Tuesday 21 April 2009

Widgets

cerita pasal jalan2 area uk ni...

salam....

aku dah start bawak kete semenjak semalam... sejak oyster kad diskaun untuk pelajar dah abis ebulan... rasa macam nak topup lagi, tapi bila pk2 balik, rasa macam payah jugak. mujurlah kat sini ada sorg malaysian yang tempat parkingnya aku bleh tumpang. kalau parking kat dalam uni ni, kompem aku kene bayar parking. mahal lak tu. limaplohsen untuk sejam jek... jenuh aku nak bayar kalau nak stay lama kat opis ni...

dulu ada banyak sebab kenapa aku malas nak bawak kete. rasa macam ok jek bila naik bus. tapi semenjak terasa lama jek tunggu bus, rasa macam lebih baik aku naik kete jek.. lagipun, kete nak pakai 2 tahun jek kan... lebih baik aku lenjan abis-abisan. so, nanti bila sampai kat tangan org lain kete tu bila aku nak balik nanti, takde terkulat sgt aku nanti sebab kete tu sampai kat tangan org lain dengan kondisi yang baik... huh!!! jahat betol aku... paln aku, kalau aku dah abis, kete tu aku nak lepas jek kat sesapa yang nak. free op caj... baik hatilah kunun2nya... hakikatnya, kalau kete tu rosak, aku takdelah terkilan sgt... sebabnya, aku bagi free jek kete tu kat org... kan????

cerita pasal bawak kete ni kan... aku rasa macam takut jek nak bawak kete kat uk ni... dahlah jalannya kecik sgt, kete plak sesuka hati letak tepi jalan, kene sagat baru tau... org2 cni kata, org2 uk ni berhemah bila bawak kete... kunun berhemah... suka bagi jalan... jarang bunyikan hon... cet!!!! penipu lah... aku berapa kali kene hon... pastu kene pandang sleght plak... pastu jarang bagi jalan kat aku bila nak masuk... lambat sikit kat traffic light, kene hon... apa menda nya berhemah kunun... huh!!! sama jek... ada yang ok ada yang tak ok... bukan semuanya ok... kengkadang, nak jek aku marah kat dorg tu... apa, dia ingat jalan ni dorg punya??? huh!!! eksen btol...

dua hari lepas, pestaim aku ke london central bawak kete... g ke greenwich... ala, yang dulu masa sekolah belajar permulaan tempat tuk tetapkan masa... erm... jalan nya, masyaAllah... sungguh mecabar minda, fizikal, ketahanan, kecekapan dan kesusilaan... dengan banyak trafficnya, dengan aku nak kejar kete abang beib, dengan aku nak kene ikut tomtombak... dengan nak tgk kiri kanan kot2 org kat sini melintas sesuka hati, dengan aku nak jaga brek ngan clutch serta minyak takut mati sebab tak biasa lagi... huh!!! memenatkan... sama macam aku bawak kete p wales ritu...

tepi gunung, dalam gunung, tepi tasik, atas tasik, bawah jambatan, tepi jambatan, tengah hutan, dalam hutan, semua lalu... sampaikan lereng2 bukit yang jalannya hanya muat sebiji kete jek, bawahnya gaung sedalam dan sebesar alam pun kami lalu... masa tu, mmg aku tak pandang bawah dah... gayat... takwakkal jugaklah... tu belom masuk lagi jalan nak ke travelodge... tomtom kata 'you have reach your destination'... tapi berentinya kat tepi highway... malam pulak tu... dengan jalan gelap gulita tanpa cahaya lampu2 neon... sama lah macam nak balik ke rumah sendiri... ikut tomtom, alamat aku tak sampai... dahlah highwaynya banyak sgt, bercabang2, bersimpang siur, jalan pulak banyak tutup... masa tu, hanya Allah sahaja yang tau... dengan penat, dengan gelap, dengan kete aku jek yang tinggal (org lain semua dah jalan kedepan), pastu bila benti sikit kat lampu isyarat, kete aku bergegar macam nak tercabut semua badan kete tu... huh!!!! hanya Allah sahaja yang tau macam mana perasaan aku ketika tu... nak wat camana kan... terpaksa tempuh jugaklah jalan macam tu... kalau tak, tak sampailah kami kat umah... sampai umah kol 2.30 pagi tu, lega ya amat... ingatkan nak berjaga sampai ke subuh, tapi tak larat ya amat... tido jugak... bangun2 jek pagi tu tuk subuh.... masyaAllah, penin sgt kepala aku... malam tadi pun masa tido, kepala otak aku penat memikiokan camana nak keluar daripada highway tu... sebab tu bangun2 terus sakit kepala macam kene migrain... huh... dugaan btol...

cerita pasal bawak kete kat uk ni, mmg mendebarkan... selain daripada bapak polisi, banyak benda aku kene pk bila bawak kete... mujurlah, sepanjang bawak kete ni, takde pepe yang berlaku... takat kene hon tu, aku dah mangli dah... kat malaysia dulu, tak penah pun kene hon, sampai sini pulak kene hon, kene jeling, kene maki... sib baik aku tak balas balik maki dorg.,.. kalau aku maki pun, aku akan maki pakai bahasa melayu.,.. hah!!! lantak korglah paham ke tak.. aku pedulik hapa!!!!!!

tuanpunyablog: bila nak start menulis balik ni????? malas btol...

3 comments:

Anonymous said...

bro,tomtombak kena update selalu.kdg2 dia jadi bengong.dan jgn percaya sgt dgn tomtombak sebab kdg2 xleh pakai di certain area kalau xde coverage.bro kene tau juga asas jalan2 di uk ni.langkah berjaga2 utk elak sesat.cth kalau sesat utk pergi ke nottingham lihat M1 menghala arah north atau tpt2 yg hampir dgnnnya.

MOHD KHUBAIB DAN RUZALINA said...

tak pe, itu semua baru latihan untuk kita gi scotland pulak lepas ni.

tuanpunyablog said...

en aninomus.... tulah masalahnya... tuanpunyablog ni geografinya failed... tak tau mana satu atas,mana satu bawah, mana satu tengah, mana satu kiri,mana satu kanan... lagi2 nak hapal jalan... kalaulah highwaynya satu jek, kan senang... sib bek highway pree op caj...

en almursi... skotland? waaaa.... bulleh2.... saya follow jek... kalau ikot orang, jangan kata skotland, bongor kalimantan pun saya sanggup p... hehehehe