Monday 1 March 2010

Widgets

Jalan2 Spain (bhgn 5)

salam...

hari terakhir kami di Sepain...

Marbella – Malaga

- Amik gambar sesikit kat atas apartment kami. Masa memula sampai, tak sempat nak amik gambar. Selesai semua, dalam kol 10 kami keluar apartment dengan semua barang2 kami. Sedih???? Erm…. Agaknyalah. Tapi bak kata org, hujan batu kat umah sendiri, hujan emas diumah org, lagi best kat Malaysia, takde hujan langsung (apa2 tah aku merepek ni.…)

- Sampai kat factory outlet dia, dapatlah jugak hasil tangkapan. Tapi bukan aku, sapa lagi kalau bukan aku, zah lah, beg tangan bagak (kalau dia guna beg ni, sat g aku jugak kene bawak beg dia ni, sebab berat sangat) ngan purse. Kira besday dialah. Nanti dah sampai besday dia, takyah aku belikan lagi. Aku??? Takde benda menarik aku nak beli. Macam semua tak best jek. Bukan kaki shopping aku ni. Nak cari iman punya Thomas tak jumpalah pulak. Sian dia. Time aku nak beli bebetul, takdelah pulak jumpa Thomas dia. Erm…

- Kol 1 kami ke tempat sewa kete tu. Aku dalam hati sentiasa berdoa, janganlah aku kene charge tambahan. Sebab dua tiga hari lepas, aku cek kete tu, kiri kanan depan belakang tengah2, semuanya calar, sampai keluar cat. Risau takut aku yang buat. Yelah, masa p Gibraltar ritu, aada aku ke kiri sikit, nak elak bas tengah benti. Tak pasan lak hampir2 nak kene bumper belah kanan tu. Risau jugak. Bila pulang jek, dia terus mintak kunci, ngan salinan agreement, pastu start, tengok sikit2, terus kata tengkiu. Nanti bus datang amik ye. Aik???? Tu jek… ini sudah bagus. Kami letak beg2 kami dalam van tu. Sempat jugaklah amik gambar kat area sewa kete tu. Pastu, aku masih risau sebenarnya, takut dia panggil aku balik sebab kete tu. Tak pasti lak sapa buat. Dalam hati, harap2 org yang lama buat, bkan aku.

- Kol 130 kami dihantar ke airport. Huh, lega rasanya. Lepas checkin n setel semua, kami pun selamat terbang dari Malaga menuju ke London kembali. Masih blom usai doa aku. Kete aku. Aku takut sgt kete aku takleh nak start. Risau ya amat. Janganlah jadi camtu. Amiiiinnnn….

- Sampai kat Stansted dalam kol 7 malam. Alhamdulillah. Selamat kembali ke London. Rasa tak sabar nak bawak kete. Dah takde risau dah sebab kembali seperti asal. Lepas jek naik kereta, Alhamdulillah, kete masih boleh dihidupkan. Tayar pun ok… Cuma aku jadi macam kekok sikit, clutch pun macam keras sikit. Napa tah. Lawaknya, nak masuk gear aku lepaskan tangan kanan kat steering, pegang stering tangan kiri, masuk gear guna tangan kanan. Lupa plak. Pastu samalah macam aku nak tukar gear tu. Berkali2 jugaklah salah masuk. Tapi, takdelah lama sangat nak biasakan.

- Alhamdulillah, selamat sampai umah kol 9 malam. Syukur sangat. Semoga ada rejeki lain pulak kali ni tuk jenjalan. Aku senang berjalan dengan ramai2, sekurang2nya ada kawan borak. N aku ni jenis tak kisah sangat kalau nak tukar plan. Sebab aku ni follower, bukan leader. Harap2 pasni, kak ina ngan abang beib tak serik nak ajak kami jenjalan lagi…

tuanpunyablog: alhamdulillah... udah ok dah aku punya external... lehlah upload gambar pasni ni (atas permintaan puan areej bakal ibu mithali... amiiiiinnnnnn)

No comments: