Tuesday 29 March 2011

Widgets

pengajaran daripada kegagalan bercakap masa presentation (panjang kan tajuk aku???)

assalamualaikum... semalam merupakan presentation aku untuk BBS PhD Symposium, acara tahunan tuk skul aku present research memasing. ni masuk kali ke empat ni. kalau ikutkan, 3 kali jek. tapi disebabkan aku terlalu 'sayang' nak tinggalkan brunel ni (supaya brunel tak kecik ati), maka aku pun stay lah sini lelama... actually, nak cerita... kebiasaannya, aku preparelah apa yang aku nak present... tulis2 apa2 yang patut,... tapi tuk kali ni, aku buat endah tak endah jek. slide pun aku buat itam putih jek... sebenarnya, aku lebih berminat tuk abiskan penulisan aku. tapi, takpelah. present jelah... tup2, bila present, banyak yang aku sangkut. aku rasa audience tak paham apa yang aku cakap... tapi chair tu tanya, apa contribution aku research tu... rasanya aku dah terangkan tapi kenapa depa tak paham2... pelik sungguh... last2, depa yang bajet sendiri apa contribution aku... bila aku kenang balik, n bincang ngan kengkwan aku, aku tahu kenapa aku kene serang camtu... sebabnya, aku present eksperimen lebih banyak daripada aku present framework yang sepatutnya menjadi contribution aku... memula, aku down jugak, pastu, bagus jugak jadi camni... yang pertamanya, mengingatkan aku supaya tak terlalu berlagak eksyen angkuh sumbung jalan tak jejak bumi (kaw kaw punya kutuk diri sendiri).... sebab kalau over kompiden, nilah jadinya... harap2 dalam viva (bila???? tah... aku pun taktau) tak jadilah hendaknya... tapi aku baru jek tau camana viva tu... bukan based on presentation... lebih kepada discussion. kita duduk depan, examiner kat depan kita, akan terus tanya soklan... camtu, aku lega sikitlah kot. sebab aku tak akan jadi salah present nanti... bak kata sv aku, katanya, at least kita tau apa nak tekankan dalam presentation supaya org tau apa yang kita nak sampaikan sebenarnya... so, betollah kata org lelama: kegagalan tu lah sebenarnya kejayaan yang sebenar... aku rephrase ayat ni, sebabnya, kalau kita sokmo berjaya, masa depan nanti kemungkinan besar kita akan buat silap... sebab takde pengajaran yang kita amik daripada kejayaan tu... pengajaran jadi kita makin over confident dan eksyen adalah kot.... kan???? tuanpunyablog: pestaim dalam sejarah semenjak aku buat reserach ni, jumpa sv lebih daripada 45 minit... either sv tak paham apa aku terangkan atau aku tak paham apa yang dia tanya... huhuhu

No comments: