Wednesday 11 February 2009

Widgets

perubahan yang ketara KER?????

salam...

dua tiga menjak ni, aku terasa akan perubahan ke atas diri aku... perubahan macam mana ya... ya... perubahan ke arah kebaikan aku pikir...huhuhuhu...

setiap hari aku akan ke sekolah pada pukul selewat2nya pukul 9 pagi. setelah bertungkus lumus menolong zah membuat keje rumah (tulun basuh pinggan mangkuk, periuk belanga, yang mana masa kat malaysia dulu tak pernah nak sentuh benda ni semua...perubahan jugak ni....), aku terus memandikan iman, yang mana, sebelum ini juga aku terlalu dan teramat jarang untuk mandikan dia... alhamdulillah, sejak dia dah pandai berdiri ni, aku jirus jek badan dia... gusuk sesikit... ala2 mandi koboi... takpelah, janji mandi basah seluruh badan macam mandi wajib, bukan macam mandi PRamlee... sapu mata, sapu mulut... dah siap... huhuhu

balik pada cerita tadi... lepas madikan iman n sarapan, aku terus bersiap2 untuk ke sekolah... semenjak kene naik bus ke sekolah ni, baru aku terasa yang public transport ni, adakalanya lambat jugak. mujurlah, kat umah aku ni, ada 3 jenis bus (maksud aku, no bus lelain n route yang berlainan) tapi semuanya menujuk ke Brunel... so, takdelah rasa lama sangat nak tunggu bus...

sampai kat sekolah, takde menda lain dulu aku buat selain daripada cek email brunel... tengok2 kot2 ada material baru pakwe antar ke, atau dia nak pospon meeting ke (ni yang tak best bila dgr, almaklumlah semangat dah berkobar2 nak abiskan phd), atau maybe kursus2 anjuran yang boleh aku sertai (sebelum ni, mana nak minat kursus2 macam ni).... takde email yang penting, aku cek email uum pulak... takde yang penting, terus aku sambung keje aku, sama ada membaca, atau menulis, atau membuat ringkasan. sedar tak sedar, jam menunjukkan pukul 2... nampaknya aku belum lagi solat zohor... usai solat, aku mengambil sedikit masa untuk menikmati hidangan tengahhari aku sambil membaca... kerana aku merasakan bahawa masa itu amat berharga sekarang ni... abis makan, kembali membaca sehingga waktu asar... usai solat asar, aku kembali menulis untuk menghabiskan literature review... sedar tak sedar, pukul 4... eh, nak maghrib dah... kemudian, aku bersiap2 untuk pulang... aku kene singgah ke pekan dahulu membeli barang2 keperluan... sampai dirumah, solat maghrib... selepas solat, kembali menatap penulisan tentang kajian phd ku... benti sekejap, untuk solat isyak dan makan... kemudian, kembali pula melihat hasil2 penulisan karya ku yang aku rasa, semakin hari semakin kembang berseri.... ahaks.... hampir pukul 12 malam, barulah aku kembali ke kamar beradu, untuk merehatkan mindaku sebentar... dengan doa dan harapan, aku masih berdaya untuk meneruskan sisa-sisa phd ku ini....



MALANGNYA....

itu semuanya hanya angan2 aku belaka... tiada yang benar, melainkan yang TIDAK BENAR semata2... huhuhuhuhuhuhu....

kalau tak, takkanlah aku ada masa nak update blog aku ni kan... tapi takpe, bak kata org dolu2... angan2lah yang akan menjadi kenyataan... tapi, aku rasa tak jadi kenyataan kot, almaklumlah, setakat yang aku baca, tiada bukti kukuh yang mengatakan bahawa ada korelasi antara angan2 yang menjadi kenyataan... melainkan menggunakan pemangkin seperti sipat berdedikasi, bermotibasi, berilutrasi, berajinasi, bukan hanya berimiginasi... sekian terima kasih...

tuanpunyablog: kalut 2 3 hari ni bila pakwe nak suh jumpa 2x seminggu... huh!!!!

1 comment:

terungceweng said...

Jep bagus jep...semangat aku..tgk aturan hidup hang sepanjang minggu...Jelous aku(jelous ke arah kebaikkan nie)....pulun pulun...aku kena pulun macam hang...kalau tidak kena balun....aku dah kena recharge dgn semanagat Jep...Tq tq...