Thursday 25 February 2010

Widgets

Jalan2 Spain (bhgn 3)

salam...

Hari ketiga – 17 Februari 2010

Marbella – Cordova – Alhambra – Sierra Nevada – Marbella


- Hari ni Alhamdulillah, aku dah macam boleh sikit bawak sebelah kiri. Bolehlah menten sikit, pandang kiri kanan, takde dah nak masuk jalan org lain… kununnnnnnnnnya lah…

- Dalam pukul 0900 kami bertolak ke cordoba. Ikutkan tentative, hari terakhir, waktu sama nak p ke Seville. Tapi tukar plan. Nilah yang bagusnya kalau p sendiri, senang jek nak tukar tentative kan??? Perjalanan ke cordova amik masa lebih kurang 2jam setengah. Lalu kawasan yang erm…. Susah aku nak terangkan. Tepi2 jalan, macam bukan highway pun ye. Masa bawak kete ni, aku dah macam nak demam, menggigil2 dalam kete. Erm… biasalah aku, kalau demam,mesti menggigil. Deman kura2 katanya. Alhamdulillah, Allah masih kuatkan tenaga aku ni tuk bawak kete. Nak mintak zah bwak, sedangkan kat London pun dia taknak bawak, ni lagilah yang guna belah driver belah kiri. Lagilah dia taknak. Pakse gaklah supaya leh drive jugak.

- Sampai kat cordova dalam kol 11 lebih2 sikit. Nasib aku sebab kene parking kete secara side. Sedangkan yang kanan pun aku tak reti, apa lagi belah kiri. Lagilah aku tak reti. Sib baik abag beib tolong parkingkan. Abang beib ngan kak ina perasan aku menggigil jek dari tadi. Nak sorok pun takleh. Dahlah sejuk ya amat. Hujan plak tu. Amik gambar pun macam tak best jek. Tak banyak gambar yang kami amik area masjid tu. Abg beib hangin jek ngan guard kat masjid tu, mana taknya, time nak pasang kaki kamera tu, datang guard tu cakap alam bahse Spanish sambil tunjuk, kaki kamera, no, kamera yes. Jadi pelik lah kami. Apasal lak kaki kamera tu takleh guna, kamera leh guna plak? Dia takut kami pukul org gan kaki kamera tu kot… Pelik…. Tapi, ikut jugaklah arahan dia tu. Jalan sesikit jek kat area masjid tu, beli sebenir sesikit. Zahlah beli, aku dah macam hanyut dilautan sepi (ala2 lagu ramlah ram) jek. Sib baik tak pitam je. Otw jalan kaki ke kereta, mujur jumpa farmasi. Yang peliknya, aku cakap English, pun dia tak paham. Camanalah dia jadi pharmacist kan (aku lagi terer tau, sebengong2 aku)???? Tuk demam, aku tunjuk pegang kepala macam org demam. Dia bagi paracetamol. Pastu tuk batuk, aku buat2 batuk. Dia bagi ubat batuk. Masa nak bayar, tanya how much, dia jawab *^&^&^%&^&. Tak paham, aku pusingkan dia punya skrin bayaran, tgk berapa kena. Dia pandang semacam jek. Lantaklah ko nak marah pun marahlah, sapa suh taknak blajo English, kan susah nak layan pelanggan. Sebodoh2 english aku, leh gak aku paham kalau org cakap, huhuhuhu…..

- Abis kat area tu, kami keluar menuju ke Alhambra. Amik masa dalam 2 jam setengah. Ikutkan sempatlah sampai before kol 3, sebab aku dah tempah nasrid palace tu kol 3. Kalau tak, sahih tak leh masuk. Aku plan nak ikut jek abang beib, so, zah antar msg kat abang beib, kata aku follow. Pastu, betri terus kong. Kete abang beib hilang. Maka aku pun pusing2 bandar tak jumpa jugak ketenya. Masuk tah mana2 tah jadinya. Dekat setengah jam lah jugak. Last2, kami amik keputusan, terus jek ke Alhambra. Dalam pada tu, doa jugaklah supaya abang beib pun terus ke sana. Risau gak kot2 dia pun cari kami. Masuk kat highway, aku benti isi minyak. Dalam pada tu,tengah berpk camana nak cakap ngan org kaunter tu aku nak pinjam kejap hanset dia. Aku nak kol ka kina. Maka terjadilah perbualan ayam ngan itik.

Do you understand english?” tanya aku seketul2.
“%&%^&^*&^&%^%&,” jawab org kaunter stesen minyak tu, sambil tangan pusing atas bawah. Erm… nak taknak kene tanya jugak ni, lantaklah tak paham ke tak.

I need to call my friend, urgent. Their phone no is in my phone. But my battery is out.” Cakap aku seketul2 kat dia sambil buat isyarat.
“%^%&%^$^& spain?

Aduh, apa benda dia cakap ni… “yes, their in spain. But I don’t have their no.
“*)**^&%%#%#$@%&^&(U(&?” sambil tunjuk buku telepon. Ala, aku bukan nak buku tepon tu… aiyak….

No… No… Phone no is in my hs. My battery is out. Do you have a charger, can I borrow for a while?” sambil aku tunjuk tempat cucuk charger tu.

“^&%&^*^&^*^^$%## battery @%^$&Y()&(&&&(*(*^^$$@$R^^**)(),” sambil cakap kat kwan dia, tunjuk tempat charger tu.

“(&*^$%%&^%&Y()**^$#?” dia macam tanya. Aku jwab jelah yes… yes… yes…

Dia p kat kaunter, amik in car charger. Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa….. lega hati aku. Sib baiklah dia ada jual charger tu. Dalam hati aku risau gak kot2 mahal dia jual, tapi terpaksalah jugak aku beli. Mujurlah dalam 4 euro jek. Huh!!!!alhamdulillah, Allah mudahkan lagi urusan aku menjejak kasih abang beib ngan kak ina.

- Dapat jek in car charger tu, aku terus bukak balik hs aku. Dapat msg ka kina, dia kata dia dah pecut pun. Aku pun teruskan perjlanan ke Alhambra dalam keadaan hujan lebat. Pecut jugaklah sebab nak kejor kak ina. Sian plak dia tunggu lama nanti kat sana. Pestaim aku bawak kete 150km/j ngan 160km/j. langgar jek dia punya peraturan. Lantaklah nak cepat punya pasal kan…

- Dalam kol 330 aku sampai kat Alhambra. Abang beib sampai awal lebih kurg setengah jam dari kami. Makan sikit, pastu badan aku kembali jadi macam tak sedap. Mana taknya, kene ngan angin sejuk. Pas amik tiket, kami jenjalan masuk ke taman tu. Erm… cantik jugaklah. Cuma terkilan sikit coz tak dapat nak masuk ke nasrid palace tu. Sebab lambat. Takpelah, takde rejeki kan. Nak buat camana. Sian jugak kat kak ina ngan abang beib, sebab aku lambat. Kalau tak, mesti leh masuk.

- Abis round2 kat situ, dekat2 kol 5. Kami menuju ke sierra Nevada, atas cadangan aiman. Katanya kat sini, salji 9 tahun. Atas bukit kan. Tomtom aku, tulis dalam 9 km, garmin abang beib, 1 km. last2 abang beib follow aku sekali lagi. Ha…. Kan aku cakap, aku takleh lead. Kompom salah jalan. Rugi masa setengah jam. Tah mana2 aku bawak. Huh!!!

- Akhirnya, kami sampai jugak kat bahagian atas sierra Nevada tu, dalam 2500m dari aras laut. MasyaAllah, cantik sunggu kawasan tu. Saljinya, jangan cakaplah, dah tinggi ngalahkan sebuah rumah. Kete nak kuar dari parking, mmg kene tarik. Rupanya, ramai jugak org kat atas tu. Siap leh main ski lagi. Silap kami, sebab sampai waktu malam. Takdelah Nampak sangat jalan nya. Sib baik lampu ada. Sempat snap gambar jek, tu pun mintak abang beib amikkan. Kamera aku abis betri. Yang banyak amik gambar dalam perjalanan naik atas tu, zahlah. Aku kene konsentrett, sebab jalannnya bengkang bengkok, macam kat genting tu…

- Sampai kat atas tu, aku dah risau camana nak turun balik. Yelah jalan bersalji. Kete aku lak, jenuh jugak aku tekan minyak, takleh nak makan. Tayar berpusing. Sib baiklah msa nak turun balik tu, ada banyak jugak kete. So, takdelah takut sangat. Sampai kat Marbella balik, dalam kol 10 malam. Amik masa dekat setengah jam nak bukak pintu luar apartment kami tu. Aku dah nak panjat jek dia punya tembok tu. Sebab tak tahan sejuk dah. Sib baillah boleh bukak pastu. Alhamdulillah. Sampai umah, aku terus terbaring. Tak tahan kene sejuk… harap2 esok sehatlah kembali. Makan megi jek aku malam tu, tapi makan sikit jelah… makan paracetamol yang 650 punya, abis dah 7 biji aku telan. Takut lak nak telan bebanyak… kang tak pasal2 tak bangun aku sok pagi…

tuanpunyablog: tak best kan takde gambar???? takpelah... word speak thousand stories than one pictures.... wah!!! sesuka hati aku jek ubah ayat dia...


No comments: