Thursday 14 January 2010

Widgets

merepek sekejap

salam..

suatu ketika aku pernah merasa betapa gembiranya hatiku bila ku sudah temui jalan nya... namun, suatu ketika tu tak lama mana, mungkin sesaat cuma, kerna saat ku sesat kembali, pasti akan menjelma...

erm... taktau nak cakap... kengkadang jenuh gak pk... rasa macam nak jadi jek macam org lain, sebab....

org lain bijak pandai...
org lain sentiasa rajin dan bersemangat....
org lain sentiasa buat keje dan amanah yang diberikan...
org lain pandai buat paper, sekali antar kat memana conference, sekali dapat jawapan,
org lain kalau jumpa sv, banyak yang dibincangkan,
org lain sekali cakap dah boleh paham beribu kali,
org lain sambil makan, sambil baca berita, sambil tgk utube, masih boleh membaca artikel,
org lain baca sekali terus paham apa yang dibaca,
org lain nampak 'cahaya', terus nampak spotlight,
org lain pas jumpa sv, terus sambung wat keje,
org lain kalau cakap mesti bikin, angan dianyam pasti ditunaikan,
org lain cari paper terus baca,
org lain kurang lalai,
dan macam2 org lain yang boleh buat....

compare ngan aku ni;
aku ni kurg bijak (taklah bodoh ya amat),
aku ni sentiasa malas tuk rajin dan rajin tuk malas, apalagi nak maintain semangat,
aku ni sentiasa buat keje yang tak langsung diamanahkan (takde mood nak buat apa yang diamanahkan),
aku ni tak pandai wat paper, sekali jek antar, tapi sv komen not so good (dalam erti kata lain, tak mencapai stendet, takyah antar lah, buat malu kaum jek kalau antar... huhuhu),
aku ni kalau jumpa sv, paling lama 10 menet, (5 menet speechless sebab tak paham apa yang dia nak),
aku ni kalau makan, mesti takkan sentuh paper yang aku dah print (layan jiwang dgr sinar fm),
aku ni kalau baca, mesti tak paham walaupun dah baca 10x (macam penah ke aku baca sampai 10x),
aku ni bila nampak sikit cahaya, tak sampai 5 menet, terus gelap kembali (merujuk kepada progress pengajian aku),
aku ni pas jumpa sv, terus takde mood nak wat keje (sebab kurg pasti apa yang dia cakap, bahasa kasar, tak paham apa dia nak sebenarnya),
aku ni cakap takdak serupa bikin, angan2 macam hangat2 taik ayam (kengkadang tak cakap pun bikin jugak),
aku ni cari paper terus simpan wat koleksi atas meja (taknak bagi org amek meja aku, sebab tu letak paper banyak2 atas meja, satu lagi, nak jadi hipokrit, kunun2 rajin baca artikel),
aku ni sentiasa lalai (buat keje lain instead of keje2 mengaji),
dan tak macam2 lagi yang boleh aku buat...

tapikan... bila pk2 balik,

aku adalah aku... kenapa pulak nak jadi macam org lain... macamlah org lain tu mempunyai semua kelebihan yang aku kehendaki... erm... insap sekejap...

tuanpunyablog: hilang arah~~

No comments: