Tuesday 14 July 2009

Widgets

jiwa kacau

Salam…

Kengkadang rasa penat dengan masalah kereta ni. Rasa macam nak buat jek macam dulu, takde kete, p memana, naik bus, naik tube, atau jalan kaki jek kalau nak jenjalan kemana… dulu, mmglah aku rasa takpe kalau takde kete, lagipun bak kata orang lain2, ala, takat anak sorang jek, takyah pakai kete pun takpe… bukan susah pun… erm… memula tu mmglah rasa macam tu. Tapi sejak dah pakai kete, maka, macam patah kaki kalau takde kete… nak p memana pun rasa susah, pelagi nak beli barang2 dapur… biasanya, aku p lepas p skul, so, senang sikit nak cari barang2… nak bawak pun senang… walaupun dulu beli n mengangkut barang2 yang banyak, boleh jek, tapi rasa sekarang ni macam patah kaki jek sejak kete buat hal.

Entahlah… orang kata, takyah pakai kete, kete tu menyusahkan… tapi orang yang kata tu pakai juga kete… takpelah, maybe bercakap bagi pihak yang mempunyai experiences kan… takpelah, perkataan selalu aku guna tuk pujuk hati kalau terasa…. Telan jelah apa orang cakap… dah sipat n perangai orang kan… nak wat camana… biarpun sesekali terasa juga dengan orang lain, tapi pendam jelah… tulis kat pasir pantai, agar badai laut akan menghapuskan tulisan tu... harap2 esok2 akan lupa segala apa yang orang lain cakap, supaya hati ni tak menyimpan segala perasaan yang kurang elok… amiiiinnnnn….

Tapi tulah, bagi aku yang tak berapa pandai pasal kete ni, kete kene jugak ada… aku selalu terbayangkan, kalaulah kete takde, time memalam aku sakit ke, zah sakit ke, atau yang lebih penting, iman sakit (lelahnya makin teruk pulak bila dok sini, harap2 tak apa2lah… amiiiiinnnn), camana aku nak bawak dia g spital? Nak tepon kengkawan lelain semata2 mintak tolong bawak iman? Tak sanggup aku nak susahkan orang sampai ke tahap tu…selalu gak terbayang kat benak aku ni, katakan kete takde, iman pulak tetiba kurang sehat, maka aku akan berlari dari rumah ni, terus menuju ke hospital, kala malam yang sejuk beku. Tapi mungkin orang akan kata pulak, apa susah, panggillah ambulan… erm… kata aku pulak… tak merasa lagi, memacam boleh cakap… cuba bayangkan.... katakan family orang yang suka amik mudah akan masalah orang lain, tetiba family dia sakit… tetiba aku akan cakap, alah, biasalah, sakit… dah namanya manusia, mmglah akan sakit. So, jgn risaulah… semua orang akan sakit… senang kan aku cakap macam tu, sebab aku tak alami nya… dan orang yang familinya sakit tadi, mesti akan kata, tak lalui, senanglah cakap… cuba kalau kene batang idung sendiri… baru tau langit tu tinggi ke rendah… erm... maybe aku jugak pernah buat orang macam tu, so kene baliklah kat aku… sapa tau kan… hidup ibarat roda… kejap kita atas,kejap kita kat bwah… erm… typical ayat nak pujuk hati yang berkecai, perangai manusia kan… nak wat camana…

Sebenarnya, aku la ni dah jadi fobia bila nak mula start enjin kete… sejak apa yang berlaku pada aku khamis lepas… tapi tu ok lagi… aku masih boleh senyum lagi. Tapi yang paling menakutkan, yang menjadikan aku semakin fobia, semalam… masa majlis BBQ tengah berjalan, aku tgk air tak cukup. So, aku p lah naik kete p cari air mineral kat tesco yang berdekatan. Usai membeli, sampai jek kat kereta aku, tetiba terdetik kat kepala aku, kete ni mesti takleh hidup… sekali, bila aku start, mmg takleh hidup. Cuak giler aku masa tu, mula panic (sebelum ni, takdelah panic sgt, even masa tersadai kat highway, otw balik dari warwick dulu)… takkanlah aku nak kol org suh amik aku kat tesco tu… so, cuba jugaklah… sekali, takleh… dua kali, takleh jugak… tekan2 minyak, tekan2 clutch… kali ke3, Alhamdulillah… baru boleh start. Sejak dari tu, even nak p skul rini, masa nak start, aku masih fobia lagi… taktaulah kenapa… rini, aku p antar sebis kete tu walaupun kete tu baru jek sebis… antar kat ford, no kete tu takde dalam system… maybe sebab dah lama kot kete tu, so data2 tu dihapuskan… aku agaklah… so, aku antarlah kat tempat yang biasa aku sebis… harap2 lepas kete ni disebis, aku akan boleh gunakan kete tu tanpa ada masalah sekurang2nya sehingga aku abis blaja kat sini… amiiiinnnnn.... harap sangat, sebab aku dah banyak berhabisan duit tuk kete jek… sampaikan terpaksa berhutang keliling pinggang… duit pounds tak cukup, utang pulak ngan duit RM… sampai rasa macam taktau dah nak cakap apa, nak cerita apa kat orang lain (lebih suka tulis daripada cerita mulut, sebab sekurang2nya tulisan boleh edit, kalau mulut, kompom takleh edit, atau tarik balik)… Erm… dah jadi macam phd aku… bila orang tanya, aku akan jwab, next question please!!!!!! Samalah macam kete tu, bila orang tanya, what happen kete? So aku akan jawab, erm… taktau nak cakap camana… takyah tanyalah…sian jugak bila orang tanya aku pasal kete. maybe kurang ajar, tapi bagi aku, itu lebih baik daripada aku menambahkan rasa tensen kat hati aku… maafkan aku wahai sahabat2 yang perihatin... dikala aku tengah tensen, memacam benda tak elok boleh berlaku... jiwa kacau kan...

tuanpunyablog: seharian tak wat keje... memacam kene pk... kan syok kalau hidup smooth jek macam dolu2... uhuhuhu

No comments: