Thursday 28 July 2011

Widgets

aku yang kurang bertuah

assalamualaikum...


alhamdulillah, aku telah berjaya (ye ker???) menjadi emcee untuk hari staff fakulti (la ni disebut sebagai pusat pengajian) aku... masa memula aku disuruh menjadi emcee tu, risau pun ada sebenarnya... sebabnya, aku rasa macam aku takleh dah nak menjadi emcee merapu dah... yelah, bila lepas buat PhD ni, rasa macam dah matanglah kunun2nya... nak cakap kene sopan, kalau bercakap, kene perlahan etc lah... tup2... erm... maybe sipat semulajadi aku kot... takleh dapat mic.. dapat jek, mulalah merapu... bila tah nak benti tabeat ni...


nway, bukan tu aku nak cerita... aku nak cerita lain sebenarnya.... biasalah aku, kalau nak cerita, intro kene panjang lebo dulu... pastu, citer intro banyak2, pastu lupa nak cerita pasal apa... chet!!!!


masa dok tolong angkat2 barang2 cabutan bertuah tu, aku pun cakap lah ngan salah sorg staff fakulti aku tu... aku cakap ngan dia,


'kalau saya kan kak, janganlah nak bermimpi nak dapat sebarang hadiah terpijak ni... kompom takikan takkan dapat punya... sebabnya, saya ni kurang bertuah sikit... kalau nak dapat rejeki, saya kene usaha sikit, insyaAllah akan dapat... tu jelah jalan rejeki saya... '


akak tu cakap, ' isk... jangan cakap camtu... mana tau rejeki kan...'


'tak, mmg btul... beratus2 (nampak beno tipu sangat) masuk cabutan bertuah, mmg tak penah dapat'...


kecuali sekali jek, masa cabutan bertuah koperasi UUM. daripada 100 lebih hadiah (kalau tak silap), dapatlah hadiah yang keempat... lupa dah hadiah apa... tapi, aku rasa sebab ada sorang member aku cakap kat aku, masa depa dok umum nama2 yang dapat hadiah bertuah tu... dia cakap, sambil gelak2...


'isk... hang ni jep... mmg tak bertuah langsung (mentang2lah dia dapat tetiap tahun)'...

tup2, elok jek dia abis cakap, org kat depan yang dok announce no staff tu, terus sebut, 2304... 2304...


aku dengan senyum kambingnya, terus bangun, n mintak tumpang lalu kat member aku yang dok kutuk aku tu... terkedu terus dia...


nway, sambung citer pasal cabutan bertuah kat atas tu... masa dok baca nama2 staff yang dapat cabutan bertuah tu, satu persatu aku baca... terasa jugaklah sebab tak dapat hadiah... ekceli, aku takdelah rasa keciwa menunggeng pung... sebab aku pun, baru jek masuk keje, so, tak bayar pun lagi duit kelab kebajikan tu...

tapi, masa dok sambil announce nama tu, aku tanya jugaklah ngan committee yang involve. nama aku tak masuk ke? pastu depa kata, masuk... masuk...


erm... nampaknya, mmg aku kurang bertuahlah...


masa dok umum no 5 kebwah (hadiah paling mahal) tu, aku pun macam dah pasrah (lawak plak ayat ni, padahal tak harap sangat pun)...

tengah assisstant dok bukak nama yang last sekali, terdetik kat hati kata... eh, macam nama aku jek... elok jek dia bukak, aku terus menjerit....


'waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....' sambil berlari keliling...


'woit!!!!! tak aci!!!! emcee mana leh dapat...' jerit memember aku sambil gelak2...


hadiah apa aku dapat? dapat oven... bolehlah bakar kuih raya tahun ni (hah!!!!! ko mmg kuat berangan jep!!!!!!)


balik jek, teringin nak bagitau kat orang lain... almaklumlah, sepanjang idop ni, baru dua kali bertuah (in term of dapat hadiah k) kan...

tapi tak tau nak letak apa... takkan nak letak direct jek kan... silap2, ramai yang termuntah ijo nanti... dok pk pk pk pk pk... maka, keluarlah status seperti ini:


'dah nampak makin hitam plak aku ni... macam kene bakar dalam oven.
~nak bagitau menang oven dalam cabutan bertuah pagi tadi. :D~


jauh betul aku pusing. bak kata salah sorang member aku yang komen kat status ni;


'kona kot lain dulu jep ni....hahahahahaha'


teringat masa dok tolong akak tu angkat barang, aku dok tolonglah angkat oven tu... pastu, depa terus cakap,


'ha, jep... jangan masuk kete terus tau, antar ke khemah tu...' sambil gelak2...


masin mulut depa tu...


tuanpunyablog: gambar hadiah? isk... malas nak tampal2... :D

No comments: