Tuesday 26 February 2013

Widgets

kerana yang kecil, yang besar akan terbatal

assalamualaikum

dua tiga hari lepas, aku menelefon ibuku yang berada nun di Kuala Lumpur... dalam perbualan tersebut, sempat ibuku bertanya pendapatku...

Wie, mami nak tanya pendapat ko ni. mami nak jual rumah ni...

la, kenapa pulak nak jual? rumah tu lama dah kita duduk. 17 tahun dah... sayang btol kalau jual...

sayang tu memang sayang. tapi sebab susah betol F***** nak turun tuk tukar nama...

kalau nak jual, mami nak jual berapa? pastu nak duduk mana?

dalam 200 ke 250 ribu, dapatlah... nanti, mami belilah rumah kat kedah ke, perak ke... murah sikit...

mami tau kan harga tanah dengan rumah tu berapa? kalau ikutkan, dekat setengah juta dah... tu pun, kawasan rumah kita jek. belom masuk tanah satu lot...

tau... tapi nak buat camana... daripada tak dapat apa... aku takut nanti kalau aku mati, F***** amik balik tanah ni, aku pulak dah takde... anak2 semuanya tak dapat apa2... putih mata... 

erm... ni pendapat abg lah ye mak... abg rasa, mami tak yahlah jual rumah tu. sayang mak. rumah lama tu. lagipun, mami dah duduk kat situ lama dah. semua orang dah kenal. kalau mami pindah kedah, takut mami takleh nak duduk kat tempat baru. terasa asing nanti. sekurang2nya, kalau duduk kat sana, semua orang dah kenal. takdelah mami terasa asing. abg rasa pun, kalau mami jual dengan hanya dapat 200 ribu, apalah yang mami dapat. duit tu, sekejap jek boleh habis. lagipun, kalau abg, ita ngan kakak balik, adalah tempat nak menyinggah... kalau mami dah jual rumah tu, takdelah tempat nak menyinggah...

itulah... aku pun sayang nak jual rumah ni... kalau tiba2 F**** menipu, dia amik balik tanah ni, ko tak rasa rugi ek?

mak, harta dunia jek tu. mami nak kisah apa pasal anak2... anak2 semuanya dah ada harta sendiri. kalau btol F**** tu jujur, dari dulu lagi dia dah tukar nama, bila semua dah habis bayar. lagipun kan mak, abg takdelah nak kisah sangat. kalau dia amik balik tanah tu pun, bukan kita sorang yang kene. ada ramai lagi yang kene. Ustaz tutttt kene, Dr tutttt kene, ramai lagilah... bagi abg, tak kemanalah dia kalau dia nak menipu. akhirnya masuk kubur jugak. sebab ramai tak redho dengan dia, abg rasa, silap2 tanah pun tak terima dia sebab menipu orang dengan tanah. mak takyah risau lah... bukannya kita tak penah buat macam2 supaya dia tukar nama geran... macam2 dah kita buat, pakat dengan orang2 yang duduk satu lot dengan dia. tapi, bila panggil jek untuk turun tuk tukar nama, ada jek masalahnya. sampaikan, peguam dia sendiri pun takmo dah uruskan penukaran nama tu... kalau btol dia jujur, macam abg cakaplah... jangan kata sekarang, 10 tahun yang lepas dah dia dah tukar nama... ni, 17 tahun... tak setel2 lagi...

ko tak stujulah mami jual rumah ni?

erm... terpulanglah... kalau mami jual, jual lah... kalau taknak, abg ikut jek. tapi tulah pendapat abg... mami takyahlah pasal anak2... anak2 semuanya dah ada kehidupan masing2... kalau mami tinggalkan harta banyak pun, takut nanti bila mami didi dah takde, benda lain yang jadi...

erm... yelah... nanti aku pikirkan balik...

-------------------------------------------------------------

sebenarnya, bukan pasal tanah yang aku nak cerita... bukan pasal jual rumah atau aku menghalang mak aku menjual tanahnya... tapi pasal seorang yang bernama F****.... aku sendiri taktau apa niatnya... segala cukai2 termasuk tanah, kami dah langsaikan setiap tahun. kami (orang2 yang duduk ditanah lot tersebut) yang membeli tanah lot F**** yang dipecahkan kepada beberapa bahagian ni, semuanya dah dilangsaikan lama dahulu. tapi, setiap kali cubaan untuk menukar nama, si F**** pasti tiada untuk di kesan. si F**** merupakan rakan lama ayah aku...

yang menjadi pelik kepada aku dan keseluruhan ahli keluargaku, F**** menyertai satu jemaah Islam yang sentiasa mengembara untuk menyebarkan Islam... maafkan aku, aku bukan mengata KESELURUHAN jemaah, TIDAK!!!! yang aku maksudkan, hanya dia sahaja... HANYA DIA SAHAJA, dan bukan keseluruhan jemaah.

adakah beliau tidak nampak bahawa kerana yang kecil itu boleh membatalkan yang besar? tidakkah beliau merasa bersalah dengan memberi ceramah bahawa kita perlu berlaku jujur tapi beliau sendiri menipu (setakat ini dengan tidak mahu turun untuk menukar nama)? kenapa beliau hanya memandang kepada jihad besar tanpa melihat sesuatu yang lebih kecil? hanya Allah yang tahu niat sebenar beliau...

Allahuakbar... maafkan aku, aku bukan orang alim ulamak mahupun yang berpendidikan agama... tapi, sekadar mengingatkan... mungkin antara kita yang sama seperti F****... ingin memperjuangkan sesuatu yang besar, tapi kita lupa kepada yang kecil2... perlu diingat, yang kecil2 itulah yang akan membentuk sesuatu yang besar... lupakah kita pada seorang ahli ibadah yang diseksa di dalam kubur hanya kerana beliau sering mengambil sedikit ranting kayu (untuk mengcungkil giginya) dari sebuah pohon didalam sebuah kebun milik seseorang???

janganlah kita jadi seperti golongan yang disebutkan oleh Allah dalam Surah As-Saf ayat 2 - 3 yang bermaksud;

"Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya! amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya."

semoga beliau diberikan hidayah dan petunjuk agar segera menyelesaikan masalah kami yang 'menumpang' di tanah beliau...

tuanpunyablog: melihat SMTTAJ di rancangan da'i minggu lepas di TV3, terimbau kenangan lalu....

2 comments:

Only Me said...

Kita menghadapi masalah yang sama.. kesana kemari boleh jerk ada masa.. menguruskan urusan yang satu ini sibuk memanjang... janji-janji yang ditaburkan bila sampai masanya macam-macam alasan..

tuanpunyablog said...

tuan/puan only me: erm... itulah pasal. tahlah, tapi saya rasa, biarlah depa begitu rupa... tidak di dunia, akhirat nanti akan mendapat balasannya...

semoga urusan dunia dan akhirat tuan/puan dimudahkan Allah SWT, aamiinnnnnn