Monday 9 January 2012

Widgets

lihat dengan mata hati, pasti akan temui kebaikkannya nanti

assalamualaikum....

aku ni kan, kalau jenjalan memana, mesti suka pasang telinga g memana... kengkadang, daripada orang2 sebegini, kita boleh dapat ilmu jugak, pengajaran jugak... selain daripada bentuk tulisan...

dua tiga hari lepas aku tengah dok tunggu roti canai siap. kali ni, rasa macam lama pulak aku kene tunggu. ramai orang plus silap bajet masa keluar rumah. biasalah, time coti2 jek aku makan sedikit besar untuk sarapan...

nway, tengah2 dok tunggu ni kan, terdengarlah perbualan dua orang ni berbicara tentang sesuatu, pasal agama aku rasa...

dialog ni berdasarkan kepada beberapa olahan, manalah aku nak ingat semuanya kan... lainlah kalau aku bawak tape rekoder...

-----------------------------
aku dulu kan, selalu tertanya... kenapa Allah menyuruh mengadakan empat orang saksi bagi kes2 yag melibatkan rogol?

apsal pulak ko tertanya camtu?

yelah, zaman sekarang ni, terlalu payah nak cari saksi yang betul2 melihat mangsa kene rogol. macam mana nak kemukakan saksi tu? aku rasa, kalaulah orang tengok seseorang pompuan kene rogol, kompom mati perogol tu kene belasah...

erm... ko jangan pertikai kan hukum macam tu. aku teringat kisah seorang member aku... seorang peguam... sentiasa mempersoalkan hukum2 yang Allah tetapkan. suatu ketika, dia dituduh telah merogol seorang gadis. walhal, aku kenal rapat dengan dia, sejak sekolah rendah lagi. aku tau dia macam mana... aku tak rasa dia yang buat benda tu..

apsal ko cakap macam tu? kengkadang, bila tengok pompuan cantik, syaitan pun mulalah menghasut... jangan kata kwan ko, tok imam pun boleh bergoyang serbannya...

dia pernah cerita dengan dengan aku. dia kata, dia ada masalah dengan sorang kawan dia ni. hat yang menuduh dia ni lah. dia kata, pompuan ni selalu jugak dok menggoda dia. mentang2 dia tak kawin lagi... poket tebal lak tu. tapi dia tak layan. sebab dia tak minat katanya. aku pun penah nampak, pompuan ni mengendeng2 kat dia... aku tengok pun kurang berkenan...

habis tu? apa cerita dia?

bebas... alhamdulillah... masa tu baru dia gtau ngan aku, dia nak tukar ke bidang syariah pulak...

apsal lak?
-------------------------------

roti canai siap bang... tiga ringgit dua puluh sen...

mekaseh....

aku pun beredar... udah jadi macam pilem bila cinta bertasbih lak....

tuanpunyablog: bila kene kat batang hidung sendiri, baru sedar, apa yang Allah tetapkan tu, adalah yang terbaik untuk kita....

1 comment:

Jepri Zulkepli said...

ada yang tanya, kalau betul dia kene rogol, camana nak kemukakan 4 aksi? kesian kat mangsa... ni jawapan yang saya ambil daripada salah sorang rakan FB saya...


Apakah jika seseorang wanita membuat aduan kepada mahkamah syariah bahawa dia dirogol maka mahkamah syariat akan menyatakan: awak mesti mendatangkan empat orang saksi, jika tidak awak disebat 80 rotan? Adakah di dunia ini empat orang saksi yang soleh sanggup membiarkan seorang wanita dirogol di hadapan mereka?

Beza menuduh orang lain berzina dengan mendakwa diri menjadi mangsa adalah soal maruah. Menuduh orang lain berzina mempunyai unsur menjatuhkan maruah orang lain. Sementara mendakwa diri menjadi mangsa adalah mempertaruhkan maruah diri sendiri. Bagaimana seseorang mampu mendiamkan diri apabila dia dimangsakan?

Maka, dalam kes kedua qarinah (bukti kaitan) boleh dipakai seperti yang disebut dalam Surah Yusuf: “Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu. Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tiada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya”.

Yusuf pula berkata: “Dialah yang menggoda diriku”. (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata:”Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang berdusta. Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah daripada orang-orang yang benar. Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, dia berkata: “Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya” (Surah Yusuf: ayat 25-28). Lihat, Al-Quran menceritakan bagaimana qarinah digunakan dalam peristiwa ini.



by: DrMAZA.com