Thursday 26 January 2012

Widgets

tidur malam terganggu dek kerna email...

assalamualaikum warahmatullah...

dua malam yang lepas (kira cerita basi lah ni, sebab takdan nak menulis) tidur malamku diganggu oleh email daripada Brunel, tempat aku menimba, menggayung, memperigi, mencedok ilmu yang tidaklah seberapa banyak (sebab aku yang pemalas)...

semenjak thesis aku diterima, hampir setiap malam aku terbangun sebab nak cek, kot2 dah dapat tarikh viva. malam tu, aku terbangun, dan macam biasa, aku membuka email Brunel dari henpon coki'aku (bukan beri hitam atau apple hijau yek...).

dengan mata yang ala2 macam apek (mata kecik sebab masih mengantuk), aku membuka salah email yang bertajuk;

'Course Tuition Fees Raised, Mr. Jafri Bin Hj Zulkepli Hew (0733259/1 CMA)'.

dalam hati aku berkata;

'mesti email umum ni... ala, nak gtau lah tuition fees dah naik... sebab govt yag naikkan. takpe, takde kene mengena ngan aku pun. aku dah habis pung...'

email tersebut tertulis sebegini;

--------------------------------------
'Dear Mr. Zulkepli Hew,

The Business School have recently confirmed that you remained registered as a full-time student after the end of your normal period of registration on 31st December 2010 and before your period of continuation commenced on 1st October 2011.

As a result of this notification, we have the additional fees of £6,862 for the academic year 2010/2011 making your total fees in that year £9,150.

These changes will be applied to your account shortly.'


------------------------------------------

terus mata aku jadi segar bugar, bulat balik... berkali2 aku baca email ni, maklum sajalah, tahap english aku kan 'hebat', sampai org yang baca tulisan aku susah nak paham apa aku cakap... dua tiga kali baca, hati aku terus berdegup kencang...

kenapa pulak aku kene bayar balik tambahan yuran tu? apsal tetiba aku bertukar status? terus tak tdo malam tu, dengan macam2 persoalan yang menggangu pikiran aku.. tak tertahan rasa (wah... ayat...tak bleh blah!!!.), aku amik laptop, aku email dorg balik...

tanya kenapa tetiba status aku boleh bertukar? adakah disebabkan aku mintak extension sebulan selepas aku habis 4 tahun?

banyak jugaklah aku tanya... dekat sejam jugak aku mengarang ayat yang tak sampai 50 patah perkataan... biasalah, taip... padam... taip... padam... nak memastikan ayat aku sampai maksudnya...

FYI, brunel punya sistem begini caranya.... setelah mendapat maklumat daripada sahabat2 yang sentiasa concern berapa yuran yang dibayar... aku ni, malas nak amik tau, yang aku tau blajar jek (poyos!!!!!!!), sebab yuran KPT yang bayar....

yuran penuh sebanyak 9150 pounds akan dikenakan pada pelajar selama tiga tahun. bezanya, invoice akan keluar setiap bulan 9, lepas annual review. kat annual review tu, sv akan tulis recommendation untuk kita full time continuation or contiuation/writing up. kalau full time continuation, yura penuh akan dikenakan. kalau continuation/writing up, yuran 1050pounds aka dikenakan. biasanya, contiuation/writing up status ni, akan effective bila masuk tahun ke empat. kalau tahun keempat tak habis jugak (submit tuk viva), kita kene mintak extension dengan estimation time tuk submit. masa ni, full fees akan dikenakan. aku rasa, depa buat macam ni, sebab nak suh student tu pastikan habis2 cepat2, instead of depa delay jek memanjang. beza ngan salah satu uni kwan aku kat Bradford, setiap tahun, kalau extend, cuma kene bayar 100pounds sahaja... best kan (i mean yang kat bradford tu)???

as i mentioned before (omputeh tuuuuuuuu!!!!!!), setiap tahun pada bulan 10, selepas annual review, semua student kene register, selagi tak submit. sebab aku masuk bulan 1 tahun 2008, oktober 2010, aku di consider masuk tahun keeempat, walaupun, tarikh aku habis tahun 3 ialah pada 31 December 2010. Jadinya, disebabkan aku ada 3 bulan lagi tuk cukup tiga tahun, maka, yuran yang 9150pounds tu, dibahagi 12, darab ngan tiga. jadinya, yuran yang dikenakan kat aku dari oktober 2010 - december 2010, ialah dalam 2k lebih, dekat2 tiga ribulah.

hat tu takpalah, sebab KPT yang tolong bayar. masuk tahun ke empat, status aku ialah continuation/writing up, so, yuran ialah 1050pounds, yang dikenakan pada bulan 9 tahun 2011. yuran tu, meliputi writing/up dari january - december 2011.

faham tak? tak paham? tulah, aku pun tak paham2 jugak sampai la ni...

nway, abaikan brunel punya sistem tu. disebabkan aku kene pos thesis aku tu, aku terpaksa amik sebulan extension, sebab aku takut tak sempat sampai before end of 31 December. tambah2 pulak, bila university tutup dari 23 december sampailah 3 haribulan. so, kalau aku hantar pun (siap semuanya dalam 21 haribulan), kompom depa takkan terima kan... tapi alhamdulillah, admin sana terima aku punya thesis tu, 5 haribulan januari (ada kisah jugak sebenarnya ni... nanti aku cerita lain ek).

aku buat assumption, sebab aku mintak extension, depa ubah status aku daripada continuation/writing up kepada full time continuation dari bulan 10/2010 - 9/2011, which is, yuran penuh dikenakan. start dari bulan 10/2011 - 9/2012, aku continuation/writing up.

jadinya, untuk extension tu, aku tak perlu bayar lagi... kira depa ni, baik lah, nak tolong aku lah kan (kene baik sangka)...

tapi kalaupun aku kene bayar extension tu, takdelah kene sebanyak yang kene bayar balik 6k pounds lebih, sebabnya, aku mintak extension sebulan jek, so, dalam sibu lebih jelah kene bayar kan (9150 bahagi 12)??? ni dah jadi macam kes TOTO (tolong orang, tipu orang)...

or, maybe depa tahu aku ni sponsorship student (boleh jek bagi invoice tambahan yuran tu kat KPT, sebab aku still dalam tempoh sponsorhip), n start 2012, aku sendiri2, maka depa suh bayar hat tahun lepas (2010) punya (baik sangka jugak).... tu pun kalau KPT bayar, kalau KPT tak bayar (sebab akaun dah tutup), mau keding aku aku kene keje part-time or buat pinjaman nak bayar yuran sebanyak lebih kurang RM35K. Gilosssss.....

ingatkan extension tu takyah bayar, sebab sv aku tak cakap pepe pun... masa ku reply balik email dorg tu, aku taya, boleh tak tukar balik status aku tu, ke status sebelum tu... alsan aku bagi, aku takut thesis aku tu sampai lambat, sebab uni cuti seminggu masa kismes ritu.... kalaulah depa tukar status aku tu, sebab aku mintak extension...

masa ku reply email darpada student center tu, aku cc sekali kat sv aku... pastu, aku email dia persoally jugak, mintak advice daripada dia.

sangat222222222 baik sv aku ni. syukur sangat pada hadrat Ilahi, aku dipertemukan Allah dengan sv aku ni... apa2 sahaja masalah aku, dia tolong setelkan. laju pulak tu dia balas email aku, walhal, kat sana baru kol 8 pagi masa aku antar email dia mintak tolong.

lama jugak dok berbalas email dengan dia, nak clarification berapa yuran aku dah bayar, status dalam borang annual review tu apa, etc... tak sampai 10 minit dia reply email aku, tapi aku, amik masa dekat sejam setengah tuk reply email dia... biasalah aku, taip... padam... taip... padam... dua tiga kali jugaklah... sian dia dapat student cam aku...

last email dia, dia email ngan student center, cc kat aku, berbunyi begini;

-------------------------
'Dear Kush

I have following this with concern. I know and confirm that Jafri has been in continuation since January 2011. It may have been an oversight that he is on full status. Jafri has already submitted his thesis within the continuation period in any case.

Could you please check with Emma.

Kind Regards

Tillal
Jafri’s supervisor


------------------------------------

Alhamdulillah, glad to have him as my supervisor. seingat aku lah kan, aku ni macam pembawa masalah.... start dari blum masuk lagi, sampailah dekat nak habis... ada jek masalah aku... tapi bagusnya dia, senyum jek,... tak pernah marah... walaupun aku jumpa dia hampir sekali setiap minggu selama 3setengah tahun... aku marah ngan dia adalah... teruk kan aku ni???????

anyway, aku forward jugak email pertambahan yuran tu kat salah sorang pengarah international student (sebab dia orang Malaysia)... kot2 dia bleh tolong jugak... tapi alhamdulillah... malam tadi, aku leh tdo ngan lena bila baca email ni....

-------------------------
Dear Tilal,

Thank you for your email. Please accept my apologies for the delayed response. Prior to raising the additional fees on the record I queried the continuation date with Emma who confirmed that all the paperwork raised indicated a continuation status effective from 1st October 2011. I can see from a later email that Emma has forwarded an HDS6 for to you for completion to correct the start of continuation.

Please remember that the Administrators in the Schools and in the Student Centre rely on the information received through the official communication channels to be correct, in this case the output from the annual review confirmed that the student should commence continuation from 1st October 2011 and the record has been processed accordingly.

Once the amendment to the dates has been processed the additional fees will be cancelled.


-------------------------------------------

baca dua perenggan kat atas tu banyak kali tak paham paham... last2, aku baca jek perenggan paling akhir... ' ...... the additional fees will be cancelled'

tu jek senang aku nak paham....

hebat tak english aku?????????

tuanpunyablog: SV ada akaun FB. segan lak aku nak add dia...

No comments: