerisauan aku makin menjadi2... risau sebenarnya takut mimpiku menjadi kenyataan... mimpi apa ek? erm... mimpi yang aku kene tendang dari Brunel ni (ala, ko mimpilah pepe pun, mana penah nak insap, dok tang tu gak...) huhuhu...

minggu lepas, atas saranan abang khir, aku ceklah status aku untuk pendaftaran returning student. kat situ tertulis, progression query. tgk2 abang khir pun sama gak. pk2 balik, erm... takpelah, abang khir yang dah siap 2 3 paper tu pun progression query, apa lagi aku yang tah apa2 ni..huhuhu. so, takpelah...

pastu minggu ni, kemarin (kalau kedah punya slanga, maghin dulu) aku cek sekali ngan kak sha plak. since kak sha pun satu fakulti ngan aku (rakan ngayam keputat pak2 arab yang sungguh bising dalam bilik kami tu... hehehe). bila dia bukak jek portal dia, status dia, leh re-enrol thru online start 12 aribulan ni... aiyak... cuak jugak, sebabnya, borang tu aku antar sebulan awal dari kak sha, kenapa plak aku tak setel lagi... heran bin ajaib... dan juga cuak bin takut.... dalam masa yang sama, aku cuba cek balik portal aku... dengan harapan, akan berubahlah status aku kepada boleh re-enrol (dia tlis BI ye... bukan BM)... bila bukak jek portal aku tu, tgk2, aku masih status yang sama... siap tulis kat situ (aku translate ye) kata aku tak leh re-enrol sebab senate masih tak luluskan aku disebabkan masalah aku yang tak memenuhi standed, dengan merujuk kepada laporan tahunan aku tu... huhuhu... masa tu, bermulalah pkiran jahatku memikirkan memacam... dok pk, kalaulah aku kene tendang (na'uzubillah), ada hikmahnya... yang pasti, aku dah nampak dah hikmahnya... takdelah org akan mengata memacam kat aku lagi... yang pastinya, aku akan bersama kembali dengan org yang ku sayang, dunia akhirat... bestnyerrrrrrrrrrrrrrrrrrr (kene tendang uni pun best jugak ke ek??? sewel dah ko ni).... pastu aku leh g param (pasar ramadhan) kat malaysia, beli kueh pelita ngan popia (beli kat kedai kak zah ni, selalu gak dia bagi lebih, taktaulah aku kenapa... tapi yang pastinya, kalau nije ngan shukri beli masa dok serumah dulu, selalu dapat ngam2 dengan rega yang dibayar... hehehe)... pastu kan, leh sambut raya ngan pemili, leh makan keputat, kuah kacang, rendang mak aku, .... waaaaaa...... bestnya (jauhnya berangan)....

kerisauan aku ni kan, sebenarnya dikuatkan lagi dengan satu lagi notis yang aku tunggu2... tak dapat2 sampai sekarang sedangkan yang lain, kengkwan aku, ada yang dapat dah... notis tuk pindah bilik ke Isambard Complex. nak kata bilik aku belom sdia, bangunannya baru siap. so, kenapa plak dia kata bilik aku tak siap lagi. aiman dan ada beberapa org dapat dah bilik tu... kenapa aku blom dapat lagi??? maka, aku pun membuat kesimpulan begini...

"pendaftar mesti dah gtau ngan accommodation, bagitau student yang no matriknya bla... bla... jgn bagi notis pindah lagi, sebab dia ada msalah ngan progress report dia... tunggu dah setel, baru leh bagi dia notis pindah. tu pun kalau setel, kalau tak setel, maka dia takleh lah masuk accommodation tu. kita dah boleh clear kan nama dia dari list"....

huhuhu.... ada relationship kan semua benda tu???boleh dijadikan bukti yang akan membatasi keraguan yang munasabah dan munasarawak (huh!!! cam loyar plak aku ni...)

then, diatas saranan kak sha, aku pun antar email tanya ngan emma, admin yang jaga bebudak dan bapak dan mak bebudak phd. jawapan yang sungguh rileks dan me'rileks'kan... aku lampirkan balasan email dia kat bawah ni...
----------------------------------
"Dear Jafri

For some reason , registry are very slow at processing these reports for PhD Students so I would not worry to much , the deadline is not until 5/9.
You may not be able to re enrol until after 12/9 anyway.
Regards
Emma Sigsworth"
--------------------------------------
eheh... pelik gak ngan ayat dia ni. sebab aku cakap aku risau org yang antar lambat dari aku pun dah setel, kenapa plak aku tak setel lagi... yang lagi best, ayat dia "I not worry to much"... aiyaaaaaaa.... mmglah dia tak risau, sebab bukan dia yang student. aku yang student... lama gak dia reply, antar pagi, lewat sore (alamak, cam novel plak) baru dia reply. dalam masa yang sama aku antar jugak email kat accommodation, since aku still tak dapat notis pindah tu... org lain dapat dah... aku risau gak sebab kot2lah aku ter'miss' step2 yang sepatutnya aku lakukan... pastu, dia reply, kata bilik aku masih tak siap lagik... aik???? tak siap??? kompius plak... satu bangunan, apsal bilik aku tak siap lagi???? erm... aku mula terbayang yang aku akan balik malaysia tak lama lagi... dok pk, kat sapalah aku nak bagi barang2 aku yang banyak ni... siap pk lagi, takmo habaq ngan kengkawan aku yang lain kat cni, BUKAN sebab aku malu... tapi sebab aku takmo dorg arrange pepe farewell (betol ke aku eje ni ek???) party tuk aku... tak suka org lain bersusah payah tuk aku... kalau aku susah payah tuk org lain, takpe... aku arrange farewell party tuk dorg ok, tapi amat tidak suka kalau dorg arrangekan apa2 majlis tuk aku (perasan nyerrrrrrrrrr.....uuuuuuwwwweeeekkkkkkkk!!!!! btw, ada ke org nak terHENGEN sgt wat farewell party tuk ko???)...susah woooo, bila kita makan budi org banyak sgt...huhuhu...

ate, nak wat camane... dah aku pesennya org cenggitu... agak2, aku ni kira pesen yang menggumbirakan org, atau pesen yang menggeramkan org???? oh ya... nanti aku citer plak pesen2 AKU yang menggeramkan org... eh... lari topik plak... sampai mana tadi????

oh ya... sampai aku dapat email yang aku gtau bilik aku tak siap lagi kan... pastu, bila masuk waktu solat, aku pun bermunajat (skima btol bahase) dan berdoa supaya Allah berikan yang terbaik padaku... tak kisahlah balik malaysia ke, atau leh sambung balik kat sini... sebab, hanya Allah yang tau apa yang terbaik untuk ku... huhuhu... bulan posa plak ni... harap2 makbul lah doa aku.... amiiinnnn....

semalam, aku masih menunggu.... dan menunggu.... dan juga menunggu.... bila lah aku nak dapat surat notis pindah hall ni ngan portal aku yang masih statusnya progression query alias progression problem.... menunggu ibarat menunggu waktu berbuka yang sungguh lambat... hampur 16 jam... tapi kan, buka posa leh agak n tau bila waktunya.... tapi yang ni, aku masih menunggu, dan menunggu serta setiaku menunggu disini dalam bilik yang semak ini dengan penuh pengharapan... terkadang hatiku berbisik....
"kalau tak dapat notis tu, n still progression query, apa ko nak buat???"
aku pun menjawab juga pertanyaan hati (tajuk pilem kan???)ku itu...
"kalau brunel sudah tidak memerlukan aku lagi disini dan jika itu yang tersurat untuk ku, aku PASRAH!!!!! (sambil buat gaya, muka diturunkan sbelah bawah kiri, tangan letak atas dahi)....
"beginilah nasib diriku yang malang oh Tuhannnnnn....huhuhu"

---------------------------------------

No comments: