Wednesday 7 October 2009

Widgets

mengah aku rini...

salam....

ada satu post yang aku buang sebelum ni.. sebabnya, mengingatkan kata2 member aku, belawan cakap ngan orang yang merasa dirinya hebat ni, takkan ke mana... alih2, kita jugak yang salah... so, lebih baik diam jek... teringat plak bila ada member masa sekolah dulu pesa, lawan cakap ngan orang gila, kita jadi gila, lawan cakap ngan org bodoh, kita jadi bodoh, lebih baik kita senyap jek... erm.. silap aku, sebab terlalu marah sangat, sampai mencemarkan blog aku sendiri... sebab tu, aku delete balik kemarahan aku yang penuh ngan tulisan warna merah tu... biarlah apa org nak cakap pasal blog aku ni... yang penting aku leh kawal kemarahan aku... biarlah dia ngan labu2nya mengomen org lain... aku malas nak layan...

nak berehat kejap sebenarnya ni. penat sebenarnya... mana taknya, pagi tadi sampai2, pintu takleh bukak... p turun balik, nak tanya ngan opis kat bwah ni. dia suh p jumpa emma kat EJ building yang jaraknya dekat 400m, suh dia kol, katanya;
"it's not far, you can walk".
dalam hati aku cakap, mangkuk btol minah ni, aku taulah dekat, masalahnya, teponlah sat tanya ngan emma tu... aiyak...

destinasi seterusnya, otw nak p student center, jumpa ngan zahran. ikut plak dia naik balik tingkat 4 ni, pastu takleh gak... turun balik g student center. dia suh tukar kad plak, sebab katanya kad aku dah buruk. bagus gak, leh jugak aku tukar gambar aku yang nampak sumbunk ni kepada yang mesra alam sikit. dah tukar, naik balik, cuba balik nak access opis... takleh jugak. turun balik g student center, cakap takleh. dia kata, oklah jek. takde masalah... so, dia suh aku p pusat komputer pulak. cet!!!! cam bola plak aku. pastu aku malas nak p pusat komputer, aku naik balik. aida ada tunggu kat atas... sib baik, tak lama lepas tu ada orang datang btolkan pintu tu. sib baik leh masuk. tengok2 jam, dah kol 1030... kelam kabut aku ngan tak tak cukup napas buat sumthing yang kunun2nya boleh impress SV aku...

kol 1100 baru aku jalan g opis EJ tu... sampai kat sana, mengah lagik... sebab jalan laju nak kene kejar masa... pastu, sampai jek, aku terus ketuk pintu bilik dia...

"did u got my email?"
"no, maybe i didn't read it before i came here," padahal sebelum datang cni aku dah berkali2 bukak email...
"oh... i've postponed to friday, 12 o'clock."
"ok then. i have time to refine my chapter one."
"ya, u will have plenty time to do it."

ni ayat perli ke ayat semangat ni dia cakap kat aku ni????? huhuhuhu

tuanpunyablog: lapo n napas ngah putus2... huhuhu

No comments: