Friday 25 March 2011

Widgets

out of coverage

assalamualaikum...

alhamdulillah, syukur sangat kepada Allah kerana telah mengurniakan ilham dan pemahaman yang kuat untuk aku memahamkan bagaimana nak buat sistem dynamic (salah satu elemen dalam research aku). rasanya, ilmu yang aku perolehi daripada seorang teman ni, tak dapat aku balas walaupun setinggi gunung. rasa sangat2 terhutang budi dengan nya... doa aku, agar temanku ini dikurniakan ilham penyelesaian atas segala masalah yang mendatang, dimudahkan segala urusannya, serta dikurniakan Allah rezeki yang melimpah ruah. aaaaamiiiiinnnnn....

nway, aku dah kembali ke uxbridge... setelah dua hari berada dalam diluar kawasan liputan. nak cerita betapa 'hebat'nya dan bombastiknya english aku... masa berada dalam kawasan liputan tu, ada sorg kol aku...

"Hi Jep, I'm calling from agent heart. we have viewing session tomorrow at 5.'

dengan kompidennya aku menjawab,

'Its ok. i'm out of coverage right now'.

dia tanya balik,

'Out of coverage?????'

sedar dengan kesilapan aku (sebab selalunya dalam bahasa melayu, kalau kengkwan tanya aku ada kat opis ke tak, kalau takde, aku akan jwab, berada dalam kwasan liputan. cuba translate... ikutkan, btol lah kan???) aku pun menjawab...

'oh, i mean, i'm not at uxbridge'.

bombastik fantastik futuristik tak ayat english aku? kalau viva kompom examiner tak paham... huhuhu....

tuanpunyablog: terdengar sinar tadi... pasal keputusan SPM. bila balik mak tanya, kenapa takde A? maka jawab si anak, A dah abis... sebab tu dia bagi B. idea bagus ni... boleh jadikan bahan mendefendkan diri...

No comments: