Tuesday 7 September 2010

Widgets

rajin sungguh aku

salam...

alhamdulillah... semalam seharian (takdelah seharian pun) dapat menyetelkan projek membuang masa aku... projek menyampaikan ucapan selamat hari raya satu persatu org perseorangan friend list aku... tetiba jek terpk nak buat camtu sejak 2 hari lepas, kunun2nya nak lainlah daripada org lain... yelah, hat lain semua tag gambarlah, bagi ucapan kat wall sendiri lah... aku ni jhek terlebih rajin dok tulis kat wall org ucapan tersebut... mujurlah ada teknologi terkini, leh jugak aku copy n paste... penat jugaklah, mana taknya, dah nak abis tu, FB kata aku post spam kat wall org lain... kemudian, setiap kali aku nak post, aku kene masukkan varification, baru terpampang kat wall org tu... tu pun jenuh aku nak baca dia punya perkataan, tah apa apa tah... gigih jugak aku memasukkan words yang dia nak tu verify. kemudian, sampai satu tahap, agaknya aku degil sgt kot (mmg pun, sebab tak menghiraukan amaran dia), dia terus block aku daripada nak post apa comment or reply kat status sesapa... sib baik inbox ada pilihan... kemudian, terpk jugak, kalau aku antar email satu, tapi cc kat semua... sib baik pk balik, apa bezanya ngan tag org? sama jugak kan... so, gigih aku kembali menyampaikan ucapan kat inbox org pulak... mujur account aku FB tak block (kalau block pun, ada aku KESAH???)... abis jugak akhirnya... alhamdulillah, projek berjalan ngan lancar...

nampak macam aku ni tak reti sgt kan, guna teknologi terkini yang memudahkan hidup??? yelah, org lain semua amik jalan mudah, aku p amik jalan susah... well, lain padang lain belalang kan...

ada beberapa sebab kenapa aku tak buat ucapan kat wall aku sendiri, or tagged org lain;
1. tak semua baca status friend update, so, macam ucapan tak sampai kat diri org tu...
2. kalau sorg komen, kompom bila org lain komen jugak, notification masuk kat email. sian pulak deme nak delete email tu...
3. saja buang masa yang banyak tu... (alhamdulillah sempat jugak nulis sesambil dalam dua tiga penggan, standard setiap hari ni)...

biarpun ucapan aku sama, tapi at least aku menyampaikan sorg demi sorg, bolehlah diibaratkan macam aku cakap depan dia sendiri... mintak maaf... :D

tuanpunyablog: kalaulah aku mempunyai semangat macam tu tuk nulis n buat keje2 aku ni... kan bagus...

No comments: