Monday 2 January 2012

Widgets

tua sebelum waktunya...

assalamualaikum...

masa untuk menulis lagi... almaklum sajalah, masa banyak free kan... bebudak tengah ekjem, aku pulak ngah kering kontang nak nyambung nulis... so, apa lagi... merapu lah dalam diari kehidupan ni...

malam tadi tetiba tertengok cerita melayu kat tb3. cerita pasal seorang bapak tunggal (lakonan alamak, lupa plak) yang ada sorg anak dara yang dah ke uni, kawin dengan sorang yag sebaya anaknya... kira orang tua, kawin dengan orang muda... tapi bukan itu yang aku nak ulas atau cerita... bab2 kawin ni kan, qada' dan qadaq Allah, sapa aku nak komen itu ini begitu begini kan... dah jodoh dia... mana kita nak tau rahsia Allah...

bila tengok cerita ni kan, aku teringat satu kisah aku masa aku kat spital kelang, dok meneman zah masa zah admit dulu... sebab apa zah admit? erm... bacalah kat sini ek...

ada satu masa tu, lepas zah dipindahkan ke wad biasa, aku dok temanlah dia. pindah katil aka tempat sampai 3 kali dalam wad tersebut. ramai punya pasal. kemudian, masa zah pindah katil berhadapan dengan pintu masuk wad, adalah sorang budak ni, dok jaga seseorang. dalam pukul 10 pagi, mana2 pelawat diarahkan untuk keluar sekejap, sebab doktor2 pelatih nak buat sedikit examination on pesakit. masa keluar dari wad tu, kebetulan budak yang jaga seseorang yang berhadapan dengan katil zah tu pun menyapa...

hijau adalah dialog budak tu, merah adalah aku
-----------------------------
'jaga sapa acik? sakit apa?'

'orang umah. lelah. baru jek pindah wad dari ICU ke cni semalam. adik jaga sapa?'

'nenek. biasalah, sakit2 orang tua. berapa umur isteri acik tu?'

'tiga puluh dua...'

'owh, umur acik?'

'tiga puluh dua...' jawab aku sambil tersenyum...

tetiba budak yang tanya aku tu, terus terkejut sambil buat muka melopong... aku pun tanyalah dia balik....

'kenapa? nampak tua ke?'

dia geleng kepala. 'takdelah... tapi OKlah, acik dapat ISTERI MUDA dari acik...'

----------------------------

terus aku terkedu... dia ni dengar ke tak aku cakap umur aku berapa... tah2, dia dengar aku sebut umur aku, LIMA kot, instead of TIGA???? ditambah lak uban kat kepala aku dah nampak...

apalah nasib aku... tua sebelum waktunya... huhuhuhu

tuapunyablog: uban lebih baik daripada botak... kan????? (jangan marah)

3 comments:

mizz jujet said...

hahaha....tua sangat ker abg jep skrg???

tuanpuyablog said...

cikgu miss jujet: huhuhuhu... org jek nampak kita tua kot... hehehehehe

mizz jujet said...

saya nampak abg jep mude je...