Wednesday 10 April 2013

Widgets

Jangan membuka jalan untuk orang lain membuat onar

assalamualaikum,

harap-harap kalian sentiasa dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dalam lindungan Allah hendaknya.

aku teringat suatu peristiwa semasa aku duduk di rumah setinggan di Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara. ye, jangan tak percaya, bahawa suatu ketika dahulu, kayu ara yang kini sesak dengan pembangunan (mungkin sebab berada bersebelahan dengan Bandar Utama), adalah satu kawasan perumahan setinggan yang aman damai serta sejuk. kadang2 teringat jugak masa duduk sini, lebih2 lagi, bila melalui jalan nak balik ke rumah, dari damansara utama.

suatu ketika dulu, ada seorang wanita tiba2 datang berjumpa dengan ayahku di rumah. wanita ini membawa dua orang anaknya. katanya, ingin meminta tolong membawanya ke hospital kerana anaknya demam, sementelah ketika itu, rumah kami berhampiran dengannya, hanya ayah aku ada ketika itu (sedang bercuti), dan kebanyakkan jiran2nya yang lain tiada kereta.

Maka, ayahku terus berjanji akan mengambil dirumahnya pada pukul 10 pagi.

kemudian, tak lama selepas itu, aku melihat mak aku ada bercakap sesuatu dengan ayah aku... yang aku sendiri tidak pasti patah butir bicaranya.

lebih kurang pukul 10 pagi, kami adik beradik keluar mengikut ayahku keluar. sampai di jalan berhadapan dengan rumah wanita tersebut, ayahku terus ke depan tanpa membelok masuk ke rumah wanita tersebut, sedangkan beliau bersama anaknya, sudah menunggu di tepi jalan. aku melihat wanita itu begitu sugul apabila ayahku terus berjalan ke depan tanpa mengambil wanita dan dua anak tersebut. hati tersentuh, lalu aku tanyakan kepada ayahku...

Dida, kenapa tak amik pompuan tu? kan dia nak tumpang nak pegi hospital.

Mami cakap, nenek tak kasi bawak pompuan tu. sebab takut jadi fitnah.

Pada mulanya, aku sendiri tak paham kenapa dan macam mana pulak bila nak tolong orang boleh jadi fitnah?

sehinggalah aku boleh sedikit berfikir bila dah agak besar...

-------------------------------------------

Aku pernah pergi ke conference di Kuala Terengganu suatu ketika dulu dengan seorang rakan staf. aku pergi ke KT dengan kereta sendiri, dan dia bersama suaminya. kami duduk di resort yang sama, tetapi jarak nak ke tempat conference tersebut agak jauh dari penginapan. aku offer dia, untuk pergi sekali, dah satu tempat menuju kan... itupun setelah aku meminta dia meminta persetujuan suaminya terlebih dahulu...

Jep, akak duduk belakang boleh?

Boleh sangat2 kak... saya pun baru nak suruh akak duduk belakang....

----------------------------------------------

Masa aku jadi felo dulu kolej penginapan, ada seorang pelajar perempuan yang meminta aku menghantarnya ke klinik kerana sakit perut. aku mintak dia bawak sekali seorang atau dua orang kawannya teman dia sekali. kemudian, pelajar tersebut, berkata;

Encik Jep, saya tengah sakit ni. macam mana saya nak ajak kawan saya, rumet saya pun taktau kemana..

saya paham, tapi saya taknak orang berkata macam2.

kalau macam tu, takpela encik. saya pergi sendiri jek...

up to you. tapi kalau ada orang yang boleh teman, saya akan bawak.

kejam kan aku? ada jugak beberapa orang students pompuan yang kata aku sengaja nak lari dari tugas sebab aku mintak dia ajak dua tiga kawan untuk p ke PKU (Pusat Kesihatan Uni). takpelah, biarlah orang nak mengata aku kejam, tak jalankan tugas etc, tapi aku lebih takut kalau fitnah yang melanda dengan penyebabnya adalah dari aku sendiri...

-------------------------------------------

ada satu ketika jugak, seorang pelajar perempuan sms aku mintak aku hantar dia ke epot.

abg jep, saya nak mintak tolong sangat2 ni. nak mintak hantarkan saya ke epot, sebab saya dah lambat ni. mintak tolong sangat2 ni... (oh, semasa aku jadi felo kolej kediaman, students panggil aku dengan panggilan abg jep. aku sendiri yang surih dorang panggil aku macam tu, sebab aku anggap depa ni macam adik2 aku. especially yang rapat. cuma kalau dalam kelas, dorang akan lebih formal. aku sebenarnya pun tak suka terlalu formal ni. bila panggilan tu dah bertukar, rasa macam2 boleh cerita, takde gap. bukan gatal yeee).

aku ambil masa lama juga nak membalas sms pelajar ni. 

MIntak maaflah Y. abg takleh nak hantar, sebab abg ada keje nak kene buat (aku tak spesifikkan keje apa aku nak buat, kejap lagi jadi menipu pulak - macam2 kerja ada kan???).

--------------------------------------------

pernah juga seorang staf wanita ingin menumpang kereta ku...

Jep, boleh kak X tumpang jep?

Boleh, tapi kene duduk belakang. OK?

amboi.... alim sungguh aihhhhh....

aku senyum sahaja. kadang2 bukan alim pun, tapi sebab nak jaga maruah diri, orang lain (yang ditumpangkan), dan yang paling penting, taknak orang berkata2 dibelakang, sebab kita bukan kenal musuh kita siapa kan...

aku teringat kata seorang sahabat katanya,

jangan sesekali membuka ruang untuk orang membuat onar kepada kita. jangan sesekali mencipta ruang untuk orang membuat fitnah kepada kita. jangan sesekali mengadakan ruang yang membolehkan orang lain memasuki ruang tersebut untuk menghentam kita. kalau kita sendiri yang membuka, mencipta serta mengadakan ruang tersebut, jangan marah pada orang tersebut, tapi salahkan dirimu...

aku bertanya apakah maksud ayatnya tu?

jangan salahkan orang yang mencuri, kalau kita sendiri tak berhati2, jangan salahkan perogol, kalau kiat sendiri berpakaian seksi, jangan salahkan orang yang menyalah erti kata2 kita, kalau kita sendiri yang bercakap tidak telus, terang dan spesifik, jangan kita salahkan orang lain kerana menyalahkan diri kita atas sesuatu sebab, kalau kita sendiri yang tak pernah bertanya dimana silapnya kita....

tuanpunyablog: jangan banyak merungut/komplen dengan perangai orang lain, takut perangai tersebut akan menjangkit kepada kita, tidak banyak, sedikit... ~via FB Walid Iman~

2 comments:

Anonymous said...

peringatan yang baik...

elak lebih baik dr mengubati kan?

tuanpunyablog said...

Cik Rapunzeel: belajar dari pengalaman serta nasihat orang sekeliling... indeed... totally agree with you...