Monday 9 May 2011

Widgets

jaga exam

assalamualaikum

sori, lama tak hapdet blog... bz sikit la ni. mencari sesuap nasik dengan menjaga exam tuk bebudak (n bapak bebudak) undergrad ngan master. lain sikit ngan malaysia, sebabnya, kat brunel ni dalam setahun, sekali ni jek exam. kesian bila tengok muka sorg2, ada yang tensen, ada yang termenung, dan ada juga yang matanya melilau kiri kanan. sebelum ni laju jek menulis, tapi bila aku sampai, terus takleh buat apa2 (nampak jek student camni, terus aku tertenggek dekat dia... jahat sungguh aku ni)...

biarpun aku tau keje ni membosankan, tapi aku tetap amik jugak. at least leh jugak aku bayar tuk proof reader thesis aku nanti... takpun, borong baju kemeja ngan baju bebudak kat primark... tahan jugak tuk 3 tahun takyah beli baju kemeja... kedekut punya pasal... cumanya, dulu masa memula jaga exam tuk skul, mahal btol depa bayar, 11 pounds tuk sejam. kira jawatan akademik, sama ngan research assistant. tapi, la ni, since depa dah combine semua bawah pendaftar, n jobshop yang bayar, maka, separuh jek dapat daripada yang dulu. takpelah kan, bak kata member aku, jadilah... janji masyuk...

dah seminggu jugaklah aku jaga, tapi aku masih musykil banyak perkara. antara.... setiap student diberi satu attendance slip. sama macam UUM jugaklah. cumanya, yang aku musykil, kenapa dorg (especially lead invigilator) suka buat keje dua kali. mula2 kutip attendance slip dari satu meja ke meja. pastu, dah kutip, p sekali lagi, cek student dari meja ke meja. kompius aku, kenapa buat keje 2x? guna jelah attendance slip tu, tuk tick student hadir ke tak kan? bukan apa, ada sehari tu, aku tolonglah sorg lead ni kutip attendance slip, since aku pun takde keje. boring lak dok dediam. pastu, bila dia nampak aku, terus dia panggil aku ke belakang. dia tanya, kenapa kutip attendace slip tu, sebab dia nak tgk student sapa yang datang sapa yang tak. nak tanda kat senarai student yang dia ada... what ever you doing, just stop it... erm... dah dia kata camtu, aku mintak maaf jelah. sebelum ni, aku dengan lead lain, ok jek, aku kutip, dia tanda attendance based on attendance slip tu. agaknya, dia mmg nak buat lambat2 kot, sebab kalau cepat dia, chances dia nak kene bawak student p toilet kecik... kene kita jugaklah... aku paham yang dalam student list tu ada dua ruang tuk depa tick. satu tuk attendance slip, pastu satu lagi, attendance. kompius aku, kenapa buat keje dua kali, tick jelah sekali dua since dah ada slip attendance tu. takkanlah attendace slip ada, studentnya takde. lainlah kalau attendance slip tu kita tak kutip dari meja ke meja kan? adalah kemungkinan student isi dua attendance slip... erm... taktau nak cakap... nway, mujurlah lead tu masih senyum ngan aku, kalau tak, mau marah aku menggunung... tapi salah aku jugak. aku ni kira mengacau territory dia, sebab dia ada invigilator dia, aku dengan sorg lagi lead... erm... kunun2 nak tolong, rupanya, nampak aku ni menyusahkan org plak... sejak tu, selagi depa tak suruh aku buat apa2, aku buat melangut jelah... tapi tulah masalah aku, aku takleh... sebab aku tau apa nak kene buat sebelum semasa n selepas exam... susah btol nak kontrol diri bila dah selalu tamakkan keje... ni lah jadinya... padan ngan muka aku....

esok aku invigilate lagi... harap2 oklah kali ni... sib baik dapat lecture center, biliknya pun kecik2... kalau dapat sport center, jenuh aku nak menjaga ramai orang. nak tolong, takut salah tolong. tak tolong, kata tak reti buat keje... erm... taktau nak cakap... nak tunggu org arah, takdelah pulak yang mengarah... tgk macam kemarin, takde sorg pun suh aku letak attendance slip ka, soklan ka, kertas jawapan ka, pensil (dibekalkan tuk soklan objektif, bagus kan???) ka? takde... padahal, depa tu kelam kabut dok letak semua tu untuk 300 meja. bila aku tanya, nak aku tolong? depa kata dah setel... padahal, ada lagi yang setel...

taklehlah, aku kene buat jugak sesuatu. klau tak aku jadi blur dok nengok dorg buat keje. last2, bila tgk attendance slip takdak lagi atas meja, aku p tanya ngan lead, barulah dia mintak aku letakkan atas meja... aiyaaa.... kalau aku tak tanya, mau sampai kesudah takde attendance slip. pastu nanti buat kompelin kata invigilator upahan makan gaji buta, sebab taknak tolong (sangka buruk sekejap ngan depa)... hampa yang takmo suh kami tolong or tak kasi kami gheja, hampa nak kata kami pemalaih... chet!!!!

terasa jugak aku, bila kene tegur ngan school admin bila letak kertas soalan terbalik2 kat atas meja... kira upside down... sebab tu pun kene tegur???? erm... takpelah (pujuk hati sendiri), since kita ni student, ikut jelah apa depa suh...

4 slots aku jaga exam minggu lepas, minggu ni ngan minggu depan 5slots... harap2 kali ni lebih baiklah... dapat lead yang tolong jugak bwak student p toilet (ada jugak yang malas nak p, depa dok suh invigilator jek yang bwak, takdan nak masuk dewan exam, dah nak kene bawak lagi sorg), dapat skul admin yang tak berapa kerek.... padahal lead invigilator tu, phd student jugak, n skul admin tu, buat, macamlah jawatan tu besar sangat.... huhuhuh




'apalah ko ni jep!!!! emo btol... tu pun nak amik ati.... buang karan jek amik ati ngan org2 sebegitu... abaikan jek....'

tuanpunyablog: masih gigih menulis biarpun taktau hala tujuan dah... huhuhu

No comments: