Wednesday 16 February 2011

Widgets

'tunggu surat ye...'

assalamualaikum,

adalah beberapa sahabat aku bertanya, apa cerita dengan zah? erm... nak cerita pun aku dah penat. taktau dah nak cakap camana...

diringkaskan cerita, setelah berpenat lelah turun naik bangunan KPM yang berterabur tu termasuklah ke cyberjaya semata2 nak jadi posmen (amik surat daripada IPG hantar ke KPM), melalui panggilan telefon, katanya ditempatkan di KL. cumanya, sampai ke lani, zah masih belum menerima apa2 surat daripada KPM mahupun JPN. taktaulah apa jadi dengan nama zah... cuba tanya dengan salah seorang pegawai kat KPM tu, katanya, tunggu jelah surat. bayangkan, daripada dapat panggilan telefon pada akhir2 bulan 12, sampai lah ke lani, zah hehari dok tgk post box tu... erm... tunggu jelah kan... dah depa kata camtu...

sebenarnya, masa aku uruskan kes zah tu, aku p sorg jek. nak bawak zah sekali macam payah lak. sapa nak jaga kekecik dua tu? kalau takat ilham jek, takpe... atau sorg jek, takpe (not that aku menyalah takdir aku dapat kembo). maksud aku, dari tempat parking, nak ke bangunan tu, amik masa dekat 10 minit jalan. pastu, kalau aku dokong sorg, pastu zah dokong sorg, kalau dua2 melalak dalam opis KPM tu camana? banyak benda yang aku kene pkir... last2 aku uruskan sendiri jek... mungkin salah aku jugak, sebab bukan zah yang p... erm... tahlah... taktau nak cakap camana...

aku paham yang aku takleh nak salahkan org lain, sebabnya, aku bukan tau camana buat keje kat dalam tu... cumanya, yang aku kesalkan ialah, zah ni (termasuklah aku) dah jadi macam menunggu buah yang tak gugur jek... tensen jugak bila pk kan... nak lari, ada kontrak. takut nanti, bila pepehal, depa tak ngaku lak salah sendiri. hat tu aku paham sangat org2 yang bekerja. payah nak cari org yang mengaku salah sendiri...

tahlah, tunggu jelah... ni yang terbaik yang Allah tetapkan tuk kami sekeluarga... terima jelah apa2 pun...

tuanpunyablog: dalam keadaan yang stress....

No comments: