Monday 6 May 2013

Widgets

susahnya menjadi pemimpin....

assalamualaikum....

usai mengundi, tetiba mak aku bertanya kepadaku;

ko taknak bertanding ke wie? ko tu kan ada pelajaran tinggi... tengok orang lain, mana2 yang bertanding tu, pelajaran tinggi....

taknak lah mak... dosa sendiri tak tertanggung, nak tanggung dosa orang lain pulak...

setelah menjawab, taknak dan lagi selesa mendidik untuk orang lain, fikiran aku terus menerawang semasa  berada di SAMTTAJ, tempat aku menimba dan menggayung serta  menbaldi ilmu sehingga aku ke tahap ini...


tingkatan 4 bersama dengan Arwah Cikgu Barizah (cikgu Biologi)


sewaktu di tingkatan tiga akhir tahun, pemilihan ketua pelajar atau KP (pengawas, kalau ketua pengawas tu, dipanggil sebagai Ketua Umum - KU), aku teringin sangat nak memakai blazer tesebut dengan seluar hitam. Nampak smart dan aku tak perlu nak sebuk-sebuk menyental bahagian belakang seluar aku sebab selalu sangat kuning dan hitam, disebabkan kerusi (habuk dan pelbagai bendasing kat kat kerusi yang menyebabkan warna putih jadi kuning dan hitam)... Sementelah, kami memakai seluar putih dan baju putih. Kalau KP pula, seluar hitam dan baju putih/kuning. kan lebih mudah menjaga kebersihan... ye tak???

lalu, aku menjadi terlalu kompiden yang aku akan dilantik menjadi KP tersebut, sementelah, ada antara senior yang memberitahu aku, nama aku adalah yang menjadi antara sebutan guru. waktu itu, tingkatan 4 yang dilantik, tidaklah terlalu ramai. hanya untuk mencukupkan bilangan yang kurang. lepas sahaja pelantikan, aku terlalu kecewa apabila aku tidak termasuk dalam senarai pelantikan KP tersebut. mula dari itu, satu pelajaran aku belajar... jangan terlalu yakin, supaya kita tidak terlalu jatuh tersungkur dan tersembam menyembah bumi...

akhir tahun tingkatan 4, terdengar ura2 yang nama aku menjadi sebutan untuk menjadi salah seorang KP. aku tidaklah menjadi terlalu exited, tapi, masih berharap (ahah, masa ni, mmg aku giler jawatan). kemudian, masa diumumkan pelantikan, impian menjadi kenyataan. seingat aku, masa 17 tahun yang lalu, kami dipilih memgang jawatan tersebut berdasarkan undian daripada kalangan KP-KP yang dilantik... disebabkan aku pernah menjadi AJK musolla semasa tingkatan 3 dan 4, maka aku diamanahkan untuk memegang Naib Pengerusi Tarbiyah. aku terima dengan reda.

dengan sahnya aku memegang jawatan tersebut, aku mula menjalankan tugas aku dengan menjaga perihal tarbiyah, khususnya pelajar2 tingkatan dua dan tiga. disebabkan musolla yang berlainan, maka aku melantik beberapa AJK untuk menjaga tingkatan dua (last batch samttaj sebelum ditukarkan ke Kg Medan dan SAMTTAJ menjadi KISDAR), sementelah, adik aku berada dalam tingkatan dua ketika itu. ditakuti menjadi macam 'conflict of interest' (masa tu taktau pun istilah ni, almaklumlah, English tahap band 9 dari belakang).

Tingkatan tiga - jamuan akhir tahun... aku? tiada dalam gambar, sebab jadi jurukamera


antara tugas2 yang aku jalankan ialah, mengejutkan pelajar2 untuk subuh. aku teruskan tradisi orang2 terdahulu, dengan memasang tape sakaratul maut melalui pembesar suara, ketuk pintu, dan tak kurang juga mnegejutkan secara personal termasuklah merotan 'back side' dorang semata2 nak suruh bangun subuh. mujurlah ketika itu, pembesar suara dari masjid negeri turut membantu mengejutkan dorang sebelum subuh..

selain itu, bagi memastikan bahawa setiap pelajar mesti datang ke musolla tepat pada waktunya dan tak boleh masbuq, aku kenalkan konsep punch card. bila start jek imam rukuk, maka aku pun join sekali solat dengan meletakkan kotak punch card itu didepan aku. cukup seminggu, aku amik kedatangan dorang, dan sebanyak mana dorg tak datang atau masbuq (kira tak datang), aku akan rotan dibetis mereka. indeed, aku memang kejam masa tu...

berapa lama aku dapat bertahan melaksanakan tanggungjawab aku tu?

tak lama... setelah aku berkali2 (tak ingat berapa kali) mendapat surat layang daripada seorang pelajar yang berada di bawah jagaan aku (tingkatan dua, seramai lebih kurang 160 orang dan Alhamdulillah, semua nama mereka aku boleh ingat), mengatakan lebih kurang sebegini;

'kenapa kami kalau datang lambat sering dirotan, padahal, kami tetap datang untuk solat. kenapa ada senior2 (merujuk kepada batch aku) yang tidak datang untuk bersolat bahkan solat dibilik, tidak dikenakan tindakan? kenapa mengejutkan hanya kami sahaja, tidak kawan2 abg? sedangkan ada antara mereka yang tidak bangun subuh untuk bersolat? kenapa tidak berlaku adil? sudahlah merotan kami tidak mengikut sunnah rasul (aku merotan mereka dengan mengangkat tangan sehingga menampakkan ketiak, walhal, tidak boleh langsung menampakkan ketiak - i.e. letakkan buku di ketiak, kemudia baru rotan. buku tidak boleh jatuh dari ketiak - dapat bayangkan tak camana)?'

lebih kurang begitulah keadaan nya. suatu ketika, aku terpikir, ada benarnya apa yang dinyatakan oleh junior aku ni. aku tak mampu nak didik or nak kejutkan sahabat2 aku yang satu batch. kenapa aku mesti tidak adil? sepatutnya kenelah dikejutkan sama, lebih2 lagi, bila ada kalangan Jemaah pengawas sendiri yang solat di bilik dan bukan di musolla (sahabat, kisah lama ni, jangan amik hati ye)... setelah berfikir lama, aku mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai NP Tarbiyah (nak letak jawatan terus, tidak dibenarkan oleh cikgu2 dan Jemaah pengawas). lalu, diberikan portfolio sebagai JK Majalah.

memegang jawatan sebgai KP majalah, membuat aku rasa aku tidak menjalankan tugas dengan sebaik mungkin, lebih2 lagi bila memikirkan soalan akhirat. disebalik blazer yang aku pakai, tersimpan jutaan rasa bersalah kerana telah mengabaikan pelajar2 lain. kalau dulu, aku mengejutkan pelajar2 lain untuk subuh, tapi kali ni, aku sendiri solat di bilik dan bangun pada pukul 6:30 pagi. betapa teruknya aku... sehinggakan ada antara Jemaah pengawas yang menghantar surat (sort of kaunseling), bertanyakan kepada aku kenapa mesti berubah perangai (kejutkan subuh kepada tidak kejutkan subuh lagi)... aku hanya diam seribu bahasa...

tak tertahan menanggung derita perasaan bersalah (ayat tak bleh blah...), sekali lagi aku mengambil tindakan drastik dengan memulangkan segala harta2 KP, dan aku terus bertukar menyarung kembali kasut putih dan seluar putih. disamping surat tersebut, aku lampirkan surat berisi sebanyak 26 sebab (sebanyak huruf dalam ABC - Z) kenapa aku perlu meletak jawatan. aku perlu meletakkan sebab sebanyak mungkin, kenapa aku perlu melepaskan jawatan tersebut, supaya Ustaz dan Guru2 Nampak aku ni bersungguh2... peletakan jawatan aku tidak diterima oleh cikgu2. aku dengan selamba rock nya, terus tidak memakai pakaian seragam KP lagi (camana nak pakai, sebab semua peralatan KP ya'ani baju kuning, seluar hitam, kasut hitam) keesokan harinya... ketegaq sungguh aku... sampaikan cikgu pembimbing KP ketika itu, cikgu Norlia, menegur aku,

"sapa benarkan awak tukar pakaian seragam ni?"

aku hanya tersenyum....

Tingkatan 5 - bersama dengan cikgu Ltifah (maths dan add maths) serta cikgu Zunaidah (biologi). sapa sangka aku pula yang mengajar anaknya tahun lepas subjek System Dynamics Modelling (bertudung biru). memang kata2 cikgu makbul, "manalah tau nanti awak pulak yang ajar anak cikgu"...


hakikat yang aku rasai selepas meletak jawatan tersebut,

Allah, ringan sungguh pikiran, bahu serta tanggungan, hati dan segala2nya... cumanya, aku terlalu payah untuk istiqamah, iaitu bangun subuh berjemaah... erm...

memikirkan kisah lama inilah yang membuatkan aku lebih selesa untuk menjadi 'saya yang menurut perintah'... terlalu takut jika terjerumus dengan habuan dunia, hingga melupakan akhirat nan abadi... huhuhuhu

tuanpunyablog:  Hanya Allah yang mengetahui apa yang berada disebalik hati2 manusia itu... siapalah kita untuk menghukum orang hanya daripada pengetahuan yang diperoleh daripada sumber2 yang kita sendiri tak pasti akan kebenaran nya... aku cuma berdoa, agar Allah sentiasa memelihara kita semua daripada segala malapetaka dan marabahaya, dunia dan akhirat...

No comments: