Thursday 17 March 2011

Widgets

nasib kurang baik rini

assalamualaikum wbt...

hari ni semangat sungguh nak ke opis... dah plan dah nak buat apa... since dah terbangun kol 530 pagi, lepas subuh, takleh tdo plak. maklumlah, tdo awal malam tadi... awal tak awal lah jugak, lebih kurg kol 10 jugak.... dah plan lagi nak buat apa rini... sebab model tak reti nak buat, so aku kene divert keje aku ke bahagian lain dulu... model tolak tepi sat...

pukul 730 pagi aku dah kuar rumah... selalunya dekat2 kol 8 baru aku kuar. tapi, semenjak dinafikan untuk menaiki bus oleh pemandu bus sebab bus penuh dengan bebudak sekolah, maka aku kene tekad, nak kene kuar awal2... maka, seboleh mungkin setiap hari aku akan keluar sebelum kol 8...

tengah2 berjalan ke bus stop, tetiba terdengar bunyi2 burung beterbangan.... maka terlintaslah dalam hati aku, sib baik tak berak... kalau tak, jenuh aku...

sedang berjalan2 dengan riang sambil cakap sorg2 n test mata (taktaulah sampai bila pandangan aku leh cerah camni), sampai satu simpang... tetiba, ada seperti sesuatu yang jatuh keatas kepalaku... bila lap2 muka, hampeh!!!! bird shit (betol kot naaaa, aku sebut)...

maka mulalah aku mencari mana2 daun yang boleh aku petik tuk lap muka aku ni... tisu pun takde... kertas, lagilah takde... bawak air, tapi air sirap... takkan aku nak lumurkan dengan air sirap lak kan... nak masuk kedai, kedai tutup lagi... last2, petik jek memana daun kat situ, lap lah sikit2... pastu nak cari cermin, nak jek aku p kat memana kete... tapi bila pk, kang tak pasal2 kene tangkap sebab aksi2 mencurigakan, jenuh gak... lebih baik aku lap jek seluruh muka aku dengan daun2 yang ada... yang ada pun, daun2 kering kat bus stop tu... mana taknya, blom masuk spring lagi... daun2 pun segan nak keluar... bak kata org tetua, tak dapat gading, tanduk pun berguna... maka guna jelah apa yang ada... lap2 lah muka aku sambil tengok2 kot ada bus... dah abis lap, bus pun datang... sib baik sempat lap muka aku tu... walaupun ngan daun2 kering... huhuhuhu....

tertanya2 jugak kengkadang... lintasan hati aku ni, kalau aku tak nafikan cecepat, mesti jadi punya... contohnya, semalam... lepas si nazree mandi, aku pun masuk bilik air tu... aku tak kunci bilik air tu, sebabnya, kuncinya tak betol... kang tak pasal2, terkurung aku sorg2 kat dalam bilik ayo tu.... lepas tutup pintu, tengok ada baju dia tertinggal. terlintas kat dalam kepala aku, sat g mesti dia masuk ni... ngah 'termenung', hah!!!! mmg btol dia masuk... mujurlah dia bukak pelan2 n aku sempat capai tangan kat pintu sambil duduk 'termenung'... sib baiklah, antara tempat duduk termenung ngan pintu tu tak jauh... kalau tak.... huhuhuhu...

demikianlah cerita nasib kurang baik hari ini... terima kasih sebab meluangkan masa anda membaca... (baru perasan aku tak penah ucap terima kasih kat org yang membaca tulisan hati aku ni ek...)

tuanpunyablog: ngah lap2 muka lagi ni..huhuhu.

No comments: