Tuesday 27 January 2009

Widgets

tiada tajuk untuk 'post' ini... maafkan saya...

assalamualaikum...

baru sahaja saya sempat untuk mengemaskini blog saya ini. kerana, hari-hari yang telah berlalu, saya begitu sibuk menguruskan kehidupan seharian saya. saya sendiri tidak tahu apa yang saya sebukkan, sedangkan rasa-rasanya, saya tidaklah terlalu sebuk seperti rakan-rakan phd yang lain. entah... jangan tanya lagi apa yang saya sebukkan ye....

semalam saya terbangun awal pagi. pagi-pagi, bila saya baca msg hp 071 isteri saya yang berada di bawah katil, saya hampir-hampir terkejut bila kala saya membaca msg tersebut, berbunyi: "tau ke tak, isteri meor meninggal pagi tadi, pendarahan dalam otak.". dalam hati, terus mengucapkan innalillah... terkejut bukan kepalang sambil simpati kepada junior di UUM saya yang seorang ini... rasanya, bulan 10 yang lepas, mereka baru sahaja melangsungkan perkahwinan nya. sempat juga bertemu dengan mereka semasa di kenduri Hussin pada akhir bulan 12 yang lepas. bila di kenang-kenang, saya sungguh simpati kepada meor. tak sangka ya, cepat betul jodoh mereka berakhir... apapun, saya doakan meor tabah menghadapi dugaan hidup.

minggu lepas juga, saya dikejutkan dengan berita pemergian ayah kepada salah seorang penghuni brunel ni. sekali lagi saya terkedu, kelu lidah untuk berkata-kata. hanya doa sahaja yang mampu saya berikan, agar keluarga abang mahadi dan isterinya, dikurniakan kesabaran yang amat tinggi seperti nabi Ayub AS.

semalam, saya kembali menjadi kepada PR tak rasmi kepada Brunel, mengambil dua orang pelajar yang akan mendaftar di Brunel sebagai student PhD in Law. hebat-hebat belaka mnereka ini, cuma saya sahaja yang tidak hebat. saya ke heathrow sekitar jam 630 pagi, alhamdulillah, saya hanya perlu berjalan kaki sedikit sahaja kerana bus berhenti berhempiran dengan rumah saya. saya sampai 15 heahrow hanya mengambil masa selama 15 menet sahaja. kemudian, saya terus ke terminal 3, arrival. malangnya, ketika saya sampai, mereka tidak ada di ruangan menunggu. saya terus melilau mencari mereka sehingga ke surau, masih tidak berjumpa. cuba juga untuk menelefon mereka, malanganya, seorang perempuan inggeris yang mengangkat telefon tersebut menyatakan bahawa 'please leave a msg after the tone'. pada ketika itu, hati saya terdetik, mereka ini pastinya sangkut di imigresen, pasal medical report. kekesalan terbit di hati saya, kerana tidak mengingatkan mereka tentang peri pentingnya meletakkan medical report berserta rangkanya sekali ke dalam hand luggage. tapi, orang lama pernah berkata, tiada guna menyesali apa yang telah berlaku, kerana waktu tidak bisa diundur kembali. kemudian saya terus menunggu... dan menunggu... dan menunggu... dengan sesekali menelefon nombor yang di beri... dan sesekali menghantar mesej kepada mereka ini....

sehinggalah pukul 8, barulah saya mendapat panggilan telefon daripada mereka, mengatakan bahawa mereka sedang dalam pemeriksaan kesihatan. alhamdulillah, nampaknya, saya tidak tersalah tarikh... dan alhamdulillah, saya tidak angkat kaki lagi dari heathrow... keluar sahaja mereka dari pintu arrival tersebut, mereka terus meminta maaf kepada saya, mengatakan bahawa kapal terbang 'delay'. subhanallah, lama sungguh mereka berada di dalam kapal terbang sebelum berlepas, hampir dua jam. saya cuba bayangkan kalau saya berada dalam situasi mereka, pasti saya akan .... akan.... entahlah... saya sendiri tidak boleh bayangkan situasi itu akan terjadi kepada saya.... na'uzubillah...

salah seorang saya tempatkan dibilik saya di Isambard, kerana bilik tersebut masih lagi saya sewa, kemudian, salah seorang lagi, bersama dengan afandi, kerana ruang bilik nya muat untuk 2 orang. selepas membawa mereka ke bilik, saya terus ke pejabat saya, kerana saya mempunyai temujanji bersama penyelia saya yang sungguh baik hati itu. walaupun, saya tiada idea untuk berkata-kata dengan penyelia saya itu, saya gagahkan juga kaki ini melangkah, dengan doa dan harapan, agar Allah, membantu saya untuk bercakap dengan penyelia saya. alhamdulillah, doa saya dimakbulkan... biarpun hanya 15 minit (masa paling lama saya berjumpa dengan penyelia saya) tapi, banyak juga yang saya perbincangkan dengannya, biarpun, saya sendiri tidak memahami apa yang penyelia saya cakapkan, dan juga, saya pasti dan begitu yakin, dia juga tidak memahami apa yang saya tanyakan dan nyatakan, kerana bahasa yang saya gunakan, sungguh 'tinggi'....

selepas itu, saya kembali ke pejabat saya untuk solat dan kemudiannya saya mengajak mereka berdua untuk keluar bersama saya, untuk melihat kawasan sekitar bandar uxbridge (maaf, kalau boleh saya katakan sebagai bandar). kerana kasihankan mereka sedang dalam kelaparan, maka saya membawa mereka ke kedai kebab yang saya rasa, paling enak. walaupun saya berkeras tidak mahu mereka membelikan untuk saya, tapi mereka tetap mengeluarkan belanja untuk membelikan saya 'kambing'. baik sungguh hati mereka. terharu saya menerima pemberian mereka... alhamdulillah, rezeki yang Allah berikan melalui perantaraan mereka tidak harus saya siakan. saya pun terus melapah kambing tersebut....

sekembalinya saya kerumah, saya masih terkenangkan rakan, adik, junior saya yang baru kehilangan isterinya... kemudian saya terfikir, seandainya, itu berlaku kepada saya, saya sendiri tidak tahu sama ada saya akan tabah, atau tidak sepertinya... bagi saya, kesedihan rakan-rakan, merupakan kesedihan saya juga, biarpun saya tidak mengalaminya, tapi saya cuba untuk menyelami bersama... justeru itu, saya selalu berdoa ke hadrat Ilahi, agar Allah melindungi semua keluarga saya, dan juga rakan-rakan saya, dimana sahaja mereka berada, daripada segala malapetaka dan bala bencana, dunia dan akhirat... amiiiinnnn....

hari ini, masih sama aktiviti saya... mengelamun, berfikir, mencari jalan, serta masih berfikir dan berfikir... serta berfikir... apa yang saya mesti lakukan untuk pengajian saya ini.... Ya Allah, bantulah hambamu ini....

tuanpunyablog:insap sekejap....

No comments: