Wednesday 31 July 2013

Widgets

hutangku pada sahabatku... (argh... aku mmg tak reti letak tajuk)

assalamualaikum...

saja nak bercerita kisah zaman lalu....

tahun 86 - 91 aku bersekolah di sekolah rendah kebangsaan (SRK) damansara utama... zaman tersebut, kehidupan kami sekeluarga tidaklah terlalu senang, sementelah duduk dirumah setinggan di kampung sungai kayu ara, sebelum berpindah ke rumah lain semasa darjah 4.  hari-hari bersekolah dengan berjalan kaki, dari kg sg kayu ara, jalan sehingga 500 meter. sampai dipersimpangan sungai, bukak kasut, menyeberang sungai yang merintangi jalan (jalan pintas nak ke sekolah)... kemudian, meneruskan perjalanan yang lebih kurang 3 - 4 kilometer setiap hari. keluar rumah seawal selepas subuh (sekolah pagi) atau pukul 12 tengahhari (sekolah petang. kadang-kadang sahaja mak aku hantar aku sekolah menaiki motorsikal. start darjah 4, aku berpindah ke rumah yang agak selesa. dan mula menggunakan basikal untuk kesekolah.

wang belanja yang mak aku bekalkan adalah sebanyak 30sen. duit inilah belanja makan aku disekolah kebangsaan dan juga sekolah agama (KAFA). duit 30sen ini, kebiasaannya aku gunakan untuk sekolah agama. sekolah kebangsaan aku biasanya kurang membawa duit.

namun, ada seorang kawan aku ni, baik sangat. selalu sangat belanja kawan2... sementelah kehidupan dia agak senang sedikit. ada ketikanya, aku terpaksa meminjam duit kawan aku ni sebab aku kelaparan. tengok orang makan macam2, tetiba terasa nak makan jugak. yelah, bebudak kan... hampir SETIAP HARI, SEPANJANG TAHUN PERSEKOLAHAN SELAMA 5 TAHUN (kenal dan jadi rapat semenjak darjah 2). cuma kadang2 dia belanja aku dah kawan2 yang lain... yang baiknya ialah, dia tak pernah mintak walau sesen pun bayaran kembali walaupun aku sentiasa berkata;

"M****, pinjam duit. esok saya bayar"...

aku banyak terhutang budi dengan dia dan tak pernah lupa akan jasa2nya sehinggalah saat ini...

mengenangkan aku banyak berhutang dengan dia, dan banyak kali mendengar ceramah dan tazkirah tentang cerita roh yang akan tergantung antara langit dan bumi disebabkan hutang yang ada, aku selalu mencari dia... kami terpisah sejak darjah 6, apabila aku bersekolah menengah di Shah Alam, dan dia, aku taktau bersekolah di mana. entah kenapa, semakin lama aku simpan, semakin sesak dada aku dengan hutang yang belum aku langsaikan... selalu berharap agar aku berjumpa dengan dia... sampai satu ketika, aku ingin mengiklankannya disurat khabar (pernah terfikir)...

bayangkan, berapa banyak aku hutang dengan dia...

katakan jumlah persekolahan setahun ialah sebanyak 200 hari x 5 tahun x 50sen (estimate, sebab aku jarang cakap berapa aku nak pinjam, dia main bagi je berapa yang ada dalam poket dia... minimum 50posen, maksimum singgit)

maka jumlah aku hutang dengan ialah RM 500.00. itu belum termasuk dengan dividen kalau duit ini aku simpan dalam islamic bank dan tak sentuh langsung selama 20 tahun... mau jadi beribu kan???

selagi tak bayar selagi itulah hati aku tak tenteram...

Alhamdulillah, Allah kurniakan ilham untuk aku mencari dia di FB.

dan Alhamdulillah, dia tak menggunakan nama samaran macam aku di FB...

dan Alhamdulillah, dia tak buat private profile dan gambar dia aku boleh tengok...

dan Alhamdulillah, rupa dirinya semasa sekolah rendah dan sekarang tidak jauh bezanya...

dan Alhamdulillah, ada seorang mutual friend dia yang aku kenal. sebelum aku pm dia, aku cuba tanya mutual friend tersebut untuk lebih mengesahkannya...

dan Alhamdulillah, aku tak salah orang...

dan Alhamdulillah, dia juga masih mengingati aku serta cuba juga mencari aku...

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah... syukur sangat Allah mudahkan aku untuk membayar hutang...

cuma yang jadi masalah aku, dia tak ingat bila aku hutang dia (atau dia buat2 lupa) dan terus sahaja menghalalkan hutang tersebut (ini bermakna dia tak lupa lah kan????)

dah berkali2 aku mintak akaun number dia, nak transfer duitnya... msg dibaca, tapi senyap seribu bahasa... nak kacau banyak2 kali, tapi dia jadi fedap medap plak... camana ye?

to be honest, walaupun dia kata halal, tapi aku tetap nak bagi jugak... kalaupun dia nak halalkan pun, halal kanlah "anak2" duit pokok tersebut, ya'ani, dividen kalau disimpan duit tersebut...

nak tau sebab apa aku nak bayar sangat;

sebab kerana duit dia itulah aku jadi semangat nak belajar... sungguh, aku banyak terhutang budi dengannya... 

sahabatku yang bernama AMO, seandainya kau membaca ini, mudahkanlah aku diwaktu hari kematianku nanti... supaya rohku tidak tergantung antara langit dan bumi... huhuhuhu

tuanpunyablog: resah selagi tak langsai segala hutang piutang...

No comments: