Thursday 22 October 2009

bilik kecil itu

salam...

kembali bertiga... sunyi... sebabnya, abang mahadi ngn wan yang menginap sementara dirumah kami (subra landlord cakap takdak serupa bikin itu kata leh siapkan umah yang bakal dorg nak duduk on 1st october, tapi, haraaaaammmm.... tak siap pun... terpaksa cari umah lain...) akan memasuki umah mereka di west drayton... erm... sunyi kembali...

terasa jugak kali ni... sebabnya, before ni, sejak sebulan yang lalu, ada jek orang yang menginap dibilik kecil (bukan toilet ek..) kami tu... bermula daripada kak ana (kene halau dari hall sebab kontrak dah abis) menginap kat umah kami selama seminggu... syok, sebab ada teman berborak...

kemudian, belum sempat kak ana keluar, aifah pulak masuk. tapi semalam jelah, sebabnya, dia dapat dok hall... since masa tu masih bulan posa lagi, maka aku ngan zah offer dia tuk dok sekali, senang nak sahur. esoknya, baru aku antar dia masuk hall. kak ana, petang tu aku antar dia balik. kemudian, petang tu jugak bilik kecil tu berpenghuni balik, najwan, budak undergrad Brunel yang aku amik kat airport... katanya dapat hall, tapi tulah masalahnya, sebab aku taktau plak samada leh masuk hall atau tak masa tu... dia pun tak buat pepe arrangement. since bilik kecil itu kosong dan masih lagi berpuasa serta esok pagi nak amik geng2 dia seramai 4 orang lagi, aku suh tdo situ jugak.

pagi sabtu tu, aku amik bebudak lain, geng2 si najwan kat airport, dengan abang khir. malam tu, aku ajak dorg semua termasuk aifah tdo kat umah aku, sebabnya, sian jugak, sebab esoknya raya... at least, dengan kehadiran dorg, dapat gak merasa suasana raya... macam anak2 balik kampung jek rasanya... maka, bilik kecik dan ruang depan tu berpenghuni kembali.

abis beraya, malam tu, baru aku antar dorg kembali ke hall... dua hari kemudian, hari selasa, aku amik ridhwan pulak, bakal hosmet abang mahadi. since dia kat sini sorg2 jek sementara menantikan abang mahadi kembali ke sini, maka aku offer dia suh dok cni sampailah abang mahadi balik ke uxbridge. maka duduklah wan dibilik kecil itu...

seminggu sebelum hari ini, abang mahadi kembali ke brunel. maka, makin meriahlah umah kami... ikutkan, time abnag mahadi sampai cni terus dok umah subra tu. tapi janji tinggal janji... malangnya, umahnya dah mengalahkan tongkang pecah... tongkang pecah pun lagi cantek daripada umahnya (kalau subra baca blog aku ni, abis aku kene saman...). kata nak siapkan awal oktober, tapi sampai kesudah tak siap2... sian jugak kat dorg... so, terpaksalah cari umah lain, dan alhamdulillah, dapat umah yang kat west drayton... dan hari ni, mulalah dorg memasuki umah baru tersebut...

bila ingat kembali, bilik kecil itu telah memberikan khidmat untuk tdo (walaupun tilam keras) kepada ramai manusia start ngan kak ana, pastu aifah, pastu najwan, pastu nadia, aifah n wani dibilik kecil, najwan, firdaus, zul n ameerul di bilik depan, pastu wan, pastu wan dan abang mahadi... sehinggalah hari ini...

maka sunyilah kembali bilik kecil itu sehingga bulan november nanti...

tuanpunyablog: tajuk selalu tak kena ngan isi... lantaklah... ada aku kesah?????

Wednesday 21 October 2009

cerita dua dalam satu

salam...

berenti sekejap daripada menulis... hehari, kalau buat keje yang sama jek, jangan kata manusia, kambing bebiri pun leh bohsan... lalu mulalah mencarai keje lain tuk dibuatnya... samalah macam aku, cari keje lain tuk buat, lari daripada nulis BI kepada nulis BM. laju sikit aku taip... kalau nak nulsi dalam BI tu, alamat, 10 menet baru dapat 1 ayat... tu blom kira padam balik... pastu taip balik... pastu padam balik... pastu taip balik... sampai bilalah nak kene buat camtu... asal baca jek, ada jek yang tak kene... almaklumlah, bukan bahasa mak lidah... macam aku cakap dedolu, blajar bahasa arab lagi mudah daripada bahasa penjajah ni... erm... nak wat lagu mana kan... dah ini pilihan hidup aku... mujurlah dapat SV yang baik hati serta baik budi pekerti dan tak lupa baik dari segala segi...

apa nak cerita? erm... takde bahan sebenarnya... tapi sekadar nulis meriliskan tekanan...

aku baru jek semangat nak attend seminar kat london ni, kunun2nya nak wat social network lah, almakluma sajalah, aku ni kan pemalu (nak cakap omputeh), so, semangatlah nak p seminar tu... biarpun dua jam jek kat london central. dapat email daripada DR Tillal seminggu lepas posa, tarikh event akhir bulan 10, so, since Dr Tillal tulis kat situ, make sure you attend this seminar, maka aku pun dengan berat ati antar email kat organizer tu, cakap nak attend seminar tu. ayat tu jgn citerlah, dekat setengah jam aku reka, almaklumlah, nak pastikan ayat aku guna tu, dipahami oleh organizer tu... lagipun, aku taknaklah guna ayat yang bombastik dan mantop2, takut nanti dia tak paham lak (dia tak paham, atau ko yang tak reti nak nulis jep????). dua baris jek ayat, lebih kurang 10 patah setiap baris... 'kejap' kan aku aku tulis email tu?

lepas antar tu, aku tak terima apa2 email daripada organizer tu. tanya ngan Dr Tillal, sebab aku tak dapat apa2 confirmation pun sama ada aku dalam list atau dak, sebab tempatnya terhad... so, dia suh antar email lagi sekali kat organizer tu tanya... so dua hari lepas (kemarin semalam/semalam sebelum hari ni), aku antar lagi sekali email kat dia. kali ni 'kejap' jek aku ngarang ayat, satu jam... 4 baris... kira ada 'improvement' lah kan???? masa tu terpk lak nak cc kat SV aku, tapi segan, sebabnya BI aku kan tahap gaban, mesti dia malu... tapi, tak kesahlah, aku cc gak kat dia...

then hari sebelum hari ini (semalam lah.....), aku baru jek dapat reply. dia kata, dia tak received pun pepe email daripada aku. tempat dah penuh, so, kalau ada kosong nanti dia gtau.... aiyaaaakkkkk.... sedih gaklah... baru jek nak berangan nak p attend seminar tentang reserach aku yang aku sendiri tak pasti apa aku tengah buat (sebab tu progress report tak antar2)... tapi, takde tempat lak... takpelah... nanti leh mintak ngan minah K tuk tolong dapatkan info...

sebut pasal minah K ni kan, satu jek aku geram ngan dia... kalau bab nak mintak tolong ngan aku, laju ajek suh buat (silap aku jugak sebab aku offer dia tuk tolong wat flowchart)... bagi kat aku kol 2, pastu nak kol 3... mula2 tu, tolonglah gak, tapi bila dah selalu dia buat onar ngan aku, geram lak kengkadang.... takdelah onar teruk sgt pun...tapi yang aku geramnya, kalau aku mintak tolong ngan dia, hampeh... tak layan langsung... wat dunno jek... kedekut tahap gaban... mintak artikel ngan jurnal pun, tak dibaginya... kedekut taik hidung laut mati... cet... kalau aku tak tolong, sat g dia ngadu kat SV aku, jenuh aku nak menjawab... abis2, buat jelah mana yang dia mintak... erm... sib baiklah bukan sebangsa dan seagama aku... mmg tak ikhlas langsung aku tolong dia... tapi takpe, dia pun dah nak viva... setel viva dia, aku akan mintak tesis dia ngan DR Tillal... harapkan nak mintak ngan dia, erm... haaaaarrrrrraaaaaammmmm.... sedangkan artikel atau jurnal yang bukan dia buat pun dia tak bagi, lagi mau bagi benda yang dia buat... huh!!!!

okeh, abis sesi ngumpat kali ni... :D

tuanpunyablog: banyak masuk banyak keluar, camtulah kehidupan....

Friday 16 October 2009

hari esok...

salam...

arini jumaat...

esok sabtu...

pastu ahad...

pastu senin...

pastu selasa...

pastu rabu...

pastu khamis...

pastu jumaat balik...

yang pasti, takde perubahan pun dengan apa yang aku tengah buat ni... huhuhuhu

tuanpunyablog: melayan lagu2 bosnia plak...

Thursday 15 October 2009

pengorbanan

taraaaaaaa..... aku kembali lagik... lupa plak bagi salam... assalamualaikum (jgn lupa jawab naaaaa)....

lama dah nak nulis entri pasal pengorbanan suami isteri ni.. tapi tulah, asik tertangguh jek... tapi kali ni, setelah buhsan membetulkan chapter 1 aku yang tak btul2 tu, maka, amik kesempatan sekejaplah tuk nulis pasal benda ni...

nway, just nak share jek, serta ingat mengingati antara satu sama lain... mana2 yang terasa tu, aku mintak maaf bebanyak, sebab aku cerita umum jek, tak nujukan pada sesapa... almaklumlah, selalu menjadi tong sampah luahan perasaan org lain... dan aku jugak tak mengeneralisasikan pada semua isteri atau suami... so, mana2 isteri atau suami yang tak buat tu, takyahlah terasa sangat, atau nak marah2 kat aku... oooooooookehhhhh?????

apa yang aku nak tulis ni, org lain mungkin akan menyatakan bahawa aku ni banyak sebelahi lelaki... btol kot... tak tau nak cakap... entah...

panjang btol mukaddimah kali ni ek... sorilah... sebenarnya nak cerita pasal isteri yang selalu mengatakan apa sahaja yang dilakukannya demi suami adalah satu pengorbanan, tapi, kalau suami melakukan sesuatu tu untuk isterinya, takde lah pulak dikatakan sebagai pengorbanan... contohnya beberapa situasi ni:

situasi 1:
suami yang terpaksa berpindah kerja sebab mengikut isteri:
isteri: ala, dialah kene ikut kita pindah, sebabnya, dia lelaki, senang nak cari keje, kalau kita, payah, sebab berapa ramai pompuan yang grad tapi tak dapat lagi keje...
tapi,
kalau isteri yang terpaksa pindah kerja sebab mengikut suami:
isteri: kita ni berkorban tuk dia, tinggalkan gaji besar,. pangkat besar, semata2 nak mengikut suami...

situasi 2:
suami yang menolong isterinya yang bekerja, basuh pinggan:
isteri: dia kenelah tolong kita basuh pinggan. tanggungjawab bersama kan... kita ni penat gak kerja cari duit, berkorban masa dan tenaga nak bantu dia cari pendapatan lebih sikit...

situasi 3:
suami yang dapat sambung blajar luar negara, isteri benti keje sebab nak ngikut suami:
isteri: kita ni berkorban benti keje sebab nak ikut dia p obe c... dia kene ingat pengorbanan isteri dia ni...
tapi;
kalau suami yang benti keje sebab ikut isteri sambung blaja kat obe c:
isteri: suami kene bersyukur, sebab kita, dia dapat p obe c jugak... lagipun, dok kat sana, tolong jaga anak jek, kita yang kene banyak buat keje...

rasanya, amat jarang aku dengar bila isteri berkata;
syukur alhamdulillah, suami sangup berkorban sebab aku... atau, suami saya tu, demi saya sanggup berkorban...

tapi yang selalu aku dengar,
apa2 sahaja yang dilakukannya contohnya bekerja, berpindah, mengemas rumah, memasak, adalah satu pengorbanan yang dia lakukan demi suami....

tak kata semua, tapi adalah segelintir. so, mana2 yang tak buat camtu, takyahlah nak marah2 dengan tulisan aku ni... kalau marah2, maknanya adalah sesekali kita buat kan... bak kata pepatah melayu lama, siapa makan cili, dialah terasa pedasnya...

takat tu jelah aku leh tulis.... sat g, tulis pepanjang, sahih aku kene kutuk abis2an... biasalah, ada org takleh terima pendapat org lain... lagi2, kalau kene dengan ego yang tinggi mengalahkan lapisan langit ketujuh tu... nway, nanti kalau ada masa, aku akan cuba plak cerita pasal suami yang ego melampau... sanggup suh isteri benti keje, sebab taknak dok berjauhan... kununnya, mampu tuk tanggung... erm... macam2 karenah... seswailah ngan caption tajuk blog aku, cerita tentang kehidupan.... kan?????

tuanpunyablog: ada org dari paris lak nak mai minggu ni... best btol bila buat network banyak2...

Wednesday 14 October 2009

caption apa patut aku letak????

salam...

kengkadang tu rajin jugak aku blog walking... lagi2 time burink dan buhsan melanda diri ini...

tengah2 blog walking ni, tetiba terpandang satu blog, antusabun (sori ye antusabun, pinjam nama kejap, jangan saman tau), link daripada kanda kubib...

apa yang menariknya, ialah caption kat bawah tajuk besar dia, amarah...

pedia???? ha...

"Baca jangan nak emo-emo kat sini, gua takpe sebab ni blog gua..."

erm... agaknya, aku kene letak caption camni jugak kot, supaya org paham aku nulis bukan untuk orang lain, tapi aku tulis untuk aku... nak baca silakan, tapi kalau taknak, silakaaaaaaaaaaaaaaaaan............ beredarrrrrrrrrrrr (cara paling hormat).....

tuanpunyablog: karenah manusia.... tolan jolah...

Sunday 11 October 2009

masalah org lain pulak nak cerita

salam...

erm... apa nak cerita... oh ya... nak cerita pasal masalah kawan aku yang mempunyai kawan yang kurang malunya... begini ceritanya (malas nak buat mukaddimah panjang2)...

ada seorang member dia ni, eloklah aku namakan sebagai O (payah nak cari nama yang bermula ngan O, sebab tu guna nama sebagai O), selalu datang kerumah yang member aku ni, elok aku namakan sebagai X (rasanya payah jugak nak cari nama yang mula ngan X kan???). dorang ni takdelah kenal sangat, tapi disebabkan dah idop berjiran, terpaksalah si X melayan karenah si O ni. mula2nya, nampak ok, apa sahaja yang dicakapkan O ni, X terima jek. biasalah, manusia. si X ni pun ngaku, dia pun bukanlah manusia maksum, takde dosa, tak pernah buat silap, mesti ada. so, selama itulah di X ni bertahan. tapi bagi aku, kalau perangai O ni dah teruk, bagi aku, bukan leh tahan selamanya... makan hati jugak. takat manalah nak tahan kan, kalau aku pun, tak tahan ngan perangai si O ni... kalau lah ini yang terjadi pada kita, apa kita nak buat ek...

begini ceritanya... tadaaaaa....

si O selalu menyinggah kat rumah si X ni. takpelah, apa salahnya menyinggah... takde masalah pun... cuma apa yang menyebabkan si X ni bengang ialah, si O kaki komplen, kaki kondem, kaki ngutuk, kaki perli, kaki meja, kaki ayam dan kaki semuanyalah... kalau masuk umah si X ni, tak sah kalau tak dikutuk, diperli, di kondem apa2 sajalah... ada jek idea nak memngutuk dan memerli si X ni. aku dengar pun, aku jadi geram plak ngan O, walaupun aku tak kenal dia sapa, sebab si X ni mana nak reveal nama... antara yang dikatanya:

1. wah, baiknya, anak ko... suka menyepahkan benda ek... (jwp si X dalam hati: rumah aku, biarlah anak aku nak buat apa pun....)
2. tak kenelah ko letak perabot ko kat cni... menyemakkan pandangan... (jwp X dalam hati: rumah aku, suka hati akulah nak buat camana pun...)
3. isk... mahal perabot ni... buang duit jek beli... jgnlah membazir... tak elok... (jwp X dalam hati: duit aku, bukan duit ko... suka hati akulah nak beli ke, taknak ke...)
4. isk... buruknya perabot ko ni... buang ajelah... (jwp X dalam hati: apahal lak dia sebuk2 kat umah aku ni, suka hati akulah nak letak apa pun... buruk ke, kecik ke, besar ke, apa ke...)

tu antara yang aku ingat... banyak lagi sebenarnya... biasalah manusia kan... ada sesetengah akan cakap, ala... benda tu pun nak kisah. macam selalu yang aku cakap bila dengar masalah org lain... tapi, bila dah kene batang hidung sendiri baru terasa keperitan... yelah, bagi aku, selagi tak kene kat batang hidung sendiri, selagi tu taktau betapa peritnya rasa sakit hati tu... senanglah cakap itu dan ini... kita ni manusia, bukannya robot... bleh tahan sepanjang masa...

tanya jugak kat X ni... kenapa dia tak fire jek si O tu... jawapannya, senang ajek...

"tahan jelah selagi boleh. apa org nak kata, katalah... lantak p. sebab aku pernah buat satu kesilapan, dan kalau boleh aku tak nak buat satu lagi kesilapan. pernah jugak marah orang yang perli aku, tapi, org lain nampak macam aku jek yang salah... so, kali ni, biarlah orang nak kata apa pun, aku akan cuba tenang... segala kata2 negatif, perli ke, kutuk ke, aku tetap akan cuba untuk cakap terima kasih, bukan tuk fire dia balik... sebab bagi aku, org2 macam ni, kalau lawan, kita akan kalah jugak. sebab dia ada hujah dia sendiri, maklumlah, org2 educated dan terpelajar, bijak, cerdik, dan org lain semua salah, bodoh, tak pandai.... dan selalunya, dia akan gembira kalau kita iyakan jek cakapnya... tu jek cara nak bentikan dia daripada bercakap... so, iyekan jelah... "

~~~~terkedu~~~~

tuanpunyablog: masih boleh bertahan lagi, alhamdulillah...

Friday 9 October 2009

masalah aku yang suka terus terang

salam...

aku mempunyai satu masalah besar, dari dulu sampailah ke lani... taktau nak buang camana sipat aku ni... iaitu sipat terlalu berterus terang... alih2, orang selalu salah anggap ngan aku... contohnya, semalam...

saja jek aku bagitau ngan kanda S yang aku dah jadi miskin tegar, bila dia tanya aku kenapa tak naik bus. aku cakap, kalau aku naik kete, at least minyaknya ada lagi, aku takyah isi, kalau naik bus, aku kene topup kad oyster aku, mana nak korek duit... pastu aku bagitau jugak yang tinggal £7 jek dalam akaun aku. nak survive sampai akhir bulan ni. bukan niat aku pun nak suh dia kesiankan aku, pelagi nak suh dia bagi duit kat aku, takde niat langsung.

saja suka seronok happy ahabbah citer yang aku dah jadi miskin. tup tup, terus dia keluarkan duit dia, bagi aku £50. aku tolak, pastu aku lari masuk jamban sebab nak terkencing (sejuk2 ni, makin selalu plak sakit pankreas aku). bila kuar jek, terus dia tunggu aku depan pintu masuk opis... nak bagi jugak duit tu... berkali2 jugak aku cakap takyah, siap aku bagi alasan lagi duit yang ada cukup, lagipun zah kan kerja part time jadi cekgu pada anak murid yang sorg umur 5 bulan tu... tapi dia berkeras jugak nak bagi... aku bagi balik kat dia... masukkan balik dalam beg dia.. pastu dia campak kat meja aku, aku campak balik kat meja dia... sudahnya, dekat 10 kali main campak2 duit... si karim ngan zahran dok pandang2 kenapalah org2 malaysia ni main2 campak duit... akhirnya, aku mengalah jugaklah... dah org nak tolong kan, aku TERPAKSA terima... tak amik karang kecik ati plak... takpelah, kali ni, aku terpaksa amik jugak, nanti dah ada duit, bayarlah balik...

baiknya hati orang2 kat cni... nilah keluarga aku...

kengkadang rasa malu jugak, coz tujuan aku bagitau sebab aku mmg suka berterus terang, bukan sebab aku mintak sesuatu... saja suka cerita. alhamdulillah kalau org tu jenis yang bukan membuat tafsiran sendiri, tapi kalau yang suka buat tafsiran sendiri camana pulak tu? masalah btol ngan aku ni... taktau nak buang sipat suka terus terang aku ni... banyak kali jugak tersilap langkah. org tafsir memacam... padahal tu bukan tujuan aku pun... tapi yelah, manusia kan... nak buat camana....

orang kata, dah orang bagi, amik ajek... jgn sumbunk... tapi tulah masalah aku lagi satu, aku terlalu sumbunk nak terima pemberian orang... takut jadi budi, bila dah jadi budi, rasa seumur hidup aku akan berhutang dengan dia... tahlah...

apapun, doa aku agar org2 yang sudi mengoffer dan meminjamkan sebentar nikmat Allah yang mereka miliki, aku doakan agar mereka bahagia dan sentosa selalu, serta hidup selalu tak pernah putus rejeki.... amiiiinnnnn.....

tuanpunyablog: pemiutang aku~kanda Sr (£1100), kanda Si (£50), dinda A (£300). kene tulis takut kalau aku tak sempat bayar, waris2 aku akan tolong bayarkan...

Thursday 8 October 2009

mengah bahagian 2...

salam...

mesti pening baca entri aku sebelum nikan? aku baca pun aku tak paham apa aku nak sampaikan... nak cerita pasal mengah, tetiba diakhiri dengan perli atau tak.. hapahapatah aku ni... ngah dok taip semalam, tetiba ada org ajak aku borak... sesambil borak tulah aku taip... sudahnya, aku sendiri tak tau aku nak cerita apa sebenarnya...

alah, lantaklah... sapa suh korg baca... la ni, figure out lah sendiri apa aku nak cerita (camlah ada org nak membuang masa mencari yang tersirat pasal cerita ko ni jep oiiii....)

tuanpunyablog: aktip kembali...

Wednesday 7 October 2009

mengah aku rini...

salam....

ada satu post yang aku buang sebelum ni.. sebabnya, mengingatkan kata2 member aku, belawan cakap ngan orang yang merasa dirinya hebat ni, takkan ke mana... alih2, kita jugak yang salah... so, lebih baik diam jek... teringat plak bila ada member masa sekolah dulu pesa, lawan cakap ngan orang gila, kita jadi gila, lawan cakap ngan org bodoh, kita jadi bodoh, lebih baik kita senyap jek... erm.. silap aku, sebab terlalu marah sangat, sampai mencemarkan blog aku sendiri... sebab tu, aku delete balik kemarahan aku yang penuh ngan tulisan warna merah tu... biarlah apa org nak cakap pasal blog aku ni... yang penting aku leh kawal kemarahan aku... biarlah dia ngan labu2nya mengomen org lain... aku malas nak layan...

nak berehat kejap sebenarnya ni. penat sebenarnya... mana taknya, pagi tadi sampai2, pintu takleh bukak... p turun balik, nak tanya ngan opis kat bwah ni. dia suh p jumpa emma kat EJ building yang jaraknya dekat 400m, suh dia kol, katanya;
"it's not far, you can walk".
dalam hati aku cakap, mangkuk btol minah ni, aku taulah dekat, masalahnya, teponlah sat tanya ngan emma tu... aiyak...

destinasi seterusnya, otw nak p student center, jumpa ngan zahran. ikut plak dia naik balik tingkat 4 ni, pastu takleh gak... turun balik g student center. dia suh tukar kad plak, sebab katanya kad aku dah buruk. bagus gak, leh jugak aku tukar gambar aku yang nampak sumbunk ni kepada yang mesra alam sikit. dah tukar, naik balik, cuba balik nak access opis... takleh jugak. turun balik g student center, cakap takleh. dia kata, oklah jek. takde masalah... so, dia suh aku p pusat komputer pulak. cet!!!! cam bola plak aku. pastu aku malas nak p pusat komputer, aku naik balik. aida ada tunggu kat atas... sib baik, tak lama lepas tu ada orang datang btolkan pintu tu. sib baik leh masuk. tengok2 jam, dah kol 1030... kelam kabut aku ngan tak tak cukup napas buat sumthing yang kunun2nya boleh impress SV aku...

kol 1100 baru aku jalan g opis EJ tu... sampai kat sana, mengah lagik... sebab jalan laju nak kene kejar masa... pastu, sampai jek, aku terus ketuk pintu bilik dia...

"did u got my email?"
"no, maybe i didn't read it before i came here," padahal sebelum datang cni aku dah berkali2 bukak email...
"oh... i've postponed to friday, 12 o'clock."
"ok then. i have time to refine my chapter one."
"ya, u will have plenty time to do it."

ni ayat perli ke ayat semangat ni dia cakap kat aku ni????? huhuhuhu

tuanpunyablog: lapo n napas ngah putus2... huhuhu

Thursday 1 October 2009

coretan bulan oktober

salam...

cuti kejap daripada membaca dan menulis progress (kejap menda, setahun dah ko cuti jep oiiiii)... tetiba terasa nak nulis sesuatu tuk tatapan aku sendiri...

baru jek lepas tepon mak ngan adik aku, ita... erm... tetiba rasa rindu sangat kat mak aku... tapi tak banyaklah tanya... sebab mak aku sebuk nak mandi... salah aku gak, silap timing kol mak aku... dekat2 maghrib baru kol... tapi kalau cakap lelama pun, macam takde menda pulak nak cakap.... mak aku pulak macam takde modal nak cerita... soalan biasa yang ditanya, dah makan blom, masak apa, sapa ada kat umah, buat apa... pastu tanya balik soklan yang sama... sian mak aku kene jawab berkali2...

pas tepon tu, baru aku tersedar... alangkah beruntungnya aku mak ayah aku masih bernyawa... walaupun jauh di mata, tapi at least aku boleh dengar suara mereka. boleh jugak buat pelepas rindu... tapi, camana pulak yang mak ayah dorg dah pindah ke alam barzakh? lagi2lah kalau tak sempat jumpa kan... lagilah rindu...

erm... betapa bertuahnya hidup aku ni... alhamdulillah...

tuanpunyablog: malas nak edit...