Sunday 26 February 2012

Widgets

dah siap correction??? tanya sahabat2ku...

assalamualaikum,

seminggu sahaja lagi akan berada disini... rasa macam tak sabar nak masuk oven balik... jenuh dok tinggal kat dalam peti ais ni... bak kata seorang sahabat, seandainya dibandingkan untuk berada dimusim sejuk dengan musim panas, dia lebih rela berada dimusim panas... disebabkan kulit yang akan merekah serta bersisik ketika musim sejuk... aku sokong kenyataan dia... aku pun sama... cumanya, I've to admit, memula sampai Malaysia tu, agak rimas jugaklah, bila dalam epot pun dah terasa bahang... tapi, lama kelamaan, ok ajek... mengada2 jek badan aku ni... nway, dah janji dengan kawan2 dalam FB...

ada story mori yang yang nak diceritakan... almaklumlah, aku ni, pantang kene 'tekan', 'jentik' sikit, mulalah mengelabah... contohnya, suatu ketika dulu, masa aku nak konvo degree, terdengar rumuors mengatakan bahawa konvo tahun aku tu takde... dibawa tahun hadapan... maka, risaulah aku p habaq ngan kengkawan aku... masa tu takde FB n laman sossssssial ni... bila jumpa jek kengkwan lain, maka sebuklah aku menyatakan kerisauan aku kat memember ni... sebabnya, kalau tak konvo, alamat makin lambatlah aku dilantik jadi tutor... mau makan apa ye dok??? teruk sungguh...

bukan nak cerita pasal yang tu...

ada yang bertanya, amacam? dah viva ni? final hurdle of your phd, bak tulisan yang ada dalam website brunel untuk prospektif student. memula tu, macam ok, tapi bila memikirkan bahawa correction tak siap lagi, maka mula pk memacam... ada member cakap,

'ala, antar kat internal examiner jek... bukan external... so, nak risau apa... '

maka hilanglah kerisauan tersebut. kemudian, bila hampir siap correction aku, berdasarkan kepada list yang diberi, aku pun hantar kat email kat internal, cakap aku dah hampir siap, cuma la ni tengah tunggu proofread (mintak tolong kakmin, KJ aku kat skul cekkan english... paham2lah english band 9 dari belakang camana kan...). kemudian aku tanya jugak, nak anta camana? samada softcopy, atau dalam hardcopy?

maka ini jawapannya... yang telah dialih bahasa oleh aku (sorry, takleh nak copy n paste ayat dia... akta rahsia rasmi... BTW, insyaAllah aku tak salah translate, sebab bahasa dia mudah nak paham... tapi tak taulah dia maksudkan lain, aku paham lain)...

dia balas email aku kata;

- correction aku tu terlalu banyak... dia 'surprised' aku dapat siapkan dalam seminggu. memula dia n external bajet, aku akan amik masa LEBIH daripada 4 bulan untuk siapkan...

bila baca ayat ni, aku jadi terkejut terus... terus takleh sambung buat correction yang lain... termenung sebentar... kira berasaslah apa yang aku cakap aku bajet akan dapat major... tapi takpelah... cumanya, bila baca ayat dia yang seterusnya, aku jadi lagi terkejut;

- kebiasaannya, anda hanya mempunya SATU peluang sahaja untuk hantar. selepas anda hantar, anda takkan ada peluang lagi untuk menyemak kembali...

baca jek ayat dia ni, terus hati aku berdebar... makin laju... mana taknya, dahlah dia bajet aku akan amik masa lebih daripada 4 bulan betulkan, lepas tu, aku boleh hantar sekali jek kat dia... lepas tu, that's it.

risau dengan email dia tu, aku terus email sv aku yang kini berada dinegara banjirhujan (bahrain). aku tanya, camana ni? betul ke antar sekali jek? kalau misalnya, aku hantar, pastu tak up to standard senarai tersebut, aku akan fail phd (terasa macam nak kene viva plak)?....

sambil menunggu reply email dari sv aku, aku cuba cek balik senarai correction tu... rasanya semua aku dah buat... so, apa lagi? apsal dia bajet lebih dari 4 bulan? apasal sekali jek boleh hantar? bukan ke, kalau aku hantar, pastu dia cek, tak betul, dia bagi balik kat aku, pastu aku betulkan balik, pastu dia cek, tak betul, dia suh aku betulkan balik, sampailah dia puas hati... bukan macam tu ke????? kompius aku...

maka sv aku pun membalas email aku (mesti dia kata, isk... budak ni... dari sebelum jadi student aku, ada jek masalah... masalah surat tawaran, masalah pickup topic, masalah balik malaysia selalu, masalah yuran... macam2)... dok bajet dia akan cakap macam tu... tapi lain, yang dia cakap...

dia suh aku jumpa ngan second... tanya pendapat dia... dan dia jugak dah terangkan personally 'situasi' ni kat internal examiner...

taktaulah apa maksud 'situasi' yang dia terangkan kat internal tu...

tenangkan pikiran, aku cuba cek balik senarai tu berkali2... ikutkan, rasanya, aku bukan kene tambah pepe... aku cuma kene edit, buang hampir separuh daripada LR tu, sebab takde kene mengena, masukkan data2 yang menunjukkan dia bertukar antara platform 1 ke platfrom 2, buang contribution satu, tukar integrated care kepada patient pathways... tu jek yang berada dalam list....

aku cuba email internal sekali lagi... cakap aku dah cuba sedaya upaya untuk address semua pembetulan tu sebaik mungkin. takut nak tanya kat dia, kalau aku hantar, dia tak puas hati, aku terus fail ke???

tanya jugak pendapat kengkawan2 lain... ada yang kata,

'ko kene betul2 cek jep... kang sesia jek usaha ko 4 tahun... tanyalah ngan internal tu. p jumpak dia... '

'ala, jep, dia dah kata minor... takkan lah tetiba dia kata fail pulak... jangan risau lah... '

'jep p antar dulu, tunjuk kat dia, pastu, kalau dia tak puas hati, jep amik balik, buat balik.. '

dan macam2 lagi... tapi kebanyakkan kata,

jangan risaulah... insyaAllah lepas punya tu...

lepas jek aku reply email internal tu kata, cakap aku dah try aku punya best tuk address semua list correction tu, dia pun reply... dia kata,

'sekiranya aku nak antar thesis tu masa aku takde kat sini, dia tak kisah benda tu... boleh jek cek softcopy. tapi, aku kene cek rules dia camana (aku pun tak tau rules apa yang dia maksudkan). sekali lagi dia tekankan, aku diberi 4 bulan untuk aku siapkan, berdasarkan jumlah kerja pembetulan yang diberikan. dia takkan sign form, selagi aku tak meet requirement examiner, sebab thesis akan jadi public domain, semua boleh akses...'

lega sikit bila baca email dia ni... sebabnya, kalau dia tak puas hati, aku boleh buat balik... buat, sampailah dia puas hati... erm... harap2, sebelum balik ni nak hantar... at least, boleh tau apa yang tak cukup lagi (seriously, aku mmg terasa macam aku nak submit tuk viva plak... sebab tu, bila tulis, owh, ni tak kene... nak kene tambah lagi... owh ni tak kene,... tambah rujukan lagi... padahal, benda tu, takde pun dalam list correction... takde keje, cari keje kan????)

tertanya2 jugak, setau aku, mesti siapkan DALAM masa 4 bulan, bukan mesti siapkan CUKUP-CUKUP 4 bulan (kalau tak cukup 4 bulan, takleh hantar... ) kalau gitulah gamaknya, abis tu, kalau dah cukup 4 bulan baru hantar, kalau tak betul apa yang examiner nak, masa dah habis... so, camana???? sebab tu aku hantar awal, at least, kalau ada tak betul lagi, aku boleh betulkan... bak kata member aku, standard jek 4 bulan tu... abis tu, kalau dia kene tambah ayat2 sikit, masalah ejaan, atau very minor correction, adakah kene siapkan CUKUP-CUKUP 4 bulan jugak, kan????? erm...

dok borak2 ngan kak min... dulu, isu ni ada jugak ditimbulkan dalam uni tempat aku mengajar. examiner tu, pelik, dahlah kene major, expected kene betulkan dalam masa setahun, tapi student tu leh siapkan dalam masa sebulan jek....

ada jugak kak min cakap, student dia... kene major, tapi dia amik masa sehari jek tuk betulkan... p jumpa external kat KL, dok sekali, betulkan, pastu p jumpa internal, dok sekali betulkan... siap!!!! dalam masa sehari... Major tu...

erm... gunda gulana kini hatiku... tapi, bila teringat kata2 member aku sebelum aku viva tu,

'jep, kalau Allah taknak bagi, ko buatlah camana pun, mmg takkan dapat.'

tenang sikit hatiku... last2, hantar jelah sebelum aku balik ni... kalau internal tak puas hati, n dia tak bagi aku buat balik (as he said, ada sekali jek peluang), and aku tetiba boleh failed PhD, maka

'AKU REDHO DAN AKU PASRAH... REZEKIKU BUIKAN DITANGANMU...'

tuanpunyablog: nak balik... nak balik... nak balik...

No comments: