Sunday 20 May 2012

Widgets

pahit akan manis jua akhirnya... cheeewaaaaaahhhhh!!!!

assalamualaikum,

yang pertamanya, nak mintak maaf atas post aku tang lepas... bukan ingin mengundang kesedihan korang... bukan juga nak mengadu nasib... dan bukan juga nak meminta simpati... saja jek bercerita... kalau kita boleh bercerita yang best2, yang seronok2 dalam blog, takkan takleh nak cerita pasal kesedihan kan... sejak hari jumaat ritu, aku dah tekad... dapat tak dapat tukar, aku akan abadikannya dalam blog... samalah macam aku viva dulu... major correction ke, minor correction ke... tetap aku akan abadikan dalam blog... perjalanan hidupku... kurang2, leh merancakkan blog tulisan aku yang tahapaapa ni...

sebut pasal correction ni kan (cliche sangat blog aku kan... suka buat cerita berangkai), masa tu kan aku ada kisahkan pasal pemeriksa dalaman yang agak strict... cerita lanjut disini... sebab katanya, ada sekali jek peluang tuk aku hantar... lepas tu, kalau tak memenuhi kehendak list of correction tu, dia cakap, dia terpaksa failed kan aku... sebenarnya, 3 hari sebelum aku balik, aku dah setelkan correction aku... n aku decide nak jumpa dia sebelum aku balik malaysia. masa jumpa dialah, dia kata, kalau nak submit, submit. kalau tak cukup 'perisa', dia akan failed kan aku... dia pun taknak jadi macam pingpong game, pi mai... pi mai... antar correction. dia nak sekali jek.. sebab tu dia suh buat betul2...

disebabkan amaran dia tu, aku tak jadi hantar sebelum balik hari tu. email sv aku mengadu nasib (biasalah aku, masalah jek sokmo)... tapi sv aku yang baik hati tu kata, tunggu dia balik, lepas tu hantar kat dia... nanti dia hantarkan kat pemeriksa dalaman.

akhir bulan Mac aritu, sebelum start cuti Easter, atas pertolongan salah seorang member aku yang masih berada di sana, dia tolong printkan, dia tolong binding kan dan dia jugak yang tolong hantarkan (terima kasih banyak2 abg bat, semoga abg bat dipermudahkan untuk mendapat PhD nanti), akhirnya, aku berjaya hantar juga. nak pastikan bahawa sv aku dah hantar, aku cuma email dia jek tanya dah terima belum thesis aku tu...

selama hampir dua minggu lebih aku tertanya tentang result... habis seantero dunia aku cerita masalah aku... huh!!! teruk sungguh aku ni... padahal takde menda pun... yelah kan, maybe org kata takde menda, tapi tulah... kengkdang rasa takut jugak...

dek kerana tak tahan menunggu, aku try email admin tanya pasal final result. tunggu seminggu, tak dapat jugak berita. email pulak graduate school, seminggu, pun senyap jugak. email pulak sv, tanya... ha, sv aku ni mmg sangat baik... lepas SEJAM aku email dia, terus dia reply kata dia akan tanya ngan pemeriksa dalaman dulu. tak lama lepas tu, dia kata, pemeriksa dah setelkan benda ni sebulan yang lalu (maknanya, dapat2 correction ngna tesis aku tu, terus dia hantar kat graduate skul). aku tanya pasal final result sebenarnya, tapi dia tak jwab soalan aku... cuma dia kata, don't forget to come to your convo....

aku masih curious jugak bila tak dapat surat or confirmation yang aku betul2 dah lulus. sv aku pun, cuma bagi hint macam tu. aku still tak puas hati. seminggu menunggu surat daripada graduate school, tak sampai2 suratnya, aku dapat email kata depa nak terminate segala akaun aku kat brunel tu. makin kuatlah perasaan tak sedap hati aku. aku kol admin skul, tanya apa final keputusan aku tu. dia terima atau tidak. lepas tu, dia suh aku kol student center. kol student center, dia cakap surat dah di hantar 26 april yang lalu. la ni, dah dekat dua minggu, aku still tak dapat lagi... mujurlah dia kata dia akan email salinan surat tu... sebab aku cakap, majikan nak tau final result (padahal aku nak setelkan cepat2 pasal phd ni... penat nak tunggu)...

dan inilah suratnya...



alhamdulillah, syukur atas segala kurniaan Allah yang Maha Kuasa. terima kasih jugak buat isteri tercinta, ibu2 bapa, adik beradik, sahabat2, teman2, rakan2, murid2 yang sentiasa mendoakan aku sehingga dipermudahkan segala urusan...

orang lain, ada yang sampai 2 3 kali hantar correction kat pemeriksa, masih lagi pemeriksa tak puas hati... aku? sekali jek hantar, terus puas hati... syukur sangat dapat pemeriksa yang baik hati. tak baik kan aku dok kata dia skimarimarashidi sangat... sebenranya, ada bagus jugak dia suh aku cek balik masa aku hantar sebelum aku nak balik ke malaysia ritu. bila cek2 balik satu2, memang banyak kesilapan. banyak jugak aku tak ubah... bak kata UK's, pahit akan manis akhirnya... dugaan yang Allah bagi tu, sebenarnya ada hikmah kemanisan yang Allah nak bagi... cuma masa jek menentukan...

KAN???????

tuanpunyablog: sedang mengarang ayat-ayat kasihan ni... mintak2 terbukalah hati dorg ni...

No comments: